Usul undi tak percaya gagal, pembangkang tidak senarai majoriti sokong


21 OKT: Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri gagal apabila pembangkang tidak menyenaraikan jumlah majoriti ahli parlimen yang menyokong usul tersebut.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata hasrat pembangkang itu hanya boleh dicapai apabila beliau menerima senarai usul undi tidak percaya melebihi majoriti barisan kerajaan.

speaker 1“Undi tidak percaya  tidak semestinya melalui  usul, apabila pada waktu bajet ini, pada pembentangan itu apabila bajet itu kalah maka terpaksa seperti undi tidak percaya, jadi kenapa harus isu terpaksa dibuat di sini?

“Setakat ini saya masih menunggu lagi berapa senarai yang pembangkang boleh hantar di meja saya, kerana setahu saya mereka hanya ada 89 sahaja, belum berganjak dan berubah tetapi apabila mereka boleh beri saya senarai, mungkin sekarang sudah ada 90 atau 100, mungkin saya boleh tekan kepada kerajaan, harus bahas kerana kalau majoriti dia (Barisan Nasional) 100, kamu tinggal berapa?,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, Rabu.

Bagaimanapun kata Speaker Dewan Rakyat, perkara itu tidak berlaku walaupun beliau sudah lama menunggu senarai nama yang mahu membuat usul undi tidak percaya tersebut daripada Pakatan Harapan.

Namun, jelasnya perkara tersebut memang tidak akan berjaya apabila melihat jumlah majoriti yang berkurangan ekoran perpecahan pembangkang yang melibatkan PAS.

“Itu juga gantang dia tidak lebih dan tidak kurang, mungkin berkurangan pula dia (Pakatan Harapan) punya, yang dia berkurang pula ialah PAS  pula sekarang ini bukan dari dalam Pakatan, jadi itu soal yang sebenarnya,” katanya.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s