Kerana Melayu Bencikan Melayu, Tanah Melayu Dicagarkan Kepada DAP Dan Sanggup Ditindas


Oleh rmf

Apa yang lebih penting kepada UMNO sekarang ialah mengatur strategi bagi berhadapan dengan serangan-serangan yang bakal dilakukan oleh pakatan pembangkang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Soal pemimpin mahu meninggalkan parti, itu perkara kecil apatah lagi kalau kehadiran pemimpin tersebut ibarat ada tak ada sama sahaja. Apa yang lebih mustahak ialah sejauh manakah UMNO bersedia berhadapan dengan serangan balas daripada bekas-bekas pemimpin parti itu.

Bagi pakatan pembangkang, pemimpin seumpama itu penting bagi mereka kerana ia boleh dijadikan modal politik. Hujah-hujah pemimpin tersebut akan digunakan sebagai ‘peluru’ bagi menyerang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Matlamat politik DAP, PKR dan Pas ialah menguburkan Umno-Barisan Nasional dan seterusnya memerintah Malaysia. Mereka berusaha keras pada 1999, 2004, 2008 dan 2013 tapi gagal. Misi mereka kini ialah mencuba sekali lagi dalamPRU14.

Sejauh manakah realistiknya harapan parti pembangkang pada 2017-18? Ada yang percaya dengan prospek ini, ada juga yang tidak yakin.

Tetapi DAP adalah sebuah parti yang melihat kekurangan dan kelemahan  apabila kekalahan berlaku. Seperti kegagalan  untuk memenangi PRU13 yang lalu, mereka telah mensasarkan pengundi berbangsa cina pulang untuk mencapai matlamat mereka.

Kegagalan ini telah menjurus kepada DAP untuk melakukan transformasi pengundi yang bukan hanya berkisar kepada berbangsa cina sahaja, namun mereka telah mempromosikan parti mereka sebagai sebuah parti yang bukan hanya untuk kaum cina semata mata.

Lim Kit Siang turut mencadangkan PKR berusaha menambah 15 kerusi manakala PAS pula kena bekerja lebih keras mencari 24 kerusi lagi.

Ketika ini DAP memenangi 38 kerusi Parlimen manakala PKR (30) dan PAS cuma 21 kerusi menjadikan jumlah 89 kerusi Parlimen dibelakang Barisan Nasional yang menang 133 kerusi

DAP secara terangan telah mengunjurkan statistic bahawa sokongan  Melayu merupakan factor kemenangan DAP dalam PRU14 akan datang. DAP telah mensasarkan sebanyak 50% pengundi berbangsa Melayu untuk memberikan undi kepada DAP  bagi membolehkan mereka menguasai Putrajaya.

Sehingga kini DAP telah  memenangi 46 kerusi dan mengekalkan 89 sedia ada supaya mereka memperolehi sekurang-kurangnya 115 kerusi untuk majoriti mudah menawan Putrajaya pada PRU 14.

Sokongan pengundi cina pada PRU13 yang lalu telah mencapai  jumlah maksima tetapi DAP masih gagal untuk memenangi  PRU13.  Jika kita lihat pada PRU13 sokongan masyarakat cina semuanya berpihak kepada DAP. Kekurangan undi bukan cina telah meyebabkan DAP mengalami kegagalan menguasai  PRU13.

Sebagai tanda protes mereka telah menganjurkan bantahan dengan mengatakan SPR telah tidak berlaku adil kepada mereka, sedangkan kemenangan yang berpihak kepada mereka adalah disebet keadilan dan ketelusan SPR. Ini sememangnya cara pembangkang.

Tetapi dalam kemelut mengejar kemenangan PRU untuk menguasai Putrajaya, DAP dan sekutunya  sedang menghadapi krisis dalaman yang meruncing dan terus berkonflik sesame sendiri. Konflik yang dihadapi sehingga kini telah meyebabkan PAS telah terkeluar dari dalam pakatan .

Penubuhan PAN adalah sejajar dengan agenda DAP untuk memecahkan kerusi yang dimiliki oleh PAS dan meyokong DAP. Penambahan kerusi akan berlaku bila mana DAP akan meletakkan calun DAP atas  tiket PANatau mereka akan membayar calon PAN untuk meletakkan DAP sebagai calun.

Perkara ini tidak mustahil akan berlaku. Kita masih ingat bagaimana Anwar pernah berkata  matlamat ke Putrajaya “With All Cost”- Ini menunjukkan bahawa mereka pembangkang akan lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat.

walaupun DAP, PKR dan Pas nampak bersepakat dalam beberapa perkara misalnya proses pilihan raya, kempen anti rasuah dan pemansuhan ISA, perbezaan ideologi dan pendapat dalam hal-hal asas masih terlalu besar dan tidak dapat disatukan.

Mereka tidak akan berkompromi dalam dasar dasar perjuangan mereka terutama DAP yang sejak 1965 lagi mengamalkan dasar  Lim hanya Untuk Lim. Kronisme yang menjadi amalan yang berpanjangan yang tidak boleh sesiapa pertikaikan.

Ini cara DAP, Undi Melayu hanya digunakan untuk mengembangkan empayer dan kuasa untuk memperolehi kemenangan  semasa pilihanraya. Selepas itu DAP akan terus menjalankan dasarnya sebagaimana acapkali dilaungkan.

DAP tidak akan pernah mahu menerima dasar dasar dari parti lain. Dasar yang tidak berpihak kepada mereka akan ditentang habis habisan walaupun terpaksa menghina sekutu mereka sendiri. Ini telah terbukti  bagaimana DAP mendesak PAS menggadaikan prinsip dengan mengetepikan penubuhan negara Islam dalam manifesto pilihan raya, namun DAP tetap menekan.

Perkara ini pernah berlaku apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2001 lalu kerana membantah pendirian Pas berhubung hukum hudud dan negara Islam

Bukan setakat menyekat usaha Pas memperkenalkan perundangan Islam, DAP mahu parti politik berasas agama dibubarkan. Ini lah cermin DAP yang sebenarnya. Mereka boleh menjadi Melayu, India  dan boleh  memberi umpan berupa kewangan jika ianya memberi kelebihan kepada mereka.

UMNO dan Barisan Nasional harus sedar bahawa  selepas ini akan banyak lagi isu dibangkitkan , isu bersifat persepsi akan dimainkan agar kepercayaan rakyat terhadap kerajaan terus menurun. DAP melalui cybertrooper berbayar mereka akan terus memainkan isu.

Mereka berjaya mengumpan isu agar ianya dimainkan oleh orang UMNO sendiri, UMNO harus bersedia untuk menghadapi rintangan yang cukup mencabar  sebelum PRU14 akan datang. UMNO harus melihat sudut yang lemah  pada DAP untuk memberikan impak kepercayaan terhadap parti itu.

Apapun diharapkan perjuangan demi rakyat akan te­rus menjadi agenda UMNO dan BN, biarlah pembangkang bergembira dengan kehadiran pemimpin-pemimpin ‘lompat parti’ kerana akhirnya rakyat pasti akan membuat penilaian terbaik

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s