Pengaruh Islam Liberal Diantara Sebab Melayu  Menolak Perjuangan ABATA


Oleh rmf

Kini kita telah dikejutkan dengan hebat kehadiran Islam Liberal yang kini menjadi pegangan  dan agenda pihak pembangkang didalam memperkuatkan pengaruhnya didalam negara ini. Apakah sebenarnya Islam liberal tersebut?

Istilah “Islam Liberal” pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder¹ dan Charles Kurzman.² Binder menggunakan istilah ‘Islamic Liberalism’, sementara Kurzman memakai istilah ‘Liberal Islam’.

Secara tersirat kedua-duanya mempercayai bahawa Islam itu banyak; ‘Islam Liberal’ adalah salah satunya. Namun sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak banyak.

Yang nampak banyak sebenarnya adalah ‘mazhab’ dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah ‘Islam Liberal’ yang kita maksudkan disini adalah “Pemikiran Islam Liberal” yang merupakan satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam

Pemikiran Islam liberal berpunca dari pengaruh pandangan hidup Barat dan peradabannya yang hegemonic dan mendominasi semua bidang kehidupan dewasa ini. Ia merupakan percampuran antara pemikiran ‘modernism’ yang cuba memberikan tafsiran Islam yang sesuai dengan ‘modernity’ dan pemikiran ‘post-modernism’ yang cuba melakukan ‘deconstruction’ terhadap segala pemikiran yang sudah mapan (established).

Namun dapat dikatakan bahawa dalam pemikiran Islam liberal pengaruh pemikiran ‘post-modernism’ lebih ketara. Upaya untuk merombak (deconstruct) segala yang sudah mapan dalam Islam, merupakan ciri utama pemikiran ini. Takrif Islam yang telah mapan, misalnya, perlu diliberalkan dan dirombak, sehingga orang bukan Islam pun dapat dikatakan sebagai Muslim, dan agama selain Islam pun dapat ditafsirkan sebagai Islam juga.

AI-Qur’an dalam bentuknya sebagai Mushaf Uthmani yang telah disepakati oleh semua kaum Muslimin, baik Sunni maupun Syi’ah, juga perlu kepada ‘deconstruction’, kononnya untuk mendapatkan wahyu Tuhan yang asal sebelum Khalifah Uthman merasmikan mushafnya untuk seluruh kaum Muslimin.

Pemikiran Islam liberal juga memanfaatkan dan mendapatkan modal murah dari radikalisme yang terjadi pada sebahagian kaum Muslim. Reaksi mereka bukan hanya tertumpu kepada golongan radikal dari kalangan kaum Muslimin semata-mata, namun kepada Islam dan sumber-sumber Islam yang telah disalah anggap sebagai sumber radikalisme oleh mereka.

Hal ini sejalan dengan fahaman Barat terhadap Islam pada hari ini bahawa ajaran-ajaran Islam itu sebati dengan terorisme dan penghalang kepada kemajuan peradaban sekular mereka. Dalam hal ini politik Barat sudah tentu mempergunakan para pemikir Islam liberal untuk merungkai dan membongkar (deconstruct) simpul-simpul Islam yang kukuh dari dalam tubuh umat Islam sendiri.

Barat melihat ajaran Islam sebagai benteng penghalang globalisasi peradaban sekular yang perlu diruntuhkan (deconstruct) terlebih dahulu menerusi para pemikir liberal ini.Dalam upaya meruntuhkan bangunan ajaran Islam yang kukuh, pemikiran Islam liberal tidak segan silu mengambil kajian-kajian orientalis, metodologi kajian agama lain, ajaran human right dalam konteks humanisme Barat, falsafah sekularisme, dan pandangan-pandangan yang bercanggah dengan Islam.

Untuk menyempurnakan penyamaran mereka terhadap kaum Muslimin awam dan supaya tetap dikatakan pemikiran itu sebagai bahagian dari Islam, pemikiran Islam liberal juga menggunakan bahan-bahan dari turath dan persuratan Islam dengan mengambil bahan-bahan yang kontroversial dan marginal.

Alasan mereka, bahan-bahan yang menyokong mainstream Islam adalah hasil dari persekongkolan para ulama dan para penguasa di zaman dahulu. Bahan-bahan itu adalah ‘construction’ ulama yang perlu kepada ‘deconstruction’ supaya pemikiran umat Islam bertambah maju, seiring dengan kemajuan sekularisme Barat.

PAS dan PKR mula terasa panas dengan bahang yang dicipta oleh Pakatan Rakyat dalam menentukan reality perjuangan yang mereka tetapkan sejak ketiga parti yang terlalu besar perbezaan fahaman politik boleh bersengkongkol atas tujuan menguasai Putrajaya.

