Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago Menipu Maklumat dan Memperdayakan Pemandu Teksi Demi kepentingan Politik


Oleh rmf

Buta maklumat atau pun boleh dikategorikan sebagai orang yang mengambil populari dari apa yang diamksudkan sebagai menaguk diair keruh, Itu lah yang telah dilakukan oleh , Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bersama  beberapa persatuan pemandu teksi dikawasan Kelang ini.

Sikap membelakangkan maklumat penting mengenai peranan yang telah dijalankan oleh SPAD dalam menjalankan tugasa bagi memastikan keselamatan penumpang dan keselamatan pengendali teksi  telah dianggap sebagai satu tekanan kepada mereka.

Lebih kurang 100 orang pemandu teksi termasuk pemandu  UBER telah berkumpul di perkarangan pejabat Suruhanjaya Pengakutan Awam Darat di Kelana Jaya semalam.

Tindakan ini diketuai oleh , Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago seakan tidak pernah atau mengambil tahu tentang kesalahan kesalahan yang telah di sebarkan dimedia media sosial dan juga di laman laman web SPAD.

Pihak SPAD dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai  satu Suruhanjaya yang  ditugaskan  dalam memastikan  sistem pengangkutan awam darat berada pada tahap yang terbaik, kini dicemari dengan agenda tersembunyi , Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dengan mempergunakan pemandu teksi untuk mencari populariti.

Seharusnya , Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ini meneliti semula  tentang kesalahan yang telah dilakukan dan dibenteras oleh SPAD dibawah Seksyen 16 APAD 2010. Bagi membuka mata  Ahli Parlimen ini bersama ini disertakan jumlah kes yang telah tangani oleh SPAD sejak 2011 diatas kesalahan  Mengendalikan Sesuatu Perkhidmatan tanpa lesen Pengendali.

  1. Jumlah Kes 2011 hingga sekarang – 470 kes
  2. Jumlah kes bagi tahun 2015 sahaja – 240 kes
  3. Jumlah kes bagi yang menggunakan Apps bermula oktober 2014 hingga sekarang – 144 kes mengikut  pecahan
    1. UBER-43 Kes
    2. BRABCAR – 97 Kes
    3. Blacklane – 1 kes
    4. Easy Teksi – 3 kes
  4. Status yang menggunakan Apps
    1. NFA – 10 kes
    2. Denda Mahkamah – 13 kes
    3. Kompaun – 9 kes
    4. Proses Mahkamah – 49 kes
    5. Proses Penyiasatan -63 kes
    6. Status Mohon Lucut hak dan kes melibatkan penggunaan Apps – 110 kenderaan

Apakah dengan maklumat sedemikian sebagai saorang Ahli Parlimen tidak dapat berfikir secara matang tentang tugasan yang dilakukan oleh SPAD sebagai sebuah Suruahanjaya yang mementingkan keselamatan pengguna  dalam usaha membenteras penggunaan kenderaan tanpa lesen pengendali yang sah.

Kehadiran bersama pemandu UBER telah dilihat sebagai  satu kaedah mempergunakan orang lain dan menunjukkan  sebagai kekuatan  tuntutan untuk di beriukan sebagai SPAD. Tetapi jika  Ahli Parlimen ini melihat secara jelas data data yang dikeluarkan , maka seharusnya beliau  tidak melakukan apa yang dialkukan sekarang.

Jika Ahli Parlimen Kelang ini peka dengan perkembangan tindakan SPAD sudah pastinya  penglibatan teksi UBER tiada mengambil bahagian dalam  demontrasi yang dilakukan. Sehubungan itu kehadiran teksi UBER dalam  demontrasi ini menunjukkan Ahli Perlimen Kelang sememangnya tidak memikirkan isu keselamatan penumpang malah meyokong   tindakan pengendali  teksi haram beroperasi tanpa sekatan.

Sebelum ini SPAD telah melakukan banyak operasi membenteras teksi UBER yang mana menjalankan  perkhidmatan tanpa lesen pengendali dan ianya membahayakan nyawa penumpang jika sesuatu  insiden berlaku.  Tidak kah sebagai saorang Ahli Parlimen tidak melihat hal ini dengan lebih jauh  dan matang.

Antara rungutan-rungutan yang diterima oleh pihak SPAD di dalam memorandum yang diserahkan semalam adalah:

  1. Kenaikan harga NGV.
  2. Kos GST ke atas penyelenggaraan kenderaan, bahagian dan operasi.
  3. Teksi-teksi haram menyebabkan mereka kehilangan pendapatan (50% daripada pendapatan).
  4. Kebajikan sosial pemandu teksi (insurans untuk kenderaan dan liputan PERKESO

Kebanyakan tuntutan yang dibuat oleh pemandu teksi  tersebut adalah tuntutan yang diluar bidang kuasa SPAD.  Disini kita dapat melihat Ahli Parlimen Kelang ini tidak pernah untuk mengkaji dahulu tentang apa yang dituntut. Ini menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hanya mempergunakan kesemua 100 oarang pemandu untuk populari bukan untuk sebenarnya membela mereka.

Walau bagaimanapun, pihak SPAD dan Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi dengan meluluskan kadar tambang teksi yang dinaikkan  dari 30% hingga 67% yang mana berkuat kuasa serta merta dan kenaikan ini juga melibatkan kadar tambag  bas express sebanyak 22%.

Kadar kenaikan ini adalah secara langsung menunjukkan bahawa SPAD adalah sebuah Suruhajaya yang memikirkan  semua aspek kebajikan pemandu teksi disampaing memastikan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan.

Dalam usaha SPAD menyemak kenaikan tambang , SPAD dengan kajian yang terperinci telah memikirkan kadar kadar kenaikan  peyelengaraan dan semua nya akan memberikan pulangan yang terbaik untuk pengendali.

Jadi jika ada runggutan sedemikian kita boleh beranggapan bahawa ada sebilangan daripada pengendali tersebut tidak banyak memberikan perkhidmatan dan hasil pendapatan melalui perkhidmatan tekasi adalah kurang.

Penglibatan kesatuan-kesatuan teksi, pihak Kementerian Sumber Manusia, pihak Kementerian Pengangkutan harus duduk semeja untuk menyelesaikan perkara ini dan bukan  melakukan demontrasi yang didalangi oleh orang politik yang berkepentingan. Tindakan ini bukan cara untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, akan tetapi akan memburukkan lagi keadaan.,

Kesimpulan nya demontrasi yang dijalankan oleh Ahli Parlimen Kelang ini adalah bukan untuk membela nasib pemandu teksi malahan ianya mempergunakan 100 orang pemandu teksi untuk mendapat kepentingan dalam politik nya tanpa mengambil kira langkah langkah operasi yang dijalankan oleh SPAD  untuk memastikan Sistem Pengangkutan Awam Darat adalah yang terbaik serta menjamin keselamatan penggunaannya.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s