PLKN Bakal Melahirkan Pemimpin Melalui Projek Perintis Transformasi PLKN 2.0


Oleh rmf

Projek Perintis Transformasi Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) 2.0 dengan wajah baru dan telah  dilaksanakan pada 19 Oktober  yang lalu di Kem Princess Haliza, Sepang.

Seramai 410 pelatih yang menyertai program ini majoritinya telah tampil secara sukarela. Projek perintis ini diharapkan  dapat diteruskan tahun depan membabitkan konsep sukarela dan penekanan mereka secara sukarela akan menjadi kenyataan

Sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap keberkesanan modul baru yang akan dijalankan pada tahun hadapan Datuk Noor Ehsanuddin sentiasa memantau perkembangan  program yang dijalankan dari masa kesemasa.

“Hendak jadi orang hebat perlu belajar bersabar, seseorang pemimpin perlu ada sifat sabar” Itu lah diantara kata kata semangat yang diucapkan oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin ketika mengadakan pertemuan dengan pelatih PLKN untuk mendapatkan maklum balas.

Hasil tinjauan yang telah dibuat  di Kem PLKN Princess Haliza oleh Datuk Noor Ehsanuddin, pada kebanyakan pelatih menyuarakan pandangan mengenai aktiviti yang melibatkan luar dewan atau “outdoor”.

Projek yang bermula pada 19 Oktober dan dijangka berakhir 19 Disember ini bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan pegisian baru sebelum ianya dilancarkan pada tahun hadapan akan memberi nafas bari dalam sistem latihan kepada peserta PLKN dengan beberapa modul baru diperkenalkan.

Dalam pertemuan singkat tersebut Datuk Noor Ehsanuddin  sempat mengisi  pertemuan dengan  sedikit motivasi  bersama peserta serta mendengar pandangan mengenai program yang telah dirangka oleh kerajaan untuk mereka.

Pada kebanyakan pandangan yang diterima , peserta amat berpuas hati dengan program yang mereka sertai. Ini merupakan satu pandangan serta keberkesanan yang  dibuat secara langsung program dari peserta sendiri.

Projek perintis PLKN ini telah bermula 17 Oktober yang lalu adalah  bertujuan menguji keberkesanan kedua-dua fasa dalam PLKN iaitu iaitu Fasa 1 Model Pembelajaran Bersepadu dan Fasa 2 Latihan Kemahiran.

PLKN dijadualkan dilaksanakan semula pada 18 Januari 2016 selepas ditangguhkan pada tahun ini.

Melalui program itu juga, ciri-ciri masyarakat majmuk Malaysia diterapkan dalam pembelajaran supaya generasi muda dapat terus mengekalkan sikap toleransi antara satu sama lain disamping menghargai keamanan yang dikecapi dalam negara ini.

Tanpa persediaan rapi dan mantap, kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi negara selama ini akan hilang dan sudah pasti merugikan rakyatnya. Penekanan konsep hidup berbilang kaum diterapkan dalam program PLKN agar hubungan diantara kaum akan terus segar dan subur dijiwa generasi yang bakal memimpin negara.

Sehubungan itu, generasi muda harus menerima hakikat bahawa mereka bakal menjadi pelapis menerajui negara suatu hari nanti kerana pemimpin sedia ada tidak akan kekal selama-lamanya

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s