Oleh rmf
Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-62, telah berlalu beberapa hari yang lalu. Dalam intipati ucapan yang diberikan oleh Perdana Menteri merupakan harapan yang amat mengunung agar komponen Basisan Nasional agar bersama sama berpadu tenaga untuk menangkis serangan fitnah dan isu dari pembangkang.
Dalam menghadapi kemelut politik yang ditimbulkan oleh pembangkang yang pada kebanyakannya bersifat menghasut dan memberikan maklumat yang salah kepada rakyat, komponen seharusnya bersama mengerakkan jentera bersatu menangani dan membetulkan persepsi yang dibangkitkan.
MCA dalam agenda terbarunya sudah pasti akan meningkatkan sokongan masyrakat cina kepada barisan nasional. Sokongan yang dahulunya diberikan kepada pembangkang akibat terhasutnya mereka dengan maklumat yang tidak benar untuk mengaburi pemikiran rakyat.
Namun setelah berakhirnya PRU13, bleh dikatakan sebahagian besar masyarakat cina terasa ditipu. Segalanya yang diajnjikan adalah pembohongan semata mata. Justeru itu MCA melihat ini merupakan tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan untuk mengembalikan fakta sebenar kepada masyarakat cina.
Fakta tersebut tidak lain tidak ialah meyakinkan bahawa Barisan Nasional adalah wadah yang sentiasa berada dalam agenda membela rakyat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira ras dan warna kulit. Ini lah fakta yang semestinya diyakini oleh masyarakat cina dan MCA akan terus mengerakkan jenteranya kearah tersebut,
Sudah pastinya pada kemunculan PRU14 nanti, DAP akan terus melancarkan dakyah pembohongan mereka terhadap rakyat, Mereka akan terus memperdayakan rakyat dengan cerita cerita dan lakonan mereka agar rakyat melihat DAP adalah sebagai sebuah parti yang terbaik walaupun hakikatnya kita telah melihat penindasan yang dilakukan oleh mereka di Pulau Pinang terhadap kaum Indian dan Melayu.
DAP dan pembangkang akan terus memainkan penipuan dan isu perkauman yang mana dilihat telah menjadi agenda politik untuk meperdayakan pengundi untuk membenci Barisan Nasional.
MCA dan komponen yang lain dalam Barisan Nasional sentiasa mengamalkan budaya toleransi sejak penubuhannya lagi. Budaya toleransi ini menjadi teras kekuatan dan kebersamaan MCA dalam Barisan Nasional untuk menjalankan agenda memajukan negara dari dahulu sehingga kini.
Sejak dahulu MCA bukan sahaja sebagai rakan malahan ianya sebuah parti yang terpenting dalam Barisan Nasional dan mengamalkan sikap terbuka dalam tegur menegur dalam merealisasikan budaya bersatu bertambah mutu dalam meningkatkan kekuatan kepartian.
Setiap permasalahan yang berbangkit, MCA terus mengamalkan sikap terbukanya dan menggunakan saluran yang terbaik agar ianya tidak diambil kesempatan oleh pembangkang untuk memburukkan lagi keadaan dan keharmonian diantara Barisan Nasional dan komponen parti yang lain.
Sekarang adalah masa yang cukup tepat dan sesuai dimana waktu ini, pembangkang sedang mengalami masalah kepimpinan dan kepercayaan dalam parti mereka. Krisis kepimpinan berlaku dalam pembangkang, begitu juga krisis pepercayaan perngundi mula hilang berikutan penipauan janji janji yang dibuat masa PRU12,danPRU13 yang tidak tertunai
Waktu ini MCA akan terus mengambil peluang untuk meyakini pengundi bahawa Barisan Nasional adalah pilihan yang terbaik. Dan MCA pula adalah komponen yang sentiasa meluangkan masa untuk mendengar permasalahn yang dibangkitkan khususnya dari masyarakat cina.
Perkongsian kuasa yang diamalkan oleh UMNO dalam Barisan Nasional sehingga kini tidak pernah wujud dan tidak pernah dilakukan oleh Pakatan Pembangkang, Malah sikap mementingkan diri sendiri terus diamalkan.
Perkongsian kuasa ini lah yang telah menjadi intipati kebersamaan UMNO dan MCA seterusnya bersama sama menikmati kekayaan negara bersama tanpa ada rasa curiga dan pra sangka.Ini lah kelebihan UMNO dan MCA yang bertaut erat atas dasar kepercayaan diantara satu dgn yang lain.
Sebagaimana yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, MCA bukan sahaja sebagai rakan kongsi dalam politik malah ianya melebihi dari itu. MCA sejak dahulu terus bergandingan bersama UMNO dan juga Barisan Nasional dalam memastikan agenda negara tercapai dengan jayanya.
Perpaduan yang wujud sejak sekian lama merupakan kunci kekuatan yang tidak pernah ada dalam Pembangkang. Ini lah masanya MCA akan mengorak langkah yang jitu bagi menyatupadukan masyarakat cina yang telah terpedaya dengan taktik kotot pembangkang untuk bersama kembali dalam barisan menyokong kerajaan.