1MDB Dijadikan Alasan Untuk Menjatuhkan DS Najib


Oleh rmf

Sebenarnya jika niat para pemimpin kanan Umno mahu membantu DS Najib Razak menyelesaikan isu 1MDB, berbagai cara boleh dilakukan. Boleh melalui mesyuarat Kabinet, boleh melalui mesyuarat AMT Umno, boleh dengan cara lain termasuk perjumpaan empat mata.

2. Oleh kerana niat para pemimpin Umno tertentu mahu menjatuhkan Perdana Menteri, maka cara itu tidak digunakan, sebaliknya berselindung atas nama kepentingan parti, sebagai alasan diberikan mengeritik pengurusan 1MDB. Mereka lupa, DS Najib sebenarnya tidak mahu sebarang kemelut berlaku pada sesebuah syarikat di mana beliau merupakan penasihat. Para pemimpin yang mengeritik DS Najib terlupa, bahawa betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

3. Para pemimpin yang mengeritik 1MDB, diragui niat mereka, kerana, mengapa tidak sabar-sabar menunggu hasil siasatan terhadap syarikat tersebut, sedangkan Perdana Menteri telah akur dengan pandangan atau desakan berbagai pihak, sehingga beliau mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat, selain itu PAC Dewan Rakyat juga turut menyiasat.

4. Kepada para ahli Umno atau penyokong Umno, kena berfikir semula dan menghayati apa yang berlaku ,mengelilingi isu 1MDB yang dijadikan sebagai punching bag berbagai pihak untuk memburukkan imej Perdana Menteri. Juga diingatkan, bagaimana mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sanggup bersengkokol dengan media asing seperti The New York Times, The Wall street Journal, Bloomberg serta Sarawak Reports dan banyak lagi, sedangkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau beranggapan, semua laporan media tersebut bertujuan jahat dan pariah.

5.Kita semua sebagai penyokong dan ahli Umno kena berfikir semula, disebalik apa beberapa pemimpin Umno menggunakan 1MDB sebagai alasan utama mengeritik Perdana Menteri, sedangkan hingga setakat ini, belum terbukti apa-apa, bahawa syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut telah kehilangan wang atau rugi. Sebuah syarikat yang hanya bermodal RM1juta, namun diberikan pinjaman sehingga 42ribu kali ganda modal berbayar sebenarnya satu pencapaian luarbiasa. Meskipun syarikat itu mempunyai liabilti sebanyak RM42bilion, akan tetapi mempunyai aset sebanyak RM52bilion. ertinya di atas kertas syarikat itu telah mendapat keuntungan dalam semua transaksinya. Bayangkan hanya bermodal RM1juta, namun dapat pulangan sebanyak RM10bilion dalam tempoh 6 tahun. Selain itu, impak adanya 1MDB, tarif litrik di negara ini bukan sahaja membendung kenaikkan tarif kerana perjanjian konesesi beberapa IPP, akan tetapi mampu menurunkan tarif litrik.

6. Pada akhir tahun ini, tindakan rasionalisasi 1MDB, bukan sahaja mampu melangsaikan seluruh hutang akan tetapi akan mendapat lebihan tunai. Perkara ini, yang terlupa oleh para pemimpin Umno tertentu, bahawa sebarang masalah boleh diselesaikan, dan memperlukan masa tertentu untuk menyelesaikannya. Mereka terlupa, bahawa kuasa yang ada pada manusia hanya berusaha, berkerja dan bertawakal. Manusia tidak mempunyai kuasa kunfayaqun. Para pemimpin tertentu dalam Umno tersebut, bertindak, jika ada sesuatu masalah, maka seperti kilat, masalah itu diselesaikan.

7.Para pemimpin Umno tertentu yang kerap bercakap berkaitan 1MDB di mana-mana kesempatan, sebenarnya bertujuan memberi bebanan kepada DS Najib dan juga pengurusan 1MDB, selain itu, mereka juga mahu mengumpul persepsi negatif, bahawa isu 1MDB tidak bakal akal terselesaikan.

8. Berbagai andaian dilontarkan berkaitan 1MDB, termasuklah, kononnya penurunan nilai ringgit terhadap USD Dollar impak kepada syarikat milik MOF tersebut, namun mereka terlupa mata wang negara lain juga menyusut terhadap dollar, sedangkan negara-negara tersebut tidak mempunyai syarikat seperti 1MDB.

9. Sebenarnya tiada korelasi antara penurunan mata wang ringgit dengan 1MDB. Penurunan ringgit terhadap dollar amerika, hanya kerana menjunamnya harga minyak di pasaran dunia, selain persepsi lain, termasuk, impak kepada penerimaan yang kurang daripada minyak, maka negara akan kekurangan wang untuk pembangunan atau melaksanakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

10. Sangkaan berbagai pihak tersebut, kononnya negara akan kekurangan wang untuk pembangunan atau mengurus, ditepis melalui Bajet 2016, apabila Perdana Menteri membentangkan bajet dengan lebihan RM7bilion berbanding bajet 2015, selain itu peruntukkan untuk pembangunan adalah RM51bilion berbanding RM40bilion pada Tahun 2015.

11. Sebenarnya, kalau ditelusuri pencapaian DS Najib sebagai Perdana Menteri dalam tempoh 6 tahun, kalau dilihat daripada fakta angka, telah melepasi pencapaian PM2 terdahulu.

https://www.facebook.com/groups/tuahbertuah/permalink/900436013372486/

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s