RM32 Juta Diluluskan -MCA Terus Meningkatkan Usaha Membantu Masyarakat Cina Kampung Baru


Oleh rmf

Wee-Ka-Siong-visiting-Simpang-Ampat-New-Village

MCA kini kearah  menjadi parti yang kuat dan bersatu, supaya boleh membantu mengembalikan semula sokongan masyarakat Cina kepada BN pada pilihan raya akan datang. Pengalaman yang lalau dimana berlakunya  krisis dalaman MCA yang meyebabkan keyakinan masyarakat cina berkurangan terhadap MCA.

Peluang ini telah dilihat sebagai satu peluang terbaik bagi DAP untuk melakukan provokasi serta propaganda dengan melakukan perspsi yang memburukkan lagi kepercayaan masyarakat cina terhadap MCA.

Langkah drastic telah diambil oleh kepimpinan baru MCA dengan memberikan penerangan agenda MCA dalam membantu masyarkat cina dalam kebajikan serta pembangunan setempat. Seperti sedia maklum DAP hanya menggunakan masyarakat cina hanya untuk meraih sokongan semasa  pilihanraya sahaja.

Pada kebiasaannya masyarakat yang mengundi DAP akan dibiarkan tanpa ada  satupun tindakan untuk membantu mereka setelah kemenangan diperolehi. Perkara ini amat jelas dilakukan oleh mana mana parti pembangkang.

MCA, parti yang  bersama-sama BN sejak sebelum kemerdekaan negara, setelah  bangkit semula dan melaksanakan pembaharuan parti secara holistik dengan pendekatan yang dinamik agar kembali semula menjadi parti pilihan bagi masyarakat Cina.

Kepimpinan baharu MCA ditambah dengan usaha keras, kini mampu melonjakkan kembali sokongan rakyat kepada parti. Masyarakat Cina yang dahulunya kurang meyakini kepimpinan MCA boleh mengikuti maklumat menerusi media sosial supaya membuat perbandingan antara kerajaan dan juga pembangkang,

MCA kini sudah bersatu padu. Satu MCA yang kuat adalah baik untuk BN. Semangat kerjasama di kalangan anggota MCA, saya yakin MCA akan dapat melakukan yang lebih baik selepas ini dan sehingga PRU akan datang.

Dalam hal yang demikian, MCA baru baru ini telah mengumumkan satu peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan bernilai RM32 juta sebagai bukti bahawa MCA dan kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat cina dalam negara ini.

Peruntukan sebanyak RM32 juta tersebut adalah bertujuan untuk membangunkan projek infrastruktur fizikal di 607 kampung baru Cina di seluruh negara tahun ini. Perkara yang mengembirakan ini telah diumumkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong perntukan ini adalah bertujuan  pembangunan masyarakat Cina dalam hal ehwal kampung baru serta industri kecil dan sederhana yang mana agar ianya menjadi satu kelompok masyarakat yang  mempunyai daya saing dalam industry kecil dikalangan masyarakat cina Kampung Baru.

Masyarakat Cina sewajarnya membuka mata bahawa usaha yang dilakukan MCA ini lebih bermatlamat berbanding dengan pencapaian DAP yang kita tidak nampak hasil memberangsangkan…politik cara DAP amat berbeda sekali dengan perjuangan MCA.

MCA melalui pelbagai sayap dalam parti terus memainkan peranan mereka dengan ikhlas dalam usaha mendekati rakyat serta akan memfokuskan gerak kerja berkaitan isu sosial dan negara.  Kerjasama serta tanggungjawab ini akan dilihat MCA akan muncul lebih kukuh, selepas berjaya melakukan pembaharuan dan memberi nafas baharu parti.

“Sehingga kini 264 projek fizikal atau 53 peratus daripadanya sudah siap dan ia melibatkan peruntukan berjumlah RM 18.4 juta..Projek yang bakal dilaksanakam perlu mendapat maklum balas dari penduduk agar ia betul-betul memanfaatkan penduduk kampung”

“Sehingga kini, kerajaan telah memperuntukkan RM 16, 951 juta kepada 469 penduduk Kampug Baru Cina untuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan..skim PKBC yang berbentuk pusingan sebanyak RM 100 juta itu disediakan dan dilaksanakan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membantu penduduk Kampung Baru Cina Khususnya bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan dalam membiayai perniagaan kecil” jelasnya lagi.

Dalam hal ini, bantuan yang diterima oleh MCA untuk pembangunan Kampung Baru adalah  sama  seperti mana yang diterima oleh masyarakat India dan juga Melayu. Kerajaan Barisan Nasional  dari dulu sehingga sekarang tidak pernah meminggirkan ketiga tiga kaum yang ada dalam negara ini dalam menagihkan bantuan.

 Tetapi adalah menjadi  perangai pembangkang  sentiasa melakukan persepsi agar kerajaan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang mementingkan satu kaum semata mata dan memutar belitkan maklumat agar  rakyat dari masyarakat cina dan india bangun untuk menarik sokongan terhadap kerajaan.

Harus diingatkan bahawa kita boleh melihat kemajuan yang dicapai oleh pihak pembangkang  berbanding dengan usaha gigih yang dilakukan oleh MCA untuk masyarakat cina dalam negara ini.

Dengan usaha yang jitu oleh kepimpinan MCA agar dapat membuka mata masyarakat cina semula dan bersama sama mCA kembali meyokong kerajaan dan mengharungi kehidupan yang aman dan harmoni di sebuah negara bernama Malaysia.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s