Kes Saifuddin Abdullah , Ingatan Saya tahun 2009. 2010


Oleh rmf

Telah lama diperkatakan oleh rakyat marhaen bahawa didalam UMNO terdapatnya hulubalang musuh yang menyamar untuk memusnahkan UMNO dari dalam dengan mengucar kasirkan apa yang telah lama terbina.

Pengumuman bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah lama diramalkan dan bukanlah sesuatu yang amat mengejutkan. Kecenderungan ideologi beliau kepada Islam dan Melayu Liberal sangat cocok kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebenarnya pengumuman semalam lebih mengejutkan apabila bekas Ahli Parlimen Temerloh tersebut menulis dalam akaun twitternya bahaw tidak akan sesekali keluar UMNO.

Ramai dalam UMNO dan PKR yang kecewa dengan kenyataan semalam. Akar umbi UMNO mengharapkan beliau keluar dari parti kerana sering membawa pandangan liberal. PKR pula sangat memerlukan Saifuddin seorang orator dan pemikir yang gah.

Justeru apabila akhirnya Saifuddin menyertai PKR hari ini ia merupakan satu “blessing in disguise” kepada UMNO. Kehilangan seorang bekas pemimpin yang sejak beberapa tahun ini menjadi duri dalam daging kepada ideologi parti.

UMNO sentiasa membawa jalan sederhana dalam isu agama dan kaum tidak lagi sesuai dengan pemikiran liberal Saifuddin.

Terima kasih Saifuddin Abdullah kerana menyelamatkan UMNO!

Sebelum ini banyak peringatan yang telah dipaparkan secara sinis dalam blos saya agar tidak mengambil pemimpin dari pembangkang sebagai tonggak dalam kepimpinan parti. Namun peringatan marhaen ini tidak pernah diperdulikan.

Mungkin kerana jawatan mereka lupa bahawa strategi politik melangkaui segalanya. Boleh berlaku apa juga keadaan  kejadian.

https://rmf7.wordpress.com/2009/10/14/dulu-dah-cakap-dahhh/

https://rmf7.wordpress.com/2009/09/22/jika-sayangkan-umno-lakukan-lah/

https://rmf7.wordpress.com/2010/01/11/harapan/

Saifuddin Abdullah yang kehilangan kerusi parlimen Temerloh pada PRU 13 yang lalu membutikan bahawa pengundi Temerloh sudah menolak individu ini menjadi wakil rakyat mereka…

Sejak dari dulu lagi fahaman yang liberal yang dibawa Saifuddin sentiasa menjadi liabiliti buat UMNO… Pendapatnya seringkali bercanggah dengan UMNO dan condong kearah Pakatan Pembangkang.

Dengan keluarnya Saifuddin dari UMNO, maka akn bermula satu era baru dimana  “peluru” peluru yang disimpan selama ini dalam kementerian pengajian tinggi, sebagai Ahl;I Parlimen akan digunakan untuk  meyerang UMNO  kembali.

Ini lah akibatnya kedegilan kepimpinan UMNO yang mana rata rata amat bermurah hati kepada musuh politik dan meninggalkan  orang yang benar benar berjuang mempertahankan UMNO.

Banyak peringatan diberikan , namun satu pun tidfak pernah didengari dan diambil iktibar.Bila sesuatu telah berlaku baru la  membuka mata dan kem,bali kepada apa yang telah diluahkan sebelum ini. Sepatutnya setiap penghijrahan dilakukan pemimpin kedalam UMNO mestilah dilakukan dalam proses pemutihan.

Namun semua ini tidak pernah dilakukan atas dasar  keperihatinan. Ini lah kesilapan paling besar dilakukan oleh UMNO dalam memilih kepimpinan.Sepatutnya pemutihan dilakukan, biar bertahun dengan melihat budaya kesetiaan dan kerja dilakukan.

Sekarang UMNO harus melihat dan memantau segalanya. Ingat pembangkang hanya perlukan 30-40 kerusi maginal untuk  bersaing dengan BN dalam PRU 14. Saya beranggapan kemurahan hati orang UMNO membawa padah.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s