Ingat Kit Siang, setiap perbuatan ada balasannya…


Oleh rmf

Sesi Dewan Rakyat minggu pertama ini tentunya tertumpu kepada ‘pertembungan’ Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.

Jika pada Isnin, Kit Siang menuduh Pandikar Amin salah guna kuasa dan mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB, pada Selasa, Speaker menjawab dakwaan itu dengan diikuti kata dua, supaya Penasihat DAP itu meminta maaf kerana membuat tohmahan tersebut.

Bagi beliau, dakwaan serius itu tersebut jika tidak diambil tindakan akan membentuk persepsi negatif masyarakat di luar yang akan member gambaran Speaker mengikut telunjuk kerajaan dan hanya berani terhadap Ahli-Ahli Parlimen baharu.

Pada penjelasannya di Dewan Rakyat semalam, Pandikar Amin menuntut Kit Siang meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu maka satu usul (gantung) akan dibawa terhadapnya.

“Ini telah berlaku pada ( Ahli Parlimen) Gombak (Azmin Ali), Puchong ( Gobind Singh Deo) and Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Beliau menegaskan bahawa tindakan terhadap Ahli-Ahli parlimen pembangkang mahupun kerajaan telah dilakukan speaker dewan sejak sebelum beliau menduduki kerusi Speaker pada 2008.

Beliau kata bahawa ‘ruling’ yang dibuatnya tidak ada kena mengena dengan sebarang situasi politik semasa sebaliknya sentiasa bersandar kepada peraturan mesyuarat.

Siasatan PAC keatas 1MDB telah terhenti tiga bulan baru-baru ini ekoran rombakan kabinet yang menyaksikan pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamad dan tiga anggota lain dilantik ke jawatan kerajaan.

Cuma semalam,Isnin Dewan Rakyat meluluskan lantikan Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi PAC yang baru.

Pembangkang mendakwa PAC boleh terus berfungsi tanpa pengerusi waktu itu dan sebaliknya Pandikar limkitsiangdapkata tidak boleh.

Namun sebenarnya, DAP yang percaya isu 1MDB boleh dujuarainya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan, mulai tertekan dengan pelantikan Hasan menggantikan Nur Jazlan.

Sebab itu, selain memberi gambaran buruk terhadap Ahli Parlimen Rompin itu kononnya mahu menghukum Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang diragui integriti sebagai jawatankuasa PAC, Kit Siang mengheret Pandikar Amin dengan dakwaan tidak berasas itu.

DAP mungkin sedar, kedudukan Pua dalam jawatankuasa itu akan terjejas apabila Jawatankuasa Pemilih yang akan bermesyuarat menentukan barisan PAC.

Jika Pua tidak lagi dipilih, ini bermakna DAP akan hilang maklumat penting dalam mesyuarat PAC.

Walaupun, Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw dijangka masih berada dalam senarai jawatankuasa PAC tetapi banyak pihak lebih meragui integriti Pua.

Justeru itu, Kit Siang ibarat ‘tidak dapat telinga dipulas’, dengan mengaitkan Pandikar Amin yang bertindak mengikut peraturan mesyuarat Dewan dalam proses pelantik Pengerusi PAC baharu.

Kit Siang sebagai orang lama di Dewan Rakyat tentu tahu mengenai peraturan-peraturan mesyuarat tetapi mengenali diri pemimpin veteran DAP itu, beliau cukup keras menyuarakan pendapat walaupun ia tidak benar.

Namun, tindakannya pada Isnin cukup menguji kesabaran Pandikar Amin.

Hari ini, adalah hari penentuan kepada Kit Siang kerana jika beliau enggan meminta maaf dan menarik balik tuduhan liar terhadap Speaker, pemimpin DAP itu akan berdepan usul ‘gantung’ beliau daripada menghadiri sesi Dewan Rakyat.

Pandikar Amin mahupun Kit Siang pastinya cukup arif dengan Peraturan Mesyuarat 44(1), 44 (2) dan 44(3) berhubung tindakan diambil.’

Sekiranya tidak di bawah peraturan tersebut, Kit Siang akan berdepan usul kerajaan untuk menggantung beliau kerana menghina Speakar dan institusi Parlimen dengan jangkaan paling awal, usul itu akan dibentang di Dewan Rakyat esok..

Kit Siang tidak perlu menyesal jika digantung daripada perkhidmatan sebagai ahli Dewan kerana setiap perbuatan pasti ada balasannya.

BNBBC

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s