DAP Tetap Jolok Isu Orang Melayu- Kali Ini Bab Nama Kampung Pula


Oleh rmf

Bila kita mengatakan DAP adalah Bapak segala rasis, maka sekoyang koyang la , orang orang Melayu penyokong DAP melindunginya. Penyataan rasis ini bukan dibuat untuk suka suka atau sekadar gurauan tetapi ianya melibatkan isu yang cukup sensitive bagi kaum yang lain.

Bermula dengan  bahasa Melayu, tulisan jawi, sejarah   Tanah Melayu,  dan kepentingan Melayu semuanya telah dipertikaikan oleh DAP. Apa lagi yang tinggal jika semua  yang berkaitan dengan sejarah bangsa Melayu termasuk nama nama kampung Melayu juga mahu ditukar oleh DAP.

Jika perkara sedemikian dibua dan dicadangkan oleh DAP, apakah teramat buta hati saorang yang berbangsa Melayu bila perkara ini benar terjadi. Lihat sahaja bagaimana di Pulau Pinang , nama nama jalan telah ditukar kepada nama bangsa Cina. Buka mata sekarang

Jika di Indonesia Chauvanis ini tidak mendapat tempat langsung di Tanah Berdaulat Indonesia- Semua nama yang diberikan mesti berbahasa Indonesia dan tiada   kompromi dalam menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan.

Amat beruntung sekali chauvanis yang berada di Malaysia terutama DAP. Tetapi kelonggaran yang diberikan tersebut telah menjadikan mereka ini besar kepala dan  melampaui sempadan kaum yang lain. Kesederhanaan yang diberikan kini sudah mencapai  cacing naik ke mata.

Tindakan DAP Selangor melalui Timbalan Setiausahanya, Ng Suee Lim telah meyuarakan cadangan agar satu nama perkampungan Melayu Bagan Nakhoda Omar ditukar kepada  nama kampung yang berstatuskan identity Cina.

Kenyataan cadangan ini adalah kerana untuk melenyapkan status melayu dan  pemilikan tanah rizab Melayu di kampung tersebut dibatalkan  , ini adalah kerana disebabkan bilangan penduduk  yang berbangsa Cina melebihi bangsa Melayu.

Tidakkah tindakan tersebut akan mengundang perbalahan diantara kaum. Sekarang kita sedang melihat bagaimana strategi chauvanis  cuba dalam usaha sedikit demi sedikit menghilangkan identity Melayu yang sedia ada. Tindakan ini adalah seperti “belanda diberikan tanah”

Tiada kaedah yang membolehkan tanah rizab  yang mana kepunyaan Melayu ditukar hanya kerana penduduknya pada kebanyakannya orang bukan Melayu. Sikap rasis yang ditunjukkan oleh DAP ini  amat melampaui batasan prinsip perkauman.

Tindakannya ditegur Adun BN-Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak yang menyifatkan kenyataan sangat rasis.

“Sekinchan (Suee Lim) kuat sangat rasisnya. Kalau boleh, jangan kuat sangat sampai nama pun nak jadi isu.

“Nama tu dah lama dah Sekinchan. Tidak profesionallah. Bukan BNO itu Bagan Noh Omar, Nakhoda Omar,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika mengulas perkara itu berkata, kerajaan negeri akan membuat semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) berhubung status tanah tersebut.

“Kita boleh batalkan dan ganti tapak lain dengan nilai sama. Pastinya kita nak tengok susun atur bangunan, kampung sedia ada, supaya masalah keselamatan, kesejahteraan rakyat dapat diambil kira,” katanya.

Kuda tunggan DAP iaitu PKR yang diketuai oleh Azmin Ali sudah pastinya akan mencari jalan agar  pertukaran  status tanh tersebut akan dibuat demi menjaga  kepentingan politik dan bukan  kerana orang Melayu.

Selama ini juga tidak pernah bagi Azmin dalam perancangannya untuk memertabatkan Melayu, tetapia akan terus akur dengan apa juga permintaan yang dibuat oleh DAP walaupun  selepas kenyataan tersebut dikeluarkan  dan dibuat kenyataan lain sebagai gurauan.

Kesimpulannya DAP adalah sebuah parti yang cukup rasis dan cukup tidak mementingkan kepentingan bangsa lain. Mereka adala dunia perjuangan sendiri  demi kesinambungan bangsa mereka. Melayu cukup la jangan terpengaruh lagi.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s