PLKN Mulai Latihan Dengan  Modul Baru 2016


Oleh rmf

Latihan PLKN bakal berwajah baru apabila kerajaan akan memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 bagi transformasi program PLKN bermula tahun 2016.

Langkah kerajaan ini diambil bagi memastikan PLKN kekal relevan dengan tuntutan semasa, praktikal dan mempunyai nilai tambah yang meyakinkan serta memberi kesan bermakna kepada pembangunan negara terutama setelah 10 tahun penubuhannya.

Sejak Januari PLKN ditangguhkan bagi memberi laluan kepada penambahbaikkan modul PLKN. Program ini bakal memperkenalkan modul baru yang lebih mesra tentang masa depan pelatih.

Modul baru PLKN ini akan menumpukan kepada elemen kemahiran dan vokasional disamping patriotisme dan perpaduan..penambahbaikkan modul ini selaras dengan keperluan ilmu penuntut disamping menumpukan aspek patriotism

Penambahbaikkan ini selaras dengan keperluan semasa yang mana diakui sendiri oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid..

Datuk Ehsanuddin sebelum ini menegaskan penambahbaikkan modul PLKN ini perlu mengikut kesesuaian semasa..hasilnya kini para pelatih bakal disediakan pakej lengkap dimana sijil yang diperolehi sepanjang menyertai PLKN boleh digunakan memandangkan mereka telah mempelajari tentang kemahiran dan vokasional sepanjang sesi latihan

Modul baru hasil perbincangan yang dibuat melalui Makmal Transformasi PLKN itu kini bakal menerapkan Fit4Life, Tech & Talk, I-Upgrade, MalaysiaKu, Be Safe Be Alert, dan tiga Sub Modul tersebut ialah Spirituality, MyFuture dan Service Learning kepada lebih 100,00 pelatih baru PLKN 2.0 sepanjang tahun 2016

Pada 8hb Oktober lalu, Menteri Pertahanan; YB Datuk Seri Hishammuddin Tun melalui Mesyuarat Kordinasi Transformasi PLKN telah memaklumkan projek Perintis Transformasi PLKN mulai digerakkan pada 17hb Oktober ini dengan wajah baru dengan sejumlah 410 pelatih akan ditempatkan untuk latihan selama dua bulan di Kem Princess Haliza, Sepang, Selangor

Program PLKN yang akan bermula tahun hadapan menggalakkan penyertaan secara sukarela. Penangguhan PLKN diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Januari lalu.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober tahun lepas, Najib mengumumkan PLKN yang diperkenalkan pada 16 Februari 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s