Perginya Saorang Perwira Negara, TAN SRI YUEN YUET LENG


Oleh rmf

Sekalung Penghormatan saya berikan kepada saorang Perwira Negara yang telah menghembuskan nafasnya hari ini. Beliau adalah saoarang berjiwa kental dan mempunyaii semangat ptriotik yang amat tinggi dalam menjamin keselamatan negara. 

“I am Malay, I am Indian and I am also a Chinese. If someone talk bad about the Malay – it is like that someone is hurting one part of my body….”

Beliau adalah antara watak penting dalam PDRM yang melumpuhkan pengaruh komunis di bumi Malaysia.

Pada beberapa kesempatan, Yuet Leng telah menyamar sebagai pengganas komunis. Dia masuk ke dalam hutan dan menyusup ke dalam kelompok pengganas, penyergapan, pertempuran.

Biarpun, dari segi fizikalnya Yuet Leng seorang Cina namun beliau sendiri mengakui bahawa dalam dirinya mengalir jiwa Melayu dan India yang sangat menebal yang mana semuanya berlaku sejak beliau menjadi anggota polis.

”Jika boleh dibelah badan saya pasti anda akan melihat ia terbahagi kepada tiga, Melayu, Cina dan India. Jiwa saya begitu dekat dengan tiga bangsa ini kerana saya banyak belajar memahami adat dan budaya mereka ketika menyertai polis.

”Dalam polis tidak ada istilah bangsa dan kaum. Kami berjuang atas satu pasukan demi mempertahankan Malaya daripada ancaman komunis,” katanya

Ada kisah yang lebih mengejutkan mengenai anak jati Perak ini, apabila selepas 31 tahun barulah doktor dapat menemui adanya peluru tertanam di dadanya.

”Pengganas komunis banyak kali cuba membunuh saya, tetapi saya tidak melarikan diri. Malah, selepas bersara pada 1984 komunis masih mahu membunuh saya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mencadangkan supaya saya berhijrah ke negara lain.

”Pada mulanya saya bersetuju, tetapi kemudian memberitahu Tun Hanif, mengapa saya perlu melarikan diri? Malaysia adalah tempat saya dibesarkan,” katanya

Yuet Leng menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi dalam usia 88 tahun. Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia sangat terhutang budi padanya.

SELAMAT JALAN TAN SRI, SALUTE!

Syahril A.Kadir

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s