Petition Bantahan Pembinaan ” THE LOUVRE “DIHADAPAN SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG, SELANGOR.


Oleh rmf

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PROJEK KOMERSIAL ” THE LOUVRE ” – CADANGAN MENDIRIKAN BANGUNAN 36 TINGKAT YANG TERDIRI DARI 30 UNIT KEDAI & 498 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI HADAPAN SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG, SELANGOR. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

KLIK DISINI UNTUK TANDA TANGANI BANTAHAN

http://missurvey.com/pibg/petisyen.php

MEMORANDUM  BANTAHAN NO. 2

PROJEK “ THE LOUVRE ”

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PROJEK KOMERSIAL “ THE LOUVRE ” – CADANGAN MENDIRIKAN BANGUNAN 36 TINGKAT YANG TERDIRI DARI 30 UNIT KEDAI  & 498 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN  DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DIHADAPAN SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG, SELANGOR.

Adalah dinyatakan Bantahan kami seperti berikut:

  1. Bahawa SMK AGAMA Maahad Hamidiah Kajang, yang telah ditubuhkan oleh Ustaz Abdul Hamid bin Daud, telah wujud sejak 1963 lagi. Sekolah ini adalah salah sebuah sekolah agama terawal di Kajang dan antara peneraju awal yang membangunkan Kajang dan Bandar Baru Bangi sebagai BANDAR ILMUAN.
  2. Bahawa SMK AGAMA Maahad Hamidiah mula beropersai di lokasi sediaa ada sejak tahun 1984 dan pada ketika itu kawasan sekeliling adalah aman damai dan amat bersesuaian untuk tujuan pembelajaran.
  3. Bahawa SMK AGAMA Maahad Hamidiah telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dan antara salah sebuah sekolah yang terbaik di negeri Selangor.
  4. Bahawa SMK AGAMA Maahad Hamidiah dikelilingi oleh Pusat pengajian Tinggi, Rumah-Rumah, Taman Perumahan dan Kampung Kampung.
  5. Bahawa dengan kedudukan, reputasi dan status yang baik merupakan salah satu pertimbangan penduduk dan ibubapa untuk memilih sekolah ini untuk melanjutkan pelajaran keperingkat sekolah menengah.
  6. Bahawa SMKA Maahad Hamidiah adalah sekolah agama harian. Kebanyakkan ibubapa akan menghantar dan mengambil anak ke sekolah pada setiap hari. Walaubagaimanapun , sekolah ada menyediakan asrama bagi menempatkan pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dan pelajar-pelajar dari luar negeri.
  7. JALAN KELUAR MASUK KE SMK AGAMA MAAHAD HAMIDIAH SERTA BANTAHAN JALAN BUNTU ( CUL DE SAC )

7.1          Bahawa hanya terdapat satu sahaja jalan masuk dari Lebuhraya Kajang Silk ke SMKA Maahad Hamidiah dan jalan tersebut ini berbengkok, sangat pendek dan ia adalah jalan mati.

7.2          Bahawa jalan yang berbengkok dan pendek serta jalan mati ini tidak langsung menyediakan ruang menunggu untuk ibubapa menghantar dan mengambil anak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah telah membenarkan kereta ibubapa masuk sampai kedalam kawasan sekolah disetiap waktu semata mata untuk mengelakkan berlakunya kesesakan semasa menunggu, menghantar dan mengambil anak sekolah.

7.3          Dengan tiadanya jalan keluar masuk kedua seperti ditunjukkan dalam Rancangan Tempatan ( RT ) bermakna Persiaran Hamidiah menjadi jalan buntu (Cul de Sac). Dengan merujuk kepada Garispanduan Perancangan Kawasan Perdagangan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (2011), pembangunan komersial tidak boleh dibina di jalan buntu (Cul de Sac).

7.4          Bahawa pelan pembangunan yang diluluskan oleh MPKj adalah bercanggah dengan pelan Rancangan Tempatan (RT) yang telah diwartakan.

PEMBANGUNAN KOMERSIAL RUMAH KEDAI SAHAJA

8.1          Bahawa, secara tiba tiba, pada April 2015, di tanah sekecil 3.25 ekar yang tersepit dan terhimpit ini yang mana kedudukannya berada betul betul di HADAPAN SMKA Maahad Hamidiah mula diteroka untuk menempatkan Projek “The Louvre”.

