Ketiadaan Ketegasan Perundangan, Malaysia seperti  Keamanan Jiwa Terluka


Oleh rmf

Seorang bangsa asing pernah berkat “Kamu di Malaysia sepatutnya setiap pagi sebaik saja bangun dari tidur, terus saja mengucap alhamdulillah (tahmid) seratus kali, kerana matahari di langit kamu masih ada.

Kamu di bumi ini boleh menunaikan ibadat rukun Islam dengan sempurna. Kamu bebas bekerja tanpa ada gangguan. Kamu boleh hidup baik dengan anak isteri. Dan kamu boleh lakukan segala-galanya.”

Ianya tidak seperti kami, saban hari bunyi daripada letupan bom hanya kedengaran ditelinga kami- Hal ini terjadi apabila sekumpulan radikal yang mengoyahkan keamanan atas senario politik dengan menyatakan bahawa keadilan telah dicemar didalam negara kami-

Sekarang kami terpaksa menanggung kesengsaraan – ini lah yang mereka mahukan. Dimanakah keadilan yang mereka laungkan dahulu? dimanakah pemimpin mereka dahulu- semuanya lenyap meninggalkan kami kesengsaraan.

Ini lah bentuk penilaian bangsa asing didalam negara ini, malahan banyak lagi yang mahu berada didalam negara ini- Tetapi warganegara sendiri yang tidak pernah bersyukur dalam apa juga nikmat dan rahmat yang telah, sedang dikecapi oleh mereka.

Mereka tidak pernah bersyukur, mereka tidak pernah  menadah tangan mohon dilimpahkan kerahmatan keamanan ini agar ianya berterusan, malahan ada diantaranya yang hidup dengan kesenangan masih lagi tidak mencukupi dan meyalahkan pihak pemerintah.

Jika kita lihat kejadian-kejadian yang telah berlaku di Malaysia ini sekarang, kejadian yang melibatkan perlangaran kedaulatan negara , perlembagaan  dan penghinaan terhadap agama  boleh dikatakan dilakukan dengan sewenangnya tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab diatas perbuatan tersebut.

Perlanggaran tersebut sedikit sebanyak telah memberikan impak yang agak besar dan menguris hati dan perasaan sesetengah pihak. Setengah pihak mereka menguji ketegasan pihak pengamal undang undang melalui ketegasan menjaga kedaulatan negara dalam apa cara sekali pun.

Sekali cuba melakukannya, tidak tindakan diambil, Ini bermakna mereka akan lakukan berkali kali dan beranggapan pihak pengamal undang undang hanya sebagai boneka sahaja. Berikutan tiada tindakan mereka bebas melakukan apa sahaja  yang berkaitan perlanggaran kedaulatan.

Pelbagai desakan telah dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan tegas terhadap isu isu yang melibatkan isu isu sensitif ini. Namun apa kan daya- sebagai rakyat yang cukup sensitif ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri-

Apakah tiada peruntukkan didalam Perlembagaan atau  undang undang negara ini untuk digunakan kepada mereka yang membuat penyebaran maklumat palsu, pengkhianatan pada bendera , isu agama dan lain lain lagi.

Teras kestabilan dalam sesebuah negara ialang bagaimana ketegasan bahagian Keselamatan  bertindak didalam apa juga isu yang melibatakan ketenteraman , Ketegasan ini diperlukan untuk menjamin keamanan dan ianya memberikan keyakinan terhadap pelaburan asing masuk untuk menyalurkan pendapatan bagi negara.

Jika kita lihat bagi sesetengah negara  dalam soal keselamatan mereka tiada kompromi- ketegasan terserlah,Ini menunjukkan  kepimpinan yang berada didalam tampok organisasi tersebut memahami tugasan yang dipertanggung jawabkan.

Tetapi alangkah sedihnya di Malaysia , kerajaan meletakkan seorang yang cukup lemah daripada tindakan, lemah daripada perancangan dan dalam ertikata lain lemah dalam segalannya. Rata rata rakyat Malaysia menunggu ketegasan yang diamanahkan untuk menjaga kedaulatan negara ini. Tapi masih lagi  tiada.

Menariknya, para peserta BERSIH 2.0 satu ketika dulu adalah  bermajoritikan orang Melayu. Dan kebanyakan daripada mereka pula adalah daripada puak-puak PAS yang sememangnya sangat ‘merindui jihad’ sekalipun pada masa yang sama, mereka jugalah manusia yang sangat munafiq dalam menjalani kehidupan beragama.

Dengan kata lain, pertembungan yang berlaku nanti adalah antara Melayu anti-BERSIH dengan Melayu pendokong BERSIH. Dan kalau tiada sebarang tindakan tegas diambil oleh pihak polis, pertempuran akan tercetus dan kekacauan yang lebih besar akan berlaku. Menanti adalah malapetaka yang jauh lebih besar berbanding tragedi 13 Mei 1969.

Perlu diingat, konflik perkauman yang berlaku di seluruh Indonesia pada Mei 1998 bermula dengan demonstrasi menentang Suharto dan kerajaan Golkar. Pertembungan antara kumpulan pro-Golkar dan anti-Golkar yang pada mulanya dilihat hanya berskala kecil berakhir dengan pembantaian kaum Cina beramai-ramai. Ini yang paling kita awasi selama ini. Kita tidak mahu berlakunya apa yang pernah kita lami sebelum ini.

Sememamngnya telah menjadi salah satu sikap Melayu , sentiasa memendam  dan menerima apa juga keputusan walaupun didalam hati mereka terguris luka akibat tindakan kerajaan . Tetapi jika perkara ni acap kali dilakukan kepada  mereka , suatu ketika nanti kita akan melihat ledakan-ledakan kemarahan yang akan  menengelamkan erti sebenar kesabaran.

Jesteru itu adalah dinasihatkan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri agar lebih bertindak secara profesioanl dalam menangani isu isu yang sensirif terutama yang melibatkan kedaulatan negara , agama dan bangsa.

Rakyat didalam negara ini masih lagi waras dan sentiasa memikirkan tentang keamanan yang berkekalan didalam negara yang cukup bertuah  ini- Hanya segelintir daripada beberapa kumpulan raddikal yang masih menyatakan bahawa ini lah sebuah negara yang tidak selamat didiami dalam keadaan  yang diertikan  tiada mempunya  keamanan yang sebenarnya.

Apakah ertinya sebuah keamanan jika kita saling berantakan sesama kita atas dasar demokrasi. Senario politik di Malaysia jauh sekali tidak sama dengan di negara yang bergolak itu dengan sistem demokrasi yang terus subur selama ini. Adalah amat diharapkan agar parti pembangkang supaya jangan cuba menangguk di air keruh tentang perkara ini untuk menghasut rakyat membenci pemimpin

Tindakan seumpama itu sangat bahaya dengan pelbagai andaian dibuat terhadap pemimpin negara ini semata-mata untuk menyemai benih kebencian.

Namun sehingga kini rakyat Malaysia belum berganjak untuk mengadakan demonstrasi jalanan kerana mereka juga pernah menyaksikan insiden seumpama itu pada krisis 1998, sewaktu Anwar Ibrahim ditahan.

Kebanayakan nya daripada mereka ini ialah golongan muda yang mana dihasut dengan ideologi kebencian terhadap kerajaan. Tetapi mereka lupa bahawa sejak dalam perut ibu  lagi tanggungjawab kerajaan telah terlaksana, ini dibuktikan dengan perkhidmatan kesihatan bagi ibu ibu mengandung sehingga kepada suntikan BCG.

Alhamdulillah syukur kerana negara kita Malaysia berada dalam keadaan aman dan makmur. Hari ini kita masih lagi bebas kesana kemari tanpa ketakutan dihati selepas peristiwa tragedi 11 september berlaku, pelbagai spekulasi dibuat berdasarkan peristiwa ini dimana disebabkan peristiwa ini jugak la keamanan yang dirasai oleh rakyat² di negara Afghanistan dan Iraq diragut oleh kezaliman tentera Amerika dan sekutunya.

Jadi dalam keadaan yang kita kecapi dibumi bertuah ini,erti keamanan haruslah dihayati sepenuhnya agar kita sedar… peliharalah keamanan yang kita ada sekarang, jangan sesekali biarkan keamanan yang dirasai dicabuli. Jadi dibumi Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, perasaan hormat menghormati antara satu sama lain dan sikap toleransi perlu ada agar keamanan ini berkekalan.

Pemimpin adalah manusia. Dan yang hendak ditadbirkan itu juga adalah manusia. Maka sudah tentu ada kelemahannya. Dato Seri Najib Razak sendiri pernah mengakui kelemahannya sebagai manusia. Dia memberi ruang terbuka kepada sesiapa saja untuk menegurnya.

Tetapi teguran itu biarlah dengan akhlak dan adab yang tinggi menurut adab ikhtilaf yang telah ditentukan oleh Islam. Bukan seperti yang dilakukan sekarang, teguran yang dilakukan dengan mengancam kerajaan. Ini lah pemikiran pembangkang masa kini.

Sekurang-kurangnya dengan penuh hikmah dan bijaksana menurut saluran yang betul, tidak secara menabur fitnah, mencipta cerita-cerita menggemparkan, membuat andaian-andaian yang negatif sehingga boleh mengganggu ketenteraman awam.

Tetapi malangnya peluang memberi teguran yang diberi itu tidak digunakan secara beradab dan berakhlak. Lebih kepada putar belit, mengadu dumba, menghina, mencerca, memfitnah dan menggelar dengan nama-nama yang bertujuan menghina dan menimbulkan kekecohan masyarakat.

Mujurlah Malaysia ini mempunyai Akta Hasutan 1948 melalui sisa penghapusan ISA.Banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan melalui undang-undang biasa, ia boleh diselamatkan melalui Akta Hasutan. Jika ISA masih ada lagi mana mungkin banyak perkara menarik kesetiaan berluasa berlaku tanpa hukuman..

Aktiviti kurang ajar yang bertindak secara agresif bercampur emosi dan mencabar keselamatan orang ramai, maka ketika itulah ISA dipergunakan setelah mendapat nasihat daripada pihak keselamatan.

Tindakan seumpama ini adalah wajar dan selaras dengan kaedah syariah: `Mengelak dan menghindarkan daripada kemusnahan itu (dar-ul-mafasid) hendaklah diberi keutamaan daripada menarik kemuslahatan (jalbul-masoleh). Apabila berhadapan dengan dua kecelakaan (ad-dharar) maka hindarkan dahulu kecelakaan atau kemudaratan yang lebih besar.”

Rakyat juga mengakui kestabilan politik dan ekonomi di negara ini ditahap yang terbaik dan dijadikan ikutan oleh negara-negara lain dan tidak sebab mana-mana pihak untuk merosakkan kestabilan yang tidak datang dalam tempoh sehari itu.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s