Surat Layang – Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid Buktikan Pembangkang Sudah Terdesak


Oleh rmf

Sejak dahulu lagi pihak pembangkang telah gagal berfungsi dengan baik sebagai sabuah  parti politik yang cemerlang dalam membangunkan negara ini bersama kerajaan.  Pembangkang dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan yang ada  sentiasa mencari kesalahan bukan memberikan idea untuk negara.

Pada kebanyakan  perkara yang diucapkan, tidak pernah ada  satu pun butiran kenyataan yang boleh diterima pakai , malahan pembangkang dalam negara ini lebih memperbesarkan isu remeh sebagai modal politik.

Hal ini dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang mana menyifatkan pembangkang di Malaysia sudah hilang intergriti sebagai kumpulan haluan kiri yang berkarisma sebagaimana pernah satu ketika dahulu.

Untuk membuktikan segala kenyataan ini, kita sentiasa melihat  karenah dan perangai pembangkang dalam Sidang Dewan Parlimen yang mana mereka menggunakan Dewan sebagai platform untuk  berdemo, menjerit jerit  dan memalukan intergriti berpalimen di mata dunia.

Jika  sebagai saorang rakyat yang bertanggung jawab sudah pastinya pihak pembangkang m,enjalankan tanggungjwab mereka pada negara dan juga rakyat. Pada kebiasaannya mereka suka membahaskan perkara yang tiada kaitan dengan apa yang dibahaskan.

“Surat layang  kaki lima”, itu la yang sewajarnya di kategorikan yang tiada tandatangan serta tarikh  diberikan perhatian oleh mereka tanpa kesahihan kebenaran untuk membuat tuduhan dan fitnah terhadap usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Tindakan desperado yang dilakukan oleh pembangkang menunjukkan betapa sekarang pembangkang akan menggunakan apa cara sekali pun untuk menghalalkan perbuatan mereka dan mengelirukan rakyat.

Penyebaran surat palsu yang dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang Maria Chin Abdullah telah membawa surat tersebut ke parlimen sambil di ‘escort’ ketat artis jalanraya Tian Chua. Ia kemudiannya menyerahkannya kepada ahli parlimen BN

Setelah ianya disemak oleh pegawai pegawai  Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid , yang jelas, surat yang diberikan itu adalah dalam keadaan mencurigakan. Kata Ehsanuddin, surat tersebut tidak memiliki tandatangan dan alamat!

Kononnya surat tersebut datang daripada pengundi di setiap kawasan Parlimen – terutamanya kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN).  Antara isi kandungan ‘surat pengundi’ itu adalah mengenai usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama  Ahli Parlimen Kota Tinggi adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seperti bukan saorang yang  bijak dalam politik.   Lebih menguatkan lagi bahawa surat tersebut adalah palsu apabila salah seorang yang dapat dihubungi mengesahkan bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama Ahli Parlimen Kota Tinggi sebagai sasaran desperado politik pembangkang.

Seperkara yang amat memalukan ialah bila mana  terdapat nama yang ada didalam surat tersebut bukan datang nya dari  Perlimen Kota Tinggi , Setelah ianya disemak melalui sistem SPR. Ini merupakan kekuatan yang berfakta bila mana  tindakan pembangkang amat memualkan untuk mengelirukan rakyat.

Segala tindakan pembangkang gagal untuk mempfitnah Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan mencemarkan nama baik beliau dan dapat dipatahkan tindakan yang tidak bermaruah tersebut.

 Kegagalan untuk mengelirukan rakyat oleh pihak pembangkang adalah kegagalan prestasi urus tadbir yang mereka lakukan. Justeru itu,  Pembangkang di Malaysia BUKAN sebuah parti yang berkarisma dan Intergriti dalam urus tadbir negeri kerana kelayakan mereka adalah  Pembohong dan pemfitnah.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s