Kereta Api Trans-Asia- Pemodenan Laluan Sutera Abad ke 21-Tiong Lai


Oleh rmf

Laluan Sutera atau Jalan Sutera ialah sebuah rangkaian laluan perdagangan di seluruh benua Asia yang menghubungkan rantau Asia Timur, Asia Selatan, dan Asia Barat dengan rantau Mediterranean, dan juga Afrika Utara, Afrika Timur Laut dan Eropah.

Pada zaman sekarang, Laluan Sutera merujuk kepada laluan-laluan utama di darat dan lautan sekitar benua-benua tersebut.

Orang pertama yang menggunakan istilah “Jalan Sutera”, ialah seorang ahli geografi berbangsa Jerman bernama Ferdinand von Richthofen pada tahun 1877.

Laluan Sutera dinamakan sempena perdagangan sutera yang meluas di China, salah satu punca laluan-lauan perdagangan terawal dihubungkan menjadi rangkaian antara benua yang meluas

The Railway Kunming-Singapura merujuk kepada rangkaian landasan kereta api, di bawah perancangan dan pembinaan, yang akan menghubungkan China, Singapura dan semua negara-negara tanah besar Asia Tenggara.

Konsep ini berasal dari imperialis British dan Perancis, yang berusaha untuk menghubungkan landasan kereta api yang telah mereka bina di barat daya China, Indochina dan Tanah Melayu, tetapi konflik antarabangsa pada abad ke-20 disimpan kereta api serantau berpecah-belah.

Idea ini secara rasmi dihidupkan semula pada bulan Oktober 2006 apabila 18 negara Asia dan Serani menandatangani Perjanjian Rangkaian Kereta Api Trans-Asia, yang menandakan Keretapi Kunming-Singapura sebagai salah satu Keretapi Trans Asia

Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah hadir di Persidangan Khas Parti Politik Asia Mengenai Laluan Sutera di Beijing, China dalam membincangkan perapian rangkaian hubungan rel Kunming ke Singapura.

Rangkaian hubungan rel yang dikenali “The Pan-Asia Railway”  begitu mendapat ransangan dan sokongan ramai bila diperkenal dan menyentuh inisiatif Laluan Sutera oleh Negara China yang bakal menyaksikan perlaksanaan yang pesat seiring memajukan cadangan itu.

Sesi perbincangan selama 3 hari di Beijing itu dan berakhir pada 16hb Oktober telah dihadiri wakil-wakil dari lebih 60 pertubuhan parti politik dan organisasi dari lebih 30 buah negara.

Garis hubungan rel dan jalan darat serta perkapalan era 21, satu rangka kerja yang diletakkan oleh Presiden China, Xi Jinping bakal memupuk hubungan dan kerjasama di kalangan negara di dalam laluannya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula dilaporkan sebagai berkata, cadangan China itu akan dibincangkan dengan rakan sejawatannya di peringkat ASEAN dan menyifatkannya sebagai peluang terbaik mempercepatkan pengwujudan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang akhir tahun ini.

Menurut kata Liow, “Kami melihat dengan jelas keyakinan negara-negara yang turut hadir pad cadangan itu dan bertekad mmenyiapkan projek rel keretapi.

Selesainya “The Pan-Asia Railway”, pastinya akan mengiatkan ekonomi negara terbabit.” Sebuah badan kewangan Laluan Sutera dan pelaburan infrastruktur Asia telah ditubuhkan bagi menyokong pembangunan infrastruktur projek demikian.

Pastinya dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, perlu memastikan hubungan ekonomi yang mapan bukan sahaja buat kawasan itu tetapi juga melibatkan kumpulan ekonomi seperti Asean+3, Asean+6 juga termasuk Wilayah Perkongsian Ekonomi yang Komprehensif, kata Liow lagi.

Sebagai mengulas lanjut konsep kordinasi polisi yang juga merupakan antara 5 aspek perhubungan, Liow menegaskan perlunya negara yang terlibat menggariskan polisi bagi membolehkan penyertaan rakan luar di dalam sektor yang telah dikenalpasti; pelancongan, perdagangan dan pelaburan,  kejuruteraan dan komunikasi, industri kecil dan sederhana, keusahawanan dan pembangunan, di samping logistik dan pembangunan infrastruktur yang akan mencetuskan peningkatan perniagaan.

Dato’ Sri Liow menekankan dengan membenarkan pemilikan ekuiti sekurang 40% di pelabuhan, pastinya negara akan berjaya memanafaatkan inisiatif Laluan Sutera.

Sebagai contohnya akan mengerat dan memencakkan hubungan dua hala Melaka dan Guangdong yang belum pernah terjalin sebelum ini.

Di pihak Malaysia dan Singapura, sudah pasti inisiatif ini mengesahkan keperluan dan pembinaan projek HSR yang sedang dalam proses dan menguntungkan buat semua.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s