Operasi Bas Di Puduraya Berpindah Ke Terminal Tasik Selatan Bermula 1 November


Oleh rmf

KALAU banyak harta benda,
Orang itu kaya raya.
Kalau tempat lalu kereta,
Itulah jalan raya.
Hentian bas ibu kota,
Itu di Puduraya
,
Di tengah bandar raya’.

Bagi peminat Jalil Hamid, mereka pasti ingat lagu komedi bertajuk Raya itu yang turut menyebut Hentian Puduraya pada bait liriknya. Ia sekali gus menggambarkan populariti terminal bas itu.

Keluasan Puduraya meliputi 52,583 meter persegi dan kekal dengan 24 platform bas. Ia juga dibuka dari pukul 7 pagi hingga 12 malam

Malah hentian yang terletak di simpang Jalan Pudu itu bagaikan perlu diketahui terlebih dahulu sebelum seseorang boleh mengenali kehidupan kosmopolitan Kuala Lumpur dengan lebih dekat lagi.

Puduraya dirasmikan Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn pada 2 Oktober 1976. Sekarang, sebanyak 90 buah syarikat bas beroperasi di sini di samping perkhidmatan teksi ke Pantai Timur, utara dan selatan tanah air.

Siapa yang tidak mengenali hentian bas Pudu yang beroperasi berdekad-dekad lamanya. Hentian bas yang telah di tambah baik ini sentiasa sibuk dengan urusan perjalanan ke Utara dan Seremban disamping lokasi hentian teksi dan bas henti-henti.

Namun, semuanya akan tinggal kenangan apabila pihak Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memindahkan operasi bas ekspress berkenaan tidak lama lagi.

Perkhidmatan bas ekspress ke utara tanah air dilaporkan akan berpindah operasinya daripada Pudu Sentral ke Hentian Bas Terminal Tasik Selatan (TBS) bermula 1hb November ini. Perpindahan ini merangkumi seluruh perjalanan ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Pengumuman ini dilakukan oleh pihak Pengangkutan Awam Darat (SPAD) setelah mengadakan perbincangan antara pihak mereka dengan para pengusaha bas ekspress, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

Perpindahan ini dilakukan berikutan pihak SPAD mengambil kira keselesaan dan keselamatan pengguna yang jauh lebih baik disamping dapat mengekang aktiviti ulat tiket yang dilihat berleluasa di sekitar Pudu Sentral sejak sekian lama.

Perpindahan ini membabitkan 545 daripada 645 bas ekspress yang menyediakan perjalanan melalui koridor utara yang beroperasi di Pudu Sentral. Kesemua 545 bas ekspress ini akan dialihkan dari pusat bandar ke TBS bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Pudu Sentral.

Dalam pada itu, Pudu Sentral akan terus digunakan sebagai terminal bas ekspress jarak dekat dan bas henti-henti termasuk perjalan dari Pudu Sentral ke Tanjung Malim, KLIA, KLIA 2 dan Seremban.

Disamping itu, perpindahan operasi ini tidak membabitkan Hentian Duta yang kini menjadi tempat persinggahan bas-bas ekspress yang melalui koridor utara sama seperti sebelum ini.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s