8.2          Bahawa “The Louvre”  merupakan pembangunan 36 tingkat “Pangsapuri Perkhidmatan (Services Apartment). Ianya bakal menempatkan  30 unit kedai komersial, 498 unit pangsapuri perkhidmatan mewah dan lain-lain kemudahan. Menampilkan  gelaran The Louvre @Country Height – first guarded community-living community in Country Height telah membuktikan ia adalah sebuah projek komersial berprestasi tinggi dan BUKAN hanya kediaman biasa.

8.3          Bahawa Rancangan Tempatan ( Perancang Bandar dan Desa ) MPKj 2020 telah mewartakan tanah tersebut sebagai tanah komersial hanya untuk pembangunan 4 tingkat rumah kedai sahaja BUKAN bangunan tinggi sehingga 36 tingkat seperti “ THE LOUVRE.”

8.4          Bahawa Seksyen 12(4) Akta 172 (Akta Perancang Bandar dan Desa 1976) menyebut:

                “Satu Draf Rancangan Tempatan bagi sesuatu kawasan hendaklah mengandungi atau disertakan dengan gambarajah, gambaran, dan bahan perihalan yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancangan tempatan untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan rancangan itu, atau yang ditetapkan oleh Jawatankuasa, atau dalam apaapa hal tertentu ditentukan oleh arahan yang diberikan oleh jawatankuasa: dan gambarajah, gambaran dan bahan perihalan itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada rancangan itu”

PENYAMBUNGAN JALAN KELUAR MASUK TERUS KE  LEBUHRAYA SILK

9.1          Bahawa terdapat percanggahan yang ketara dan pertindihan dalam kelulusan oleh pihak MPKJ dan LLM( Lembaga lebuhraya Malaysia). LLM telah mengeluarkan surat kelulusan ditandatangani oleh Menteri Kerjaraya bertarikh 17/11/2014 yang mensyaratkan pemaju hendaklah menyediakan FLYOVER dan VIADUCT bagi mengelakkan kesesakan.

9.2          Bahawa pemaju telah menyorokkan fakta kelulusan bersyarat dari LLM tersebut. Pihak pemaju sebaliknya hanya mengemukakan Pelan Infrastruktur ke MPKj yang menunjukkan penyambungan secara terus ( T-Junction ) dimana pihak pemaju telah melakukan satu unsur representasi salah atau  unsur penipuan fakta untuk mempengaruhi MPKj bagi tujuan untuk mendapatkan  kelulusan.

9.3          Bahawa MPKj secara cuai dan tidak bertanggungjawap telah mengeluarkan surat kelulusan berpandukan kepada Pelan Infrastuktur pemaju yang menunjukkan penyambungan secara terus ( T-Junction ) tanpa mengetahui atau selidik atau mengambil kira kelulusan bersyarat dari LLM.

9.4          Bahawa dengan ini Pemaju, MPKj dan LLM telah gagal, cuai dan tidak  bertanggungjawap dan tidak memberi pertimbangan yang sewajar dan  seadilnya terhadap bantahan dan aduan yang telah diajukan sebelum ini dalam menangani permasalahan percanggahan kelulusan dimana ianya akan menambah kemudaratan.

9.5          Bahawa Garispanduan Permohonan Pembangunan Di Tepi Lebuhraya dan Seksyen 11(3)(b) Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 menunjukkan bahawa LLM adalah pihak berkuasa yang mempunyai otoriti paling tinggi bagi sebarang kelulusan jalan keluar masuk ke Lebuhraya.

LAPORAN TRAFFIC IMPACT ASSESSMENT (TIA).

10.1        Bahawa kepesatan pembangunan  secara rakus ini telah menjadikan SMKA Maahad Hamidiah semakin terhimpit terutamanya kesesakan lalulintas yang sedia ada dimana hanya ada satu jalan keluar masuk ke sekolah dan ianya jalan mati. Dengan terbina Projek “ THE LOUVRE “ itu nanti akan pasti memberikan kesan yang amat negative.

10.2        Bahawa ianya akan menambah kesesakan sedia ada pada waktu puncak iaitu semasa ibubapa menghantar anaknya kesekolah termasuk guru dan petugas2  terutama diawal pagi, tengahari dan petang.

10.3        Bahawa ianya akan menambah kesesakan sedia ada iaitu semasa penghuni pangsapuri perkhidmatan hendak keluar pergi balik kerja.

10.4        Bahawa ianya akan menambah kesesakan sedia ada iaitu semasa peniaga-peniaga menjalan urusan keluar masuk barang.

10.5        Bahawa ianya akan menambah kesesakan sedia ada iaitu semasa pelanggan mengunjungi pusat komersial yang disediakan oleh THE LOUVRE.

