SPAD Sebuah Agensi Berintergriti ,Cemerlang Dalam Tindakan Berdasarkan Perundangan


Oleh rmf

SPAD dalam usaha untuk mempermodenkan  sistem pengangkutan Awam Darat sudah pastinya berhadapan dengan kepelbagaian  tohmahan dan  tuduhan yang dilemparkan bagi menunjukkan  bahawa SPAD hanya diatas nama sahaja tanpa  berfungsi dengan baik.

Semua itu adalah permainan sebilangan besar dari manusia yang hanya melihat dari sudut yang negatif. Akan tetapi sepanjang penubuhan SPAD, ianya telah banyak mengubah lankskap  sistem Pengangkutan Awam Darat yang dahulunya menjadi “bukan pilihan” bagi pengguna.

Sejak akhir akhir ini peningkatan penggunaan pengangkutan awam darat telah menjadi pilihan utama  dikalangan rakyat  dalam negara ini.

Kecemerlangan fungsi SPAD bukan sahaja dilihat  kepada pemodenan sistem, malahan ianya meliputi  penguatkuasaan  keatas kenderaan yang melanggar  undang undang yang telah digaris panduan kan.

Semua tindakan yang dilakukan oleh SPAD adalah untuk menjamin keselamatan serta  penggunaan kenderaan  dalam keadaan yang terbaik dan tidak membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

SPAD dalam menjalankan tanggungjawabnya  sentiasa peka dengan setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan undang undang dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sememangnya amat mudah bagi sesetengah pihak menuding jari kepada SPAD, namun pada hakikatnya setiap  tindakan tersebut adalah berdasarkan SOP yang ditetapkan, Setiap SOP ini adalah wajib dipatuhi  termasuklah  proses yang melibatkan perolehan dan pembayaran yang dibuat.

Sebagai sebuah agensi yang  berada dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri sudah pastinya  tidak akan terlepas dari pematuan segala tindakan yang diambil. Setiap perolehan dan pembayaran dibuat suadah pastinya akan melalui sistem pengauditan bagi mengesan ketelusan dan  tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sememangnya amat mudah bagi sesetengah pihak membuat tuduhan terhadap SPAD, tetapi adakah pasti tuduhan tersebut berasaskan fakta  dan pembuktian yang tepat. Sudah tentu tidak, sebaliknya tuduhan yang dibuat hanya untuk memperlihatkan kelemahan diri sendiri dalam memperolehi maklumat yang sebenarnya.

Sebaliknya tuduhan  yang mengatakan SPAD dan pengerusi mengamalkan kronisme adalah satu tuduhan yang amat dangkal. Tuduhan yang dibuat hanya berdasarkan persepsi dan bukan disertakan bukti serta fakta dan maklumat bertulis.

Jadi dengan tidak secara langsung ianya menunjukkan ada agenda tersembunyi   bagi setiap tuduhan yang dibuat. Sebaliknya jika benar ianya berlaku  dimanakah bukti dan juga fakta dilapirkan  bagi mengukuhkan tuduhan.

Justeru itu setiap langkah yang diambil dan dijalankan oleh SPAD akan melalui proses p[enilaian serta kaedah yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Semua proses perlesenan , perolehan dan pembayaran melalui satu sistem prosedur  yang ketat. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya ketirisan yang akan mencemarkan nama baik SPAD.

SPAD sebagai sebuah agensi kerajaan dalam pemodenan  sistem Pengangkutan Awam Darat amat komited menjalankan tanggungjawabnya secara telus, intergriti dan amanah.

Dakwaan tidak berasas oleh saorang individu  yang bernama Kassim Mokhtar terhadap Pengerusi SPAD adalah amat tersimpang jauh dan menunjukkan bahawa beliau hanya  suka menggunakan berita bersifat nagetif untuk merncari popularity di media sosial tanpa mahu mencari kebenaran fakta.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s