Kenapa Putrajaya menjadi rebutan setelah kemenangan Anwar pada penghujung Ogos 2008 sedangkan sebelumnya, Presiden PAS tidak inginkan Putrajaya dengan menegaskan “jika PAS menang dan memerintah Malaysia, Putrajaya akan dilelong.”

PAS ketika itu tetap membawa ritma lagu kebencian DAP yang menanggap apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai ikon negara sebagai membazir sebagaimana parti itu pernah menolak pembinaan Jambatan Pulau Pinang. Tapi, akhir-akhir ini DAP mula berusaha secara menipu rakyat untuk membina terowong dalam laut bagi menghapuskan jasa BN membina Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985 dan Jambatan Kedua yang dijangka siap pada tahun 2013.

Kapitalisme juga sedang bermetamorphosis dalam rangka perkembangan yang tidak lagi menganggap manusia hanyalah sebagai alat pengeluaran tetapi penyumbang kepada kemakmuran. Pakatan Rakyat hanya cuba mendominasikan “ketuanan rakyat”, hakikatnya menggoda rakyat dengan pelbagai “tawaran palsu” yang kemudiannya dinamakan tawaran jingga.

Seorang pemimpin dan pemikir PAS yang bersifat sekular memahami dengan teori politik ekonomi manakah telah berjaya membentuk sebuah kehidupan masyarakat yang adil, makmur dan tidak ada cacat celanya kerana Karl Marx sendiri yang membentuk teorinya itu bukanlah seorang yang bermoral, beliau sentiasa kemabukan dan sentiasa membuat analisis situasi ekonomi bertemankan botol-botol alkohol.

Pakatan Rakyat mengambil pendekatan itu dengan melupakan bahawa keadilan itu bukanlah semudah berkata “membuka ruang persaingan yang sama” kerana persamaan itu sebenarnya bukanlah satu bentuk dan ciri keadilan.

Berdasarkan konsep keadilan iaitu “memberikan kepada yang berhak” atau “memulangkan hak itu kepada yang berhak”, Pakatan Rakyat sebenarnya terperangkap dengan tuntutan sekumpulan penyokong yang tidak berhak daripada perspektif sejarah dan undang-undang yang pernah dipersetujui sebelumnya.

Ini bermakna dalam organisasi PAS sendiri telah melanggar haknya, apabila persetujuan membentuk sebuah negara Islam berdasarkan prinsip syariat menjadi “negara berkebajikan” dengan melihat bahawa mengajak penyokong berjemaah berdoa laknat, janji menawarkan syurga dan menyeru kepada pembohongan dan anarkisme politik sebagai ciri-ciri kehidupan madani.

Inilah sebenarnya yang telah menyebabkan Pakatan Rakyat terjebak dengan kepalsuan, kehinaan dan keangkuhan kerana mahukan kuasa dan menguasai Putrajaya dengan berjanji akan melaksanakan “amanah Tuhan”. Apabila mempersoalkan keputusan parti yang terlalu tunduk kepada kepentingan DAP dan PKR, PAS akhirnya terpaksa memecat Dr Hassan Ali. Apakah itu adalah satu bentuk kerangka “negara berkebajikan” yang hendak dilaksanakan menerusi Tawaran Jingga.

PAS dan PKR terlalu banyak kroni politik berbanding UMNO. Cuba fikirkan bagaimana kekuatan Anwar dalam PKR juga dilaksanakan dengan mengetepikan lebih ramai rakan-rakan lamanya hanya kerana ingin mempertahankan kuasa.

Bagaimana sistem pemilihan jawatankuasa parti menjadi semacam huru-hara, bahkan semakin ramai pengasasnya telah berikrar membebaskan diri dari cengkaman Anwar. Apakah itu bukan bermakna corak kepimpinan autokratik terlalu kuat akarnya sehingga ketentuan haluan PKR hanya bergantung kepada Anwar dan Azmin Ali sedangkan parti itu menjadi milik setiap ahlinya.

Oleh yang demikian, bagi golongan remaja seharusnya menjadi pengkaji dan pemikir jika anda ingin memperlihatkan tubuh dan jasad anda didalam politik masa kini. Politik  yang tidak mengenal erti keamanan yang dibawa oleh pihak pembangkang yang berteraskan ideologi barat untuk menguasai negara di sebelah timur.

Memusnahkan kekuatan ummah merupakan  asas penaklukan  minda yang penting bagi memastikan  rakyat  berada didalam kecelaruan danb  tidak mampu berfikir untuk membuat keputusanm. Akhirna pengaruh menular dan akan menjahanamkan generasi  pelindung bagi sesebuah negara.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s