Tiong Lai – MCA Berterima Kasih Kepada Kerajaan Melalui Bajet 2016.


Oleh rmf

Menteri Pengangkutan dan juga merangkap Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai tersenyum lebar selepas pembentangan bajet 2016. Bajet yang memenuhi banyak kretiria dalam pembangunan dan menaik taraf sistem pengangkutan negara dan juga IKS dengan pinjaman mudah Mikro untuk masyarakat Cina.

Begitu juga dengan bajet yang telah dibentangkan  telah meperuntukkan perbelanjaan untuk masyarakat cina dalam  KOJADI sebagai pusat pembangunan usahawan yang berdaya saing dimasa akan datang termasuk kemudahan pinjaman Mikro sebanyak RM90juta.

Pembentangan bajet 2016 pada kali ini amat memberikan kepuasan hati banyak pihak, Bajet yang disifatkan ada yang tidak kena oleh pembangkang saban tahun.

Tetapi dasar kerajaan adalah untuk memastikan segalanya dinbikmati bersama dengan kemakmuran negara.

Dalam pembentangan bajet pada kali ini, MCA  dengan gembira mengucapkan penghargaan yang  tinggi kepada kerajaan berhubung dengan pemberntangan bajet dan peruntukan  yang disediakan untuk tahun 2016.

MCA berterima kasih kepada DS Najib Razak yang telah menyahut permintaan MCA melalui peruntukan sebanyak RM50 juta di bawah KOJADI untuk membantu usahawan PKS di golongan masyarakat Cina. Ini termasuk di dalam tambahan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit kepada peniaga-peniaga kecil kaum Cina.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai sejurus selepas perbentangan Bajet 2016 petang tadi. Usaha MCA mentransformasikan dan menjenamakan semula Institut Kojadi kepada VTAR Institute juga turut menampakkan hasil apabila di dalam Bajet 2016,

Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan mensasarkan 60% daripada 1.5 juta pekerjaan baru adalah pekerja berkemahiran Pendidikan Teknikal, Vokasional dan Latihan (TVET) menjelang 2020. Sebanyak RM4.8 billion diperuntukan kepada 545 institusi.

DS Liow juga yang merupakan Menteri Pengangkutan memuji langkah Kerajaan memperuntukkan RM8.54 bilion untuk pembangunan pengangkutan negara yang merangkumi projek-projek jalan raya dan jambatan, keretapi dan transit laju,  penerbangan awam, pelabuhan dan perkhidmatan laut.

Begitu juga dalam usaha untuk mewujudkan kemudahan pengangkutan secara berintegrasi, moden, canggih dan efisien, di mana Kerajaan juga telah memperuntukkan RM3.95 bilion untuk pengurusan dan pembangunan.

DS Liow juga menambah, sememangnya penting bagi Kerajaan untuk menguruskan perbelanjaan dalam menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar di peringkat global dan domestik, namun apa yang lebih penting dalam ikhtiar untuk mengembangkan ekonomi negara adalah untuk melabur terhadap projek-projek yang akan membawa faedah dan perubahan kepada Rakyat.

Kata beliau, seiring usaha kitaMalaysia untuk melakar pertumbuhan negara, perbelanjaan tahun ini terbukti bahawa kebajikan rakyat terus menjadi titik tumpuan.

Ini disokong dengan pelbagai inisiatif yang telah dibentangkan dari segi kadar cukai bagi golongan berpendapatan sederhana dan antara inisiatif proaktif yang lain, pengurangan kos sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s