SPAD TIdak Aakan Berhenti Benteras Uber dan GrabCar


Oleh rmf

IMG-20141224-WA0003

Dalam perkembangan lain sejak 2014 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyita lebih 100 kenderaan persendirian yang beroperasi sebagai teksi haram di  bawah platform perkhidmatan Uber dan GrabCar, sejak Oktober tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah berkata badan berkuasa itu melipatgandakan usaha membanteras kenderaan sedemikian yang menawarkan khidmat pemandu persendirian menerusi telefon pintar kerana ia perkhidmatan  teksi haram.

Uber dan GrabCar  yang berada di jalanan sekarang telah meyebabkan  berlakunya  pertelingkahan diantara pemandu  teksi berlesen  yang mana ianya mengugat sumber pendapatan  bagi pemandu yang menjalankan perkhidmatan secara sah.

Tindakan Uber dan GrabCar ini telah mencetuskan tindakan SPAD lelancarkan  operasi bagi membenteras kegiatan yang menyalahi udang undang  perkhidmatan teksi.

Sehingga kini banyak laporan yang dilaporkan oleh pemandu teksi berkenaan dengan kegiatan haram Uber dan GrabCar. Kawasan operasi Uber dan GrabCar ini berjalan tanpa gangguan di sekitar kawasan  Lembah Kelang.

Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA). Menyokong usaha SPAD berhubung pengharaman aplikasi atas talian, seperti Uber&GrabCar dan ianya ternyata disambut baik oleh persatuan teksi tersebut.

Dalam masa yang sama PETEKMA mendesak agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat menyekat terus aplikasi atas talian tersebut daripada terus digunakan oleh rakyat Malaysia

Setakat ini,  SPAD telah menjalankan beberapa operasi bersepadu bagi membenteras kegiatan haram Uber dan GrabCar ini di kesemua kawasan tumpuan yang menjadi pusat operasi mereka. Beberapa tindakan telah dijalankan termasuk menyita kenderaan dan mengenakan denda  serta melucutkan hak aplikasi.

Uber dan GrabCar secara langsung tidak memikirkan  hal yang berkaitan dengan keselamatan penumpang. Mereka beroperasi  hanya atas dasar perkhidmatan yang mensasarkan keuntungan kemata mata.

Tindakan ini amat membahayakan nyawa penumpang yang menggunakan perkhidmatan Uber dan  GrabCar.

 Setakat ini menurut rekod yang dinyatakan  dari tahun 2011 sebanyak 470 kes telah diambil tindakan yang sewajarnya, dan bagi tahun ini sahaja sebanyak 240 kes telah dibuka, daripada jumlah tersebut sebanyak 144 kes yang melibatkan  kes  aplikasi.

GRABCAR – 97 kes
UBER – 43 kes
Easy Taxi – 3 kes
Blacklane – 1 kes

Sementara status kes :

No Further Action (NFA) – 10 Kes.
Denda Mahkamah – 13 Kes.
Kompaun – 9 Kes.
Proses Makhamah – 49 Kes.
Proses Penyiasatan – 63 Kes
Status Mohon Lucut Hak untuk Kes Melibatkan Penggunaan Apps – 110 kenderaan.

Kesemua kes yang telibat  telah dikenakan tindakan dibawah Seksyen 16  Akta Pengakutan  Awam Darat (APDA) 2010 yang mana tindakan diambil kerana tidak mempunyai  lesen pengendali dan juga tiada penggunaan meter. Amat jelas kesalahan ini  telah melanggar perundangan pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Ia juga menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) kerana menggunakan persendirian awam dan tidak mempunyai lesen pengendali daripada SPAD.

Pemandu atau pemilik teksi haram boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala, syarikat kenderaan boleh didenda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

“SPAD sudah memainkan peranan yang cukup baik setakat ini. Operasi yang dijalankan tidak pernah kenal erti  jemu dan terus melakukan agar keselamatan penumpang terjamin walaupun beberapa kekangan  kekurangan keanggotaan ternyata  bukan penghalang”

“Sedia maklum, mereka (UBER) memberikan perkhidmatan mereka kepada orang ramai tanpa memiliki insurans. Maka ini mengundang risiko tinggi kepada pengguna, apatah lagi kenderaan UBER ini boleh dipandu oleh sesiapa sahaja.

“Secara global, kita dapt lihat macam-macam kes sudah berlaku antaranya rompakan, rogol dan kemalangan tetapi penumpang tidak boleh membuat sebarang tuntutan.”

Pengerusi PETEKMA Mohd Syahrir Abdul Aziz selepas menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, tempohari amat berharap agar SPAD terus memainkan peranan yang jitu bagi membela nasib pemandu teksi yang dihimpit dengan lambakan  kereta sewa haram Uber dan  GrabCar.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s