Hasil Lendir Meningkat Di Selangor  RM21Juta Kepada RM51Juta


Oleh rmf

Jumlah rumah urut di Selangor menunjukkan peningkatan mendadak dari 800 kepada 4,000 sejak pembangkang mula mengambil tampuk pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional.

Malah Presiden Malaysian Beauty Therapy Association, Prof Dr Clara L Chee sebelum ini turut dilaporkan berkata satu peningkatan yang ketara dengan penambahan sebanyak 85% membabitkan rumah urut di Selangor.

Kerajaan negeri Selangor tidak banyak pilihan, selain mencari apa jua cara yang sesuai untuk mempelbagaikan ekonomi negeri, demi menambah pendapatan kerajaan yang kemudiannya akan disalurkan semula kepada rakyat dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Kegiatan yang paling mudah ialah dengan memperbanyakkan rumah urut dan perlacuran  di negeri Selangor.  Hal ini telah dapat dibuktikan dengan peningkatkan hasi “lender” yang dikutip saban tahun.

Peningkatan hasil “Lendir” dalam negeri Selangor  yang tercatat ialah sebanyak RM51juta bagi tahun 2015 dan hanya  RM21juta pada tahun 2007.  Hal ini terbukti bahawa hasil “lender” merupakan sumber pendapatan negeri yang bakal diagihkan kepada rakyat Selangor.

Dalam apa cara agihan yang dibuat, secara tidak langsung Melayu Islam dalam negeri Selangor kini menikmati bersama sama  hasil “lender” yang kini merupakan produk “terbasah” yang cukup memenuhi kehendak pasaran.

Menurut ADUN Dengkil, Shahrum Mohd. Sharif, kerajaan negeri hanya pandai bercakap, tetapi pelaksanaannya langsung tidak dipraktikkan.

“Apa sudah jadi? Hasil cukai hiburan semakin banyak menunjukkan pertambahan pusat hiburan setiap tahun. Pada Bajet Selangor 2013, kerajaan negeri ada menyebut akan menggubal enakmen baharu yang akan memperkasakan pihak berkuasa tempatan dalam usaha membendung premis hiburan dan judi haram.

“Malangnya, jawapan yang diterima daripada sidang DUN lepas menyatakan kerajaan negeri tidak bercadang untuk menggubal sebarang enakmen untuk menangani permasalahan ini,” katanya pada sidang media di Lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Jelas Shahrum, pendekatan itu amat berbeza dengan Menteri Besar sebelumnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Mungkin apa yang dicadangkan oleh Abdul Khalid sebelum ini tidak sependapat dengan Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) sekarang kerana masing-masing ada pandangan sendiri sebagai pemimpin nombor satu negeri,” ujarnya

Kesimpulannya , dimanakah bijak pandai yang mengundi  pembangkang pada PRU 12. PRU13 yang lalu, mungkin pada masa yang sama  menikmati hasil “basah” yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk rakyatnya.

Kini nyatalah bahawa pengagihan tersebut  tidak penah dinyatakan kemana disalurkan. Adakah untuk derma kepada orang Melayu?

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s