Warga FELDA Tersenyum Nikmati Hasil Kepercayaan Kepada Kerajaan Melalui Bajet 2016


Oleh rmf

Kerajaan semalam menawarkan harga RM90,000 untuk pembelian rumah secara jual-beli kepada generasi baharu Felda di Parlimen Rompin, berbanding harga asal RM125,000 yang ditawarkan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata bagi generasi baharu yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian rumah berkenaan, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli di mana mereka dapat menduduki rumah itu selama lima tahun secara sewaan dengan kadar munasabah.

Tetapi pada kali ini pembentangan bajet yang telah dibuat telah memperlihatkan bagaimana kadar harga rumah yang pada mulanya RM80ribu kita telah diturunkan kepada RM70ribu kepada generasi Felda.

Bukan itu sahaja , banyak lagi faedah yang disalurkan  kepada warga Felda  diseluruh negara. Justeru itu  warga Felda seharusnya melihat  secara lebih  mendalam lagi tindakan kerajaan yang selama ini tidak pernah memimingirkan rakyat dan sentiasa peka  mengenai permasalahan yang dihadapi terutama keluarga dari Felda.

Pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Bajet 2016 semalam bertemakan “Mensejahterakan Kehidupan Rakyat” disifatkan bajet yang amat baik dan bersifat membela golongan pertengahan dan bawahan.

Peruntukan BR1M ditambah..pengurangan cukai untuk anak yang menjaga ibu bapa dan tanggungan isteri..terlalu banyak perkara yang hendak dibincangkan mengenai Bajet semalam..cuma kali ini saya ingin memfokuskan kepada intipati Bajet yang memberi manfaat kepada warga Felda…

Manfaat untuk warga FELDA kali ini lebih bersifat keselamatan, perumahan dan kemudahan iaitu :

Pelan Pembangunan Angkatan Tentera:

  1. Pelaburan sebanyak RM 523 Milion untuk pembangunan ESSCOM kem tentera di FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah

Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar :

  1. RM 200 Juta untuk meningkatkan taraf jalan raya di penempatan FELDA
  2. Pembinaan 20,000 kediaman untuk generasi kedua peneroka FELDA
  3. Pengurangan rumah FELDA dari RM 90,000 kepada RM 70,000..

Masyarakat FELDA Sahabat Lahad Datu pasti menghela nafas lega apabila kerajaan mengumumkan palaburan sebanyak RM 523 Million untuk pembangunan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) kem tentera di Felda Sahabat. Ianya satu jaminan bahawa kerajaan mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara agar peristiwa hitam serangan pemberontak Sulu tidak berulang lagi..

Selain itu, bagi meningkatkan jaringan perhubungan warga FELDA diseluruh negara, kerajaan telah mengumumkan sejumlah RM 200 Juta untuk meningkatkan taraf jalan raya di penempatan FELDA..Pengumuman ini telah memberi keselesaan kepada warga FELDA untuk bergerak..tidaklah nanti orang kata jalan FELDA teruk..berlubang sana-sini..

Generasi kedua peneroka turut mendapat inisiatif melalui pengumuman Bajet 2016 semalam, kerajaan telah mengumumkan bahawa akan membina sebanyak 20,000 kediaman khas untuk generasi kedua peneroka FELDA…

 Najib turut mengumumkan bahawa harga rumah generasi kedua Felda diturunkan daripada RM 90,000 kepada RM 70,000..

Itu tidak termasuk dengan bantuan BR1M yang dinaikkan RM 50 setiap kategori turut dirasa oleh warga FELDA..

  1. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000
  2. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
  3. Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400
Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s