SPAD Lancar “Ops Serkap”  Untuk Memastikan Kesempurnaan Kenderaan dan Keselamatan Penumpang Terjamin


Oleh rmf

Kesungguhan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat menjalankan tanggungjawab  demi kepentingan penumpang dan keselamatan menggunakan kenderaan yang disewa amatlah dititikberatkan melalui beberapa siri operasi musim perayaan.

Operasi demi operasi dijalankan agar pematuhan kepada undang undang oleh pengusaha kenderaan dipertingkatkan setiap kali musim perayaan bermula.  Dalam suasana kesibukan  cuti perayaan SPAD tanpa rasa jemu terus melakukan pematuan  untuk memastikan semua kenderaan berada ditahap keselamatan yang paling terbaik.

“Ops Serkap” telah dilancarkan pada hari ini dengan bertujuan untuk memeriksa  penjualan tiket serta memastikan keadaan kenderaan  terutama Bas , teksi yang bakal membawa penumpang balik berhari raya  berada didalam keadaan selamat dan terbaik.

Pemantuan penjualan tiket dilakukan  bertujuan untuk memastikan  kegiatan penjualan tiket secara haram dapat dipatahkan. Penjualan tiket secara haram ini  adalah kegiatan yang mana boleh dianggap satu penipuan terhadap penumpang.

“Ops Serkap” adalah operasi khas yang dilakukan  selama dua hari bermula 21-22 September 2015  dan telah dijalankan di Pudu Sentral.  Sasaran operasi ini  adalah terdiri daripada pengusaha Bas , Teksi dan juga lori.

Sepanjang operasi ini SPAD telah mengesan sebanyak  54 kesalahan yang telah dilakukan, Kesalahan ini termasuk mengesan teksi yang tidak menggunakan  meter  dengan tujuan untuk menipu penumpang. Dalam pada masa yang sama SPAD juga kegiatan kereta sapu yang menggunakan “Apps Grab” yang menjalankan operasi di sekitar Pudu Sentral.

Hasil daripada operasi ini sebanyak 6 kes telag dikesan dan melibatkan beberapa buah kenderaan  telah disita untuk  sisatan lanjut.

Diantara 6 kes yang dikesan pada operasi pada kali ini ilah

  1. 2 kes memujuk dan mendesak dan disabitkan dibawah Seksyen 205, APAD 2010
  2. 2 kes mengendali sesuatu Perkhidmatan Awam Tanpa Lesen Pengendali ( Kereta sapu) yang dikena kan dibawah seksyen 16 APAD 2010.
  3. 2 kes kegagalan teksi menggunakan meter dan dikenakan dibawah seksyen 22, APAD 2010

Seterusnya terdapat 4 buah kenderaan  yang disita bagi membantu siasatan. Kedeneraan tersebut melibatkan  2 buah teksi, 1 buah Mercedes  dan sebuah Toyota Camry.

Operasi yang dijalankan hari ini sedikit sebanyak telah menunjukkan betapa SPAD amat  mementingkan keselamatan pengguna kenderaan awam dan memastikan keadaan  sesabuah kenderaan tersebut itu berada dalam keadaan baik dan memuaskan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s