KHAS Untuk TPM DS Dr. Zahid Hamidi – Tolong Jaga KEDAULATAN TANAH MELAYU dan Lima Teras RUKUN NEGARA Dengan KETEGASAN PERUNDANGAN


Oleh rmf

Sebagai warganegara saya amat menghormati  kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KDN berhubung  dengan isu perkauman  agar inya jangan dipermainkan untuk menjaga keharmonian kaum.

Akan tetapi pihak rakyat melihat isu perkauman ini hanya diperkatakan bila orang Melayu mempertahankan hak hak  mereka. Tindakan pantas diambil, hebat, akan tetapi  rakyat masih lagi menunggu tindakan dari pihak KDN dan kerajaan berhubung  tindakan melampau rasis satu pihak yang lain dalam banyak perkara.

Kami tahu Menteri KDN amat baik hubungan dengan banyak pihