Melayu Mesti Kembali Kepada Perjuangan Asal Jika Tidak Mahu DiJajah Semula


Oleh rmf

Pada pandangan saya, hubungan antara kaum di Malaysia masih baik. Rakyat  berbagai kaum masih menjalani hubungan seperti biasa. Tidak ada ketegangan di  antara kaum dalam hubungan mereka seharian. Hubungan sosial di antara sesama orang Melayu juga baik, tidak kira apa parti politik mereka.

Apa yang berlaku  semenjak PRU 12 dan PRU13  ialah “political divide”. PAS, melalui janji syurga yang tidak perlu ditepati, mengkafirkan penyokong UMNO dan memburukkan pemimpin-pemimpin UMNO dan lain-lain, telah berjaya menarik  sebilangan besar orang Melayu untuk menjadi penyokongnya, bukan lagi di kawasan pedalaman tetapi juga di kawasan bandar, bukan lagi dikalangan orang- orang yang berkelulusan Syari’ah tetapi juga di  kalangan professional. Ini telah  melemahkan UMNO.

Tetapi,  selagi PAS kekal bersendirian dan tertumpu kepada negeri-negeri Pantai  Timur, ia tidak menjadi ancaman yang serius kepada kerajaan BN di peringkat Persekutuan.

Keadaan berubah dengan penubuhan PKR. PKR telah berjaya menarik orang-orang yang kecewa, yang tidak mendapat tempat dalam UMNO, golongan oportunis dan  yang marah kepada pemimpin-pemimpin UMNO tidak kira samada alasannya munasabah atau tidak.

PKR telah membuktikan bahawa ia hanya mempunyai satu  matlamat iaitu berjuang untuk menjatuhkan Kerajaan BN untuk membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka sanggup melakukan  apa sahaja untuk mencapai hasrat mereka, termasuk mengorbankan hak orang  Melayu dan kedudukan agama Islam.

Melihat perpecahan orang Melayu, orang Cina khususnya, yang memang pandai  membuat perkiraan, telah bersatu di belakang DAP, mengambil faedah daripada  undi penyokong PKR dan PAS untuk menjatuhkan BN dan menjadi parti dominan  dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah.

Negeri Perak selepas PRU12 adalah misalan yang baik. Wakil PAS dijadikan sebagai Menteri Besar menyebabkan  penyokong-penyokong PAS merasa bahawa mereka telah berjaya menubuhkan sebuah “Kerajaan Islam”. Maka bertakbirlah mereka disepanjang jalan menunjuk  perasaan. Hakikatnya majoriti ahli Exco adalah ahli-ahli DAP dan merekalah yang  sebenarnya berkuasa.

Jika dulu “Pak Kadok menang sorak kampung tergadai, sekarang Haji Kadok menang takbir negeri tergadai.” Semua ini orang Melayu, khususnya dalam PAS, mesti sedar.

Melihat keadaan ini, NGO-NGO Cina mula menunjukan sikapnya yang sebenar:  tamak dan “kiasu”. Mereka mula membuat tuntutan-tuntutan yang tidak berpatutan  yang melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan khususnya mengenai hak  orang Melayu dan kedudukan Islam.

Tindakan Gereja Katholik juga sangat merbahaya. Semua perbuatan itu bukan sahaja boleh menggugat perpaduan negara, malah ketenteraman negara. Semua ini tidak berlaku semasa orang Melayu  teguh di belakang UMNO.

Perbuatan itu mesti dibendung. Untuk itu Kerajaan hendaklah memikir semula mengenai keperluan mengadakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kita tidak patut takut kepada kritikan mengenainya. Singapura dan Brunei  mempunyai undang-undang yang serupa. Tidak pula dikritik. Apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo adalah lebih teruk dari penahanan dibawah  ISA. (Lihat Conflict of Interests Between Different Basic Rights dan juga  Legal and judicial Transformation in Malaysia: http://www.tunabdulhamid.my.)

Disamping itu, kerajaan tidak patut terlalu berlembut apatah lagi takut kepada  mereka sehingga tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap  mereka. Tidak guna mempunyai undang-undang jika tidak berani menggunakannya.

Ketegasan perundangan negara mesti dilaksanakan tanpa mengira status apakah yang mereka sandang. Ketegasan perundangan akan menjamin kestabilan negara. Ini adalah fakta yang mesti diterima oleh rakyat.

UMNO juga mesti berusaha untuk menarik balik pengundi yang telah lari kepada  PAS dan PKR malah sanggup mengundi DAP kerana taat kepada PKR dan PAS.  PAS dan UMNO perlu berfikir untuk bekerjasama, sekurang-sekurangnya di  peringkat Persekutuan untuk mempertahankan Kerajaan Persekutuan daripada jatuh  kepada PKR  dan DAP.

PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam; bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi  parti dominan, bukan PKR atau PAS; bahawa PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan  agama Islam;  bahawa DAP adalah lebih chauvinistic daripada MCA atau Gerakan; bahawa PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita  DAP seperti UMNO mengawal MCA atau Gerakan.

Maka jika PAS tidak mahu hak Melayu dan kedudukan agama Islam digugat, ia hendaklah berkerjasama dengan UMNO. Bukan membiarkan DAP sewenangnya memperlekehkan agama islam menurut tuntutan politik mereka.

Sebenarnya, diantara PAS dengan UMNO sudah tidak ada apa bezanya lagi. Demikian juga tidak ada apa bezanya di  antara Kelantan yang diperintah oleh PAS  selama lebih kurang 40 tahun, dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia selain daripada mengadakan kaunter bayaran berasingan untuk lelaki dan perempuan. Dulu Qari’ah haram mengambil bahagian dalam tilawah Al-Qur’an.

Sekarang ia sudah harus! Apa yang menjadi “penghalang” bukan ideologi tetapi kepentingan diri. Pemimpin-pemimpin di kedua buah parti takut hilang kedudukan, jawatan dan pendapatan masing-masing, jika bercantum.

Soalan: adakah itu asas  perjuangan mereka? Masalah ini pun boleh diatasi jika kedua parti bekerjasama untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, selepas keputusan pilihanraya di isytiharkan.

Anak Negeri Sabah dan Sarawak juga patut sedar bahawa kedudukan mereka  dalam Perlembagaan adalah serupa dengan kedudukan orang Melayu. Jika mereka  mahu kedudukan mereka selamat, mereka hendaklah bersama-sama orang Melayu,

UMNO dan BN. Bahawa sebahagian daripada mereka beragama Kristian tidak  pernah menjadi masalah. Mereka boleh terus mengamalkannya seperti biasa dalam  Bahasa Kadazan dan sebagainya. Yang dibantah oleh orang Islam, terutama sekali di Semenanjung Malaysia, ialah cubaan untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam bible dan upacara agama dalam Bahasa Melayu, kerana motifnya adalah untuk mempengaruhi orang Melayu menganut agama Kristian. Ini jelas dilarang oleh

Perlembagaan Malaysia.Jika PAS dan parti-parti Anak-Anak Negeri Sabah dan Sarawak boleh bersama-sama dengan UMNO dan BN, Kerajaan Persekutuan akan selamat walau pun orang  Cina bersatu di belakang DAP.

Apabila mereka merasa bahawa keadaan itu akan merugikan mereka, mereka akan mula berfikir semula untuk berkerjasama dengan BN. Orang Cina membuat perkiraan mengikut untung-rugi. Itu sahajalah prinsip  mereka.

Untung dan rugi kepada  bangsa , budaya dan kepentingan  mereka. Perkara yang merugikan kepada mereka , sebagaimana kita ketahui pastinya akan berlaku tuntutan dan tentangan dilakukan. Lihat sahaja jika isu yang berkaitan dengan SRJK jika perkara ini di isukan .

Kita sekali-kali tidak hendak meminggirkan orang Cina. Semenjak PRU 1955, UMNO  memberi kawasan-kawasan majoriti Melayu yang selamat kepada calon-calon MCA dan MIC semata-mata untuk memberi representasi yang lebih kepada mereka.

Apa yang berlaku selepas PRU13 pun adalah pilihan mereka sendiri. Pengundi-pengundi Cina yang berdiri sebulat suara di belakang DAP mungkin akan berfikir semula apabila mereka menimbang semula untung-ruginya.

Pengundi-pengundi India patut bertanya diri mereka samada Kerajaan Pakatan Rakyat akan menjaga kepentingan mereka lebih baik daripada rekod BN selama  lebih daripada lima dekad.

Umur PKR terikat dengan umur Dato Seri Anwar Ibrahim, tidak lebih dari itu.Kerajaan mestilah bersikap tegas dan tidak melayan tuntutan-tuntutan melampau itu.  Malah tindakan undang-undang hendaklah diambil terhadap mereka jika mereka melanggarnya.

Di kebelakangan ini, Kerajaan nampak seolah-olah takut mengambil tindakan undang-undang terhadap aktivis yang menyebabkan mereka semakin melampau. Malah ada aktivis yang menghina lagu Kebangsaan yang bukan sahaja  tidak dihadapkan ke mahkamah tetapi diberi bantuan kewangan untuk membuat filem yang memburukkan Malaysia.

Cuba bayangkan bagaimana Singapura akan bertindak dalam keadaan yang serupa. Seperti disebut tadi, Kerajaan mestilah memberi pertimbangan serius untuk mengadakan semula ISA. Pelampau hanya faham ketegasan, bukan diplomasi.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga patut sedar diri. Sebenarnya UMNO sebagai  sebuah parti Melayu berada diatas landasan yang betul. Yang dipersoalkan ialah  pemimpin-pemimpinnya. Mereka, isteri dan anak-anak mereka dilihat sebagai hidup  mewah di luar kemampuan mereka yang membangkitkan isu rasuah.

Saya dapati,  politik wang dan tertutupnya pintu untuk “orang baru” memasuki dan memenangi apa-apa jawatan dalam hirarki UMNO adalah faktor utama mengapa kalangan profesional tidak menyertai UMNO. Mereka lebih mendapat tempat dalam PAS.

Jika  hal ini berterusan UMNO akan ketandusan pemimpin. Hal ini telah pun dirasai hari ini.Sekarang UMNO dan orang Melayu sedang berhadapan dengan krisis identity dan perjuangan  mereka. Kecelaruan sedang berlaku di minda Melayu.

Rata rata mereka telah hilang arah perjuangan yang sebenarnya dengan sikap orang Melayu sendiri  yang banyak mempercayai musuh politik dari kenyataan yang sebenarnya. Ini lah yang telah meyebabkan  kenapa Melayu sekarang telah banyak berpecah dan membawa kepercayaan hala tuju perjuangan yang  bukan lagi mengikut dasar perjungan yang diagendakan.

DAP terus mengatur langkah perjuangan mereka dengan kosisten tanpa mempedulikan isu isu yang dinaikkan itu mengugat hak hak orang lain, Apa yang penting bagi mereka ialah mamastikan agenda bangsa mereka tercapai dan mempunyai  hala tuju yang jitu.

Mengapa tidak bagi orang Melayu dan UMNO  melakarkan perjuangan yang konsistan dalam perjuangan. Tetapi amat malang sekalai bila ada diantara penjawat yang gila jawatan  memperjudikan nasib Melayu dengan mementingkan kepentingan diri dari segalanya. Ini telah membuat banyak penyokong  berada dan berasa ditindas oleh kepimpinana.

Melayu harus kembali kejalan jalan perjuangan asal untuk memastikan kuasa politik orang Melayu berada pada landasan yang betul. Musuh dalam selimut mesti dihapuskan tanpa rasa bersalah dengan tindakan tersebut.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s