Pelan Induk Perkapalan (MSMP) Bakal Menjadi Industri Perkapalan berdaya Saing – Tiong Lai


Oleh rmf

Perkapalan merupakan satu aktiviti penting dalam memudahcarakan dagangan global. Adalah dianggarkan yang 90% dari jumlah dagangan antarabangsa diangkut menggunakan kapal lautan.

Setiap hari, ribuan kapal pelbagai jenis dan saiz mengangkut kargo yang terdiri dari bermacam komoditi, bahan mentah, barangan separa siap dan barangan pengguna yang berharga ratusan bilion Ringgit merentasi segenap lautan dunia.

Tanpa perkapalan, adalah mustahil yang dagangan antarabangsa dapat mengalir dengan lancar dalam jumlah yang besar ke pelosok bumi secara lancar dan pada kos yang rendah. Asas kepada permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan ialah permintaan dan bekalan terhadap kargo yang diangkutnya.

Oleh itu, sebarang perkembangan dagangan dan ekonomi tentunya mempengaruhi aktiviti perkapalan. Sebagai contoh, permintaan tinggi akhir-akhir ini dari China terhadap komoditi pukal kering atau dry bulk seperti bijih besi, arang dan bijirin telah menyaksikan peningkatan terhadap perkhidmatan kapal-kapal pengangkut kargo pukal kering.

Begitu juga dengan permintaan tinggi dunia terhadap minyak dan gas yang telah melonjakkan kos pengangkutan komoditi tersebut melalui laut dan juga menaikkan harga kapal-kapal tangki minyak dan pengangkut LNG / LPG.

Perkembangan teknologi yang pesat dalam pembinaan kapal, pengendalian kapal dan pengangkutan kargo juga menuntut pengurusan syarikat perkapalan supaya menyediakan pelaburan dan kakitangan yang mencukupi supaya tidak tenggelam dek arus perkembangan dunia teknologi maklumat atau IT masakini untuk mengekalkan tahap kompetitif mereka.

 IT telah muncul sebagai komponen strategik dalam menentukan tahap dayasaing syarikat perkapalan masa kini. Pembinaan kapal yang semakin canggih dengan sistem peralatan yang semakin sofistikated memerlukan anak-anak kapal yang terlatih.

Dalam pada syarikat perkapalan ghairah mengembangkan saiz armada mereka, fokus perlu diberikan kepada membangunkan sumber manusia yang mencukupi bagi mengendalikannya. Peningkatan jumlah trafik perkapalan di perairan sempit seperti Selat Melaka memerlukan tahap pengendalian yang tinggi oleh kapten kapal dan anak-anak kapal.

Fokus yang lebih tinggi terhadap keselamatan dalam matriks pasca 11 September serta pemeliharaan alam sekitar maritim juga menuntut supaya syarikat perkapalan menjalankan aktiviti mereka secara lestari dan bertanggungjawab.

Tersedar dengan kepentingan itu  dan pasaran perkhidmatan perkalapan diperingkat global , Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambil inisiatif masa hadapan dengan  kerjasama Jabtan Laut dan Institut Maritim Malaysia (MIMA) untuk memperkembangkan Industri perkapalan dengan melihat  permintaan diperingkat lebih luas lagi.

Rangka pelan induk perkapalan (MSMP) ini akan berangka, merancang  satu strategi  industry perkapalan negara agar ianya  dapat memberikan impak yang p[ositif dalam memenuhi permintaan masa akan datang dan berdaya saing.

Ketika ucapan dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Maritim Sedunia 2015 peringkat kebangsaan semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa menerusi pelan itu, industri berkenaan akan menjadi lebih dinamik dan berdaya saing.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai  sedar bahawa industry perkapalan merupakan satu aktiviti yang sangat ketat pengawasannya oleh kerajaan dan badan antarabangsa seperti Pertubuhan Maritim Antarabangsa atau IMO, satu badan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berpusat di London.

Pelbagai konvensyen dan peraturan antarabangsa yang ditetapkan oleh IMO yang merangkumi aspek perkapalan dagangan seperti keselamatan pelayaran dan pemeliharaan alam sekitar bagi memastikan yang aktiviti perkapalan dagangan dijalankan dengan selamat, lancar dan teratur harus dipatuhi oleh para pengamal sektor ini.

Ini merupakan cabaran yang besar dan memerlukan transfomasi yang cukup jitu bagi menjadikan industeri perkapalan negara diantara yang berpotensi dan berdaya maju dengan sistemnya nanti.

Selain daripada memberi tumpuan terhadap infrastruktur danpeningkatan kesalinghubungan antara pelabuhan, MSMP turut memandang serius soal pendidikan dan latihan maritim.

Seperti kata Liow, pelan yang diusahakan tidak akan berjaya sekiranya tidak melibatkan bidang pendidikan dan latihan maritim. Antara trend yang nyata di dalam aktiviti perkapalan ialah peningkatan saiz kapal yang telah, sedang dan akan terus mempengaruhi aliran dan jadual perkapalan serta pembangunan pelabuhan

Menerusi pelan ini, lebih ramai tenaga kerja tempatan mampu dilahirkan khusus dalam indsutri perkapalan dan maritim. Dengan itu, kepenggunaan perkhidmatan asing sebanyak 40 peratus selama ini mungkin dapat kita kurangkan setelah menerima penyertaan daripada mereka (pekerja tempatan).

Kelihatan pihak-pihak terlibat seperti Kementerian Pengangkutan yang secara komited dalam menyahut cabaran-cabaran baharu dan tidak sesekali meletakkan industri perkapalan dan sektor maritim pada tempat selesa – sekalipun Malaysia berada pada kedudukan 20 tempat teratas di dunia!

Kementerian Pengangkutan akan membentangkan pelan ini ke kabinet tahun hadapan dan bakal disuntik dengan strategi-strategi holistik ini berjaya mencapai objektif sebagaimana yang diharapkan – pembangunan industri perkapalan negara akan terus melangkah kehadapan buat industri perkapalan dan memajukan sektor maritim Malaysia!

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s