Pembangkang bakal ulangi drama Bajet 2010 untuk singkir Najib


Oleh rmf

Tan Sri Shahrir Samad berkata, penyingkirkan Perdana Menteri melalui Bajet 2016 adalah langkah yang akan dilakukan pembangkang kerana usul undi tidak percaya sukar dilaksanakan.

“Itulah yang barangkali dikatakan pembangkang sebelum ini bahawa ada cara lain selain usul undi tidak percara kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini konvensyen dalam Parlimen. Mereka (pembangkang) pun tahu. Kalau bajet tidak lulus itulah tanda tidak ada sokongan kepada parti pemerintah,” kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu.

Shahrir berkata tanpa kelulusan, kerajaan dana kewangan tidak dapat dibelanjakan..

Tindakan ini katanya, pernah dilakukan pembangkang pada Bajet 2010 apabila usaha mereka mahu menggulingkan kerajaan melalui pintu belakang dengan memujuk beberapa ahli parlimen BN lompat parti gagal.

Untuk rekod, pada bajet tersebut, selepas pengundian belah bahagi, bajet bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), keputusannya 64 suara menyokong manakala 63 menolak.

Drama lewat malam itu menyaksikan bajet hanya lulus dengan kelebihan satu undi dan yang menariknya, Najib dan timbalannya ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.

Menurut Shahrir, tindakan pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang mahu dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberikan gambaran seolah-olah mereka tidak faham.

“Kita berdepan satu kumpulan pembangkang pusing-memusing, putar-memutar peraturan ikut keperluan masing-masing, akan memutarkan keadaan,” katanya.

Itu juga tegas Shahrir, hanya cerita politik pembangkang selain tidak faham peraturan mesyuarat.

Sementara itu, jika benar pembangkang mahu menyingkirkan Perdana Menteri melalui Bajet 2016 yang akan dibentang Najib Jumaat ini, ia sebenarnya akan menguji kesetiaan dan integriti beberapa ahli parlimen BN yang diuar-uarkan akan menyokong tindakan pembangkang.

Antara nama yang dikaitkan adalah Muhyiddin, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Selain nama-nama tersebut, pembangkang juga membayangkan beberapa lagi ahli parlimen BN akan menyokong mereka dengan bertindak tidak hadir ketika pengundian bagi meluluskan bajet berkenaan.

Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang sebelum ini meminta sokongan sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen BN untuk usul undi tidak percaya.

Besar kemungkinan, pembangkang juga berharap sokongan sama bagi penyingkiran Najib melalui Bajet 2016.

BNBBC

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s