10.6        Bahawa ianya akan menambah kesesakan sedia ada bilamana kereta diletakkan dibahu jalan yang menyebabkan satu satunya jalan keluar masuk semakin sempit.

10.7        Bahawa  ianya akan menganggu kelancaran traffic di satu satu jalan keluar masuk yang akan menambahkan lagi kesesakan sedia ada di Jalan Utama ( Kajang Silk ) sekiranya semua kenderaan ibubapa tidak dibenarkan masuk kedalam sekolah semasa mengambil dan menghantar anak.

10.8        Bahawa segala yang diatas telah memberi ruang yang seluas luasnya keatas keselamatan dan nyawa bagi pelajar sekolah yang berjalan kaki menggunakan jalan yang sama yang dipenuhi dengan kenderaan berat dari pemaju dan pembekal barangan binaan disatu satunya jalan yang akan dikenali sebagai JALAN MENUJU KEMATIAN.

10.9        Bahawa satu TIA yang bebas harus dibuat untuk mengambilkira banyak aspek dan bukannya mengambil TIA yang disediakan oleh Pemaju sahaja sebagai asas penilaian traffic. Pihak SILK juga pernah mengakui bahawa Level of Service ( LOS )  untuk simpang ke tapak pembinaan berada pada tahap “ C ”.

10.10   Bahawa semasa kerja-kerja Infra sedang dijalankan, terdapat beberapa perkara yang gagal dipatuhi oleh pihak pemaju yang telah mendatangkan masaalah kepada warga SMKA Maahad Hamidiah antaranya kekotoran, gagal menyediakan Silt Trap, Kawalan traffic, jalan rosak, kerosakan kepada struktur binaan sekolah dan sebagainya.

GEJALA JENAYAH DAN SOSIAL

11.1        Bahawa akan wujudnya masaalah sosial seperti arak dan judi  seterusnya  akan menyebabkan berlakunya gejala jenayah secara berleluasa kalau tidak dibendung dari awalnya yang secara langsung akan memberi kesan NEGATIVE kepada pelajar SMKA Maahad Hamidiah Khususnya dan penduduk sekitar amnya.

11.2        Bahawa akan wujudnya masaalah sosial seperti arak dan judi  seterusnya  akan menyebabkan berlakunya gejala jenayah secara berleluasa kalau tidak dibendung dari awalnya yang secara langsung akan memberi kesan NEGATIVE kepada pelajar SMKA Maahad Hamidiah Khususnya dan penduduk sekitar amnya.

Bahawa akan mewujudkan pertembungan diantara Zone Sekolah ( Agama ) dan Zone Komersial seterusnya menjadikan ianya  tidak konduksif dan tidak selesa kepada Ibubapa, pelajar, guru dan penduduk disekitarnya.

Pembinaan PROJEK KOMERSIAL “ THE LOUVRE “ setinggi 36 tingkat terdiri dari 30 unit kedai & 498 unit pangsapuri perkhidmatan serta lain lain kemudahan adalah satu pembangunan yang berkepadatan tinggi dikawasan yang sempit dan terhimpit dicelah celah pembangunan infrastruktur seperti lebuhraya amatlah tidak sesuai untuk diluluskan oleh Pihak berkuasa tempatan MPKj terutamanya Lembaga Lebuh Raya Malaysia. ( LLM )

Bahawa kami membantah sebarang usaha yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak tertentu untuk memindahkan SMK AGAMA Maahad Hamidiah ketempat lain dimasa yang akan datang atas apa jua dasar sekalipun.

OLEH YANG DEMIKIAN

Kami seluruh masyarakat menyuarakan rasa terkilan, hampa dan teramat kecewa atas ketidakadilan ini dan dengan itu kami menyuarakan hak kami untuk membantah sekeras-kerasnya projek THE LOURVE .

Kami dengan ini seluruh masyarakat menurunkan tandatangan “ MEMORANDUM BANTAHAN NO 2” sebagai menunjukkan bantahan kami terhadap projek ini seperti di “Lampiran”

Kami memohon Pihak yang berkuasa termasuk MPKj, JKR, LLM, Pejabat Daerah, SPRM dan yang berkaitan untuk mengambil tindakan menyemak semula,menjalankan kajiselidik secara komprehensif dan MEMBATALKAN projek ini dengan serta merta demi mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap pihak berkuasa sebagai pendukung system  keadilan.

Sekian, Terima Kasih.

…………………………

Ir. JAZLAN BIN AHMAD
YDP PIBG
SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s