PANAS BERAPI !!! -Blogger Cuba Tipu Istana Johor?


Oleh rmf

Perbalahan antara kumpulan siber pro BN nampaknya sudah sampai ke tahap kronik. Tuduh menuduh, mengambil kesempatan terhadap pemimpin, kini sampai ke tahap cuba mendapatkan perhatian pihak istana pula. Semuanya kerana satu perkara, duit.

Modus operandi kumpulan siber yang ada matlamat halalkan cara tidak sukar untuk dikesan. Mereka hanya menjual jumlah pengikut yang didakwa adalah ahli kumpulan mereka di internet terutamanya facebook.

Kemungkinan kumpulan ini menganggap bahawa mangsa mereka mudah ditipu dengan hanya menunjukkan bilangan jumlah kawan di akaun facebook mereka dan paling berkesan apabila mereka menjual kekuatan kumpulan mereka dengan menunjukkan jumlah pengikut berdasarkan ‘like’.

Kumpulan ini biasanya mengambil kesempatan mencucuk jarum hasutan apabila melihat peuang terbentang luas.

Tiba-tiba sahaja istana Johor seperti mendapat sokongan padu dari kumpulan blogger yang dikatakan mempunyai persatuan terbesar dan terkuat di alam siber di dalam isu menghina istana.

Seperti yang dilaporkan oleh portal FMT, kumpulan ini akan membuat laporan polis di seluruh Negara berikutan adanya penghinaan terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam isu yang tidak begitu jelas tentang hinaan tersebut.

Tindakan daripada kumpulan blogger terbesar di Malaysia ini mendapat reaksi dan kecaman dari beberapa kumpulan pemain siber. Juga ada yang mula mendedahkan siapa sebenarnya ketua kumpulan yang cuba menarik perhatian istana Johor itu.

Menurut sumber dalaman, Malaysiakini sudah tertipu dengan latarbelakang ketua kumpulan tersebut. Beliau bukannya blogger, beliau hanyalah pemain siber facebook dan pengikut hakiki hanyalah 5 orang dan selebihnya hanya nama-nama palsu atau akaun palsu yang direka untuk menunjukkan betapa ramainya pengikut beliau.

Pernah cuba menulis di blog sendiri tetapi malangnya tidak pernah tersenarai di ranking Alexa dalam dan luar Negara.

Tersipu-sipu apabila melihat kontras wajah sebenar ketua kumpulan ini dengan wajah ciptaan FMT. Beliau juga didakwa pernah berkhidmat secara underground untuk kerja politik PKR dan Husni?

Terdapat juga laporan polis terhadap ketua kumpulan ini kerana menghina dan memfitnah Perdana Menteri sehingga berita ini ditulis belum ada apa-apa tindakan dari PDRM.

sumber :

http://malaysiarespons.blogspot.my/2015/11/blogger-cuba-tipu-istana-johor.html

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s