Kerusi MCA Di Gelang Patah Di Pulangkan Semula, Pengundi Kecewa DAP Abaikan Kebajikan


Oleh rmf

Kesilapan pengundi Parlimen Pasir Gudang memilih  DAP sebagai mandate untuk mentadbir  dilihat sebagai satu kesilapan yang amat besar dilakukan oleh pengundi disana. Pada awalnya  pengundi telah termakan pujuk rayu dan janji jani yang ditaburkan semasa pilihanraya.

Sememangnya pada kebanyakan pemimpin yang bertanding di Parlimen atau pun DUN pembangkang , kesemuanya akan meninggalkan tanggungjawab yang tealah diamanahkan oleh pengundi. Sikap lepas tangan  dan tidak mengambil berat hal  kebajikan rakyat  selepas PRU telah menjadi amalan mereka.

Ramai ahli masyarakat cina di Pasir Gudang amat kesal dengan tindakan wakil calon mereka dari parti DAP yang sentiasa tidak ada dalam kawasan untuk mengambil tahu mengenai pernasalahan yang mereka hadapi.

Kekesalan ini diluahkan sebahagina besar pengundi yang amat kecewa dengan sikap  lepas tangan  wakil rakyat yang mereka pilih. Janji hanya tinggal janji, kebajikan rakyat diabaikan.

Dalam hal ini UMNO dengan rasa bertanggung jawab  secara dasarnya telah memberikan kerusi parlimen  di Pasir Gudang kepada MCA  untuk PRU akan datang untuk mengambil tanggungjawab  dan menjaga kebajikan rakyat yang telah terabai.

Dengan perkembangan tersebut MCA secara dasarnya telah mula mengerakkan  pemimpin akar umbi untuk mendengar pandangan dan perasaan mereka  yang selama ini diketuai oleh DAP selama ini.

Sepatutnya sebagai wakil rakyat DAP sentiasa akan berada didalam kawasan untuk melihat kemajuan dan permasalahan  yang dihadapi oleh rakyat. Kekesalan rakyat dilihat amat ketara bila ingin mendapatkan  pertolongan dan bantuan melalui wakil pilihan mereka.

Akibat dari kesilapan mereka memilih pemimpin , MCA sekarang adalah dilihat sebagai pilihan terbaik bagi pengundi Gelang Patah untuk membela  dan berbakti kepada masyarakat.  Secara dasarnya MCA adalah tonggak kepimpinan yang boleh diharapkan pada PRU akan datang berbanding DAP yang hanya mahu kerusi tanpa berbakti

Jason Teoh dilihat saebagai calon yang terbaik buat ketika ini untuk mengisi calon untuk bertanding dengan salon DAP  yang menyandang kerusi parlimen sekarang.

Tiow dalam kenyataannya berkata “UMNO setuju kembalikan kerusi Gelang Patah kepada MCA pada PRU nanti, tetapi kita tunggu nanti adakah Kit Siang berani bertanding di Gelang Patah kerana beliau susah nak duduk di suatu tempat secara tetap, suka melompat kerana lama sangat duduk takut rahsia dia terbongkar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvokesyen MCA negeri Johor di Segamat, hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA.

Dalam pada itu, UMNO bersetuju untuk memulangkan 2 kerusi yang dipinjam daripada MCA iaitu Gelang Patah dan Wangsa Maju. Dengan permulangan kerusi ini secara dasar MCA akan terus mengukuhkan prestasi bagi mendapt sokongan masyarakat cina di Gelang Patah agar kembali menyokong kerajaan Barisan Nasional untuk plihanraya akan datang.

MCA pada ketika ini sedang berusaha  dalam apa juga bentuk perkhimatan kepada rakyat tanpa memilih kaum sebagai usaha menarik sokongan dan kepercayaan pengundi terhadap kerajaan. Pelbagai program telah dijalankan sejak diterajui oleh Liow Tiong Lai dan  Wee Ka Siong.

Kerja keras yang telah ditunjukkan oleh MCA dalam usaha ini dilihat sebagai tindakan proaktif yang  mana banyak memberikan tumpuan terhadap kebajikan masyarakat  dalam usaha usaha untuk menjalankan tanggungjawab  dengan penuh tanggungjawab dan amanah .

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s