Tony Phua “Kecut Telur” Mencari Alasan Baru Tidak Mahu Bertembung Dengan Bos 1MDB


Oleh rmf

Lawak... Tony Pua pulak letak syarat tak mahu debat hanya talk show

Semakin panas, pada awal mula cabaran yang dibuat oleh Tony Phua terhadap Bos 1MDB Arul Kanda telah disambut dengan tangan terbuka  dengan bersyarat Tony Phua mesti melepaskan jawatanya dalam PAC.

Setelah beberapa hari cabaran tersebut banyak komen komen serta kenyataan ahli parlimen bersetuju agar  wawancara tersebut dilakukan secara langsung di television agar rakyat mendengar sendiri jawapan dan persoalan yang ditimbulkan oleh pembangkang.

Namun, Tony Phua seakan sudah tergigit lidah bila mana cabaran tersebut disambut dan  terus mencari alas an bahawa  syarat yang diberikan tersebut tidak bersifat keterbukaan.

Dengan demikian Arul Kanda Kandasamy  telah membuat keputusan kedua dan bersedia untuk menerima cabaran Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk berdebat secara terbuka tanpa syarat.

Ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu enggan meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Bagi Bos 1MDB ianya bukan satu masalah yang besar bila mana  Tony Phua tidak mahu melepaskan jawatan beliau dalam PAC.

Penarikan syarat tersebut kini telah menyebabkan Tony Phua berada dalam keadaan yang agak  kelam kabut dan akan terus mencari alas an  untuk  megelak dari  berhadapan dengan Bos 1MDB dalam  siaran langsung.

Kini ayam sabung DAP dilihat sudah tengelam punca dan  terus meletakkan syarat bahawa hanya dia sahaja yang boleh bertanyakan soalan dan Bos 1MDB hanya menjawab semua persoalan yang diberikan.

Dari wawancara  seterusnya ke Live Talk , alas an tetap diberikan oleh Tony Phua untuk mengelak dirinya dibelasah  terus oleh Bos 1MDB. Sekarang kita sedang memerhatikan bagaimana kebenaran  sedang mengatasi fitnah yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Dalam kenyataan yang diberikan oleh Arul Kanda berbunyi “Saya dengan ini menarik balik syarat saya. Saya akan berjumpa Tony Pua untuk talk show secara langsung di televisyen atau debat tanpa sebarang syarat.

“Saya tidak sabar untuk menjawab soalan-soalan Tony Pua,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Sebelum itu Arul berkata beliau mengenakan syarat pada Tony untuk meletak jawatan kerana ia memberi kesan pada konflik berkepentingan.

“Syaratnya sebelum ini adalah munasabah kerana Tony yang duduk dalam PAC adalah ‘hakim’ kepada siasatan 1MDB.

“RTM melalui menterinya sebelum ini setuju untuk menjadi hos kepada pertemuan kami, saya tertarik dengan pelawaan itu. Saya harap boleh berjumpa Tony (secara langsung) dalam tempoh terdekat ,” katanya

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, RTM sedia menyiarkan perdebatan antara Arul Kanda dan Tony Pua secara langsung.

Salleh berkata, kesediaan RTM untuk menyiarkan perdebatan itu secara langsung membuktikan keterbukaan  dan memberikan kebenaran maklumat dan bukan fitnah yang dilemparkan kepada 1MDB.

Sekarang apa juga alas an yang diberikan oleh Tony Phua sedang menunjukkan bahawa selama ini DAP dan juga sekutunya sedang merosakkan minda rakyat Malaysia  dengan pembohongan mereka.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s