MCA Bergerak Seiring Dengan Matlamat Barisan Nasional Bukan Sekadar Rakan Kongsi Bisu


Oleh rmf

Majlis Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-62 hari ini telah dijalankan dengan penuh keharmonian dan semangat perpaduan yang utuh ditunjukkan  oleh  anggota MCA. 

Ini merupakan petunjuk yang amat baik  dan sekali gus meyangkal dakwaan yang mengatkan MCA hanya rakan yang tidak mampu melakukan apa apa untuk membantu Barisan Nasional.

Sepanjang MCA diterajui oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, MCA telah dfilihat bekerja keras untuk mendapatkan keyakinan pengundi dikalangan masyarakat Cina dengan melakukan pelbagai aktiviti.

Kesungguhan ini  dilihat dengan pelbagai usaha menjenamakan semula parti komponen seperti yang dilakukan oleh MCA telah giat dijalankan dalam setahun dua ini. Inisiatif ini sekaligus membuktikan bahawa wujudnya kesungguhan dan iltizam oleh parti-parti komponen untuk berubah seiring dengan aspirasi pengundi. MCA sudahpun melakukan pelbagai pembaharuan bagi menarik kembali sokongan pengundi Cina.

BN sebagai sebuah pakatan yang kuat dan sudah membuktikan rekodnya dalam mentadbir urus negara, semua parti komponen harus bersatupadu dan sedia mengharungi segala macam onak dan duri dalam semangat kekeluargaan.

Tiada sebarang perasaan syak wasangka, tiada elemen untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sebaliknya mengharungi cabaran getir ini secara bersama, sebagai sebuah keluarga besar.

Dalam Majlis Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-62  Datuk Seri Najib Razak menegaskan MCA bukan rakan kongsi bisu kepada BN seperti didakwa parti pembangkang khususnya DAP.

Sebaliknya Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, MCA memainkan peranan cukup penting sebagai parti komponen BN.

“Saya boleh sangkal dakwaan itu. MCA memberikan pendapat dalam mesyuarat Kabinet dan BN tetapi dengan cara berhemah, bukan cara biadap,” katanya berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-62 di Wisma MCA, di sini, pagi ini.

Najib turut memuji hala tuju MCA di bawah kepimpinan Presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempunyai hubungan baik dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, MCA bekerja mengikut sistem yang betul sekali gus lebih berkesan berbanding hanya pandai ‘bersuara di luar’. “Anda lebih dihormati (jika bertindak mengikut sistem yang betul) dan kita perlu teruskan dengan cara ini,” katanya.

Sama ada semasa masa susah atau senang, ikatan hubungan parti-parti komponen BN harus dipertahankan. Inilah keistimewaan BN sejak sekian lama yang gagal diganggu-gugat oleh pakatan pembangkang hinggakan pakatan pembangkang sekarang pun telah meniru model yang dipakai BN.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s