Pudu Sentral Ke TBS -SPAD Menerajui Permodenan Sistem Pengangkutan Awam Darat


Oleh rmf

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini telah mengumumkan perpindahan perkhidmatan bas express di Pudu Sentral ke TBS. Perpindahan stesen ini telah memyebabkan banyak spekulasi dikalangan pengguna.

Ada diantaranya yang mengatakan seharusnya stesen Pudu Sentral dikekalkan kerana mempunyai banyak nostalgia silam. Ada yang melemparkan fitnah  dengan mengatakan tindakan SPAD ini amat kejam.

Tetapi kini setelah seminggu perpindahan perkhidmatan bas dari  stesen  Pudu Sentral ke  TBS  segala kekusutan yang selama ini telah terungkai. Hanya perkhidmatan bas express kearah utara sahaja yang berpindah ke TBS. Selain daripada itu masih kekal disana.

Perkhidmatan bas express sebelah utara – Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menggunakan TBS sebagai  stesen utama. Perkhidmatan bas  henti henti masih juga kekal di Pudu Sentral , hal ini sekali gus telah merungkai segala persepsi  yang mengatakan bahawa perpindahan ini melibatkan semua perkhidmatan.

Pusu Sentral akan terus memberikan perkhidmatannya kepada pengguna sebagai terminal  yang meyediakan perkhidmatan bas henti henti  jarak dekat seperti  Tanjung Malim, Seremban,KLIA1 dan KLIA 2.

 Tindakan SPAD mengubah  dan membahagikan kedudukan terminal ini adalah salah satu langkah yang amat bijak. Ianya sekali gus mengurangkan kesesakan lalulintas yang  tenat di Pudu Sentral sebelum ini. Semua sedia maklum tentang ppermasalahn trafik yang berlaku di Pudu Sentarl sekian lama.

Dengan keputusan yang telah dibuat oleh SPAD sekali gus telah melegakan banyak pihak, paling ketaranya , mereka tidak lagi  berdepan dengan kesesakan dan akan terus menuju ke TBS  yang serba moden dalam sistemnya yang tersendiri.

Difahamkan  kebanyakan pemandu dan pengusaha bas express telah menarik nafas lega dengan keputusan SPAD memindahkan terminal ini ke TBS, ini adalah kerana  setiap bas express yang menuju ke Utara tidak perlu lagi  masuk ke pusat bandar untuk ke terminal.

Dengan tidak secara langsung ianya telah mengurangkan kesesakan lalu lintas  waktu puncak dan  menjimatkan masa yang banyak untuk berada di terminal  menghantar penumpang. Jika sebelum ini bas perlu beratur panjang sebelum dapat memasuki perkarangan Pudu Sentral, tetapi kini tidak lagi apabila TBS menyediakan ruang yang lebih luas.

Sebanyak 545 buah bas express telah dipindahkan ke TBS  daripada jumlah keseluruhan sebanyak 635 buah bas. Pengurangan bas yang masuk kepusat bandar yang amat ketara setelah stesen TBS digunakan sepenuhnya  sekarang.

SPAD sebagai sebuah agensi pengangkutan awam yang bertanggungjawab  dalam menstrukturkan semula sitem pengangkutan sudah pastinya melihat jauh kehadapan demi kepentingan jangka panjang dan keselesaan semua pihak.

Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan mercu tanda baharu bagi kejayaan negara dalam memodenkan lagi sistem pengangkutan awam. Stesen bas bersepadu bagi perkhidmatan bas ke selatan Semenanjung Malaysia ini mempunyai kelengkapan infrastruktur dan prasarana yang bertaraf antarabangsa

Terminal itu mempunyai 19 kawasan perlepasan bas, 18 kawasan ketibaan bas serta 31 ruang untuk teksi jarak jauh.

Kelebihan yang dimiliki TBS-BTS adalah turut memiliki kawasan ruang legar bas yang dilengkapkan dengan kantin, surau, tandas dan pas minyak khusus untuk pemandu berehat dan menyegarkan diri bagi perjalanan jauh.

TBS-BTS juga mempunyai jaringan dengan pengangkutan awam bandar raya dengan kemudahan jambatan pejalan kali untuk khidmat penukaran kepada KTM Komuter, Express Rail Link (ERL) untuk ke KLIA dan Rapid KL bagi rel bersepadu dan rangkaian bas.

Dari segi keselamatan, TBS-BTS diawasi 542 kamera litar tertutup (CCTV) dan dilengkapkan balai polis yang diuruskan Unit Polis Bantuan Maju Holdings serta disokong Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela.

Justeru itu dengan kemudahan serba moden ini, sudah pastinya pengguna akan dapat merasakan  pemindahan terminal  dari Pudu Sentral adalah satu langkah yang amat bijak oleh SPAD .

Ianya amat bersesuaian dengan  objektif utama TBS adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota dan konsisten dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan ‘KL Greater Plan’.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s