Desakan Liong Sik Agar DS Najib Undur TIADA Kaitan Dengan MCA- Datuk Wee Ka Siong


Oleh rmf

Wee-Ka-Siong-MCA-UMNO

Kemelut serangan terhadap DS Najib masih diteruskan oleh Tun Mahathir tanpa mengira implikasi dan membuka ruang kepada agenda tersembunyi untuk menguasai negara ini. Kini serangan tersebut telah di teruskan oleh mantan presiden MCA.

Kenyataan  mantan Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik seiring dengan Tun Mahathir  mendesak DS Najib agar meletakkan jawatan dari posisinya sekarang dalam isu 1MDB telah menimbulkan banyak persepsi dikalangan rakyat Malaysia.

Tindakan tersebut telah membuat banyak pihak agak keliru dan beranggapan bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu berkaitan dengan kepimpinan MCA sekarang. Sebelum persepsi dari mantan Presiden MCA tersebut menjadi viral penafian telah dibuat oleh Dato Wee Ka Siong.

Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dalam kenyataan terbarunya mengatakan bahawa kritikan yang dibuat oleh mantan presiden MCA tersebut bukan mengambarkan kenyataan yang dibiat oleh MCA, Ianya adalah satu kenyataan yang bersifat  peribadi.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata “MCA Tidak Mahu Campur dan Kenyataan Liong Sik Bukan Kenyataan Rasmi MCA”

Menurut Datuk Wee Ka Siong  lagi “Sepertimana yang telah diutarakan oleh beberapa pemimpin MCA, sejak hari pertama apabila Tun Ling membuat kenyataan, kita dah kata setiap pemimpin atau bekas pemimpin mempunyai haknya untuk bersuara dan ianya bukan satu suara rasmi daripada parti. Itu penting,” katanya.

Berkenaan dengan perkara PM mahu menyaman Liong Sik dan memintanya mengeluarkan kenyataan maaf  Menurut Datuk Wee Ka Siong, “Saya rasa proses perundangan yang diambil terhadap beliau oleh pihak yang didakwa adalah proses biasa yang kalau mengikut prosedur memang begitu. Orang yang telah mengeluarkan kenyataan juga berhak mempertahankan kenyataannya.

“Saya rasa eloklah perkara ini mengikut lunas dan tatacara undang-undang. Jadi kita tidka boleh masuk campur,” kata beliau.

Tindakan MCA ini melambangkan betapa kukuhnya ikatan setiakawan yang menjadi amalan didalam Barisan Nasional dimana saling menjaga diantara satu dengan yang lain. Tindakan mantan Presiden MCA  tersebut sedikit sebanyak telah menimbulkan  sedikit andangan yang berbeza dikalangan pemerhati politik.

Namun kematangan politik MCA dapat mengatsinya dengan cara yang berhemah. Apa yang penting sekarang ini ialah UMNO dan MCA tetap setia bersama BARISAN NASIONAL dan kepimpinan Najib Razak.

Apa juga kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin  secara jelas bukan bersifat kepentingan dan melambangkan  kenyataan rasmi untuk parti, namun ianya adalah bersifar peribadi masing masing…

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s