FELDA Anjur Program  Persiapan Untuk Menghadapi Peperiksaan STPM


Oleh rmf

adv1-2013

Jabatan Pendidikan FELDA hari ini telah mengadakan Program Sehari Bersama Pelajar FELDA Pra-universiti (Tingkatan 6 Atas) untuk tahun 2015, di Menara FELDA.

Program ini  telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti, Anuar Malek.

Program yang bermula pada awal pagi hari ini bertujuan memberikan pendedahan secara menyeluruh mengenai persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kepada semua pelajar-pelajar FELDA untuk memperoleh keputusan yang cemerlang nanti.

Malah, program ilmu itu juga memberikan panduan kepada pelajar-pelajar FELDA untuk memilih dan menentukan bidang-bidang pengajian yang akan dipilih berdasarkan keputusan dan kebolehan diri masing-masing di peringkat univerisiti pula.

Antara program-program yang direncanakan oleh Jabatan Pendidkan FELDA adalah taklimat jabatan pendidikan, taklimat MUET, taklimat kemasukan pelajar, dan pengisian pengislahan diri dari perspektif Islam.

Seramai 292 orang pelajar dari beberapa Wilayah FELDA dan 18 orang guru pembimbing yang terlibat untuk program sehari bersama pelajar kali ini.

Turut terlibat dalam menganjurkan program itu adalah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pengurusan Kemasukan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis Peperiksaan Malaysia, Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Wilayah-wilayah FELDA.

Pada Jun yang lalu Felda telah menaja Pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kurang upaya Kaveinthran Pulanthran mendapat suntikan semangat apabila menerima geran RM200,000 untuk menyambung pelajaran di Amerika Syarikat.

Ini menunjukkan kesungguhan Felda melahirkan generasi yang  berilmu untuk digembeling sebagai peneraju dimasa akan datang. Sesungguhnya Felda  komited untuk melahirkan garduan terbaik untul Felda dan juga  keperluan negara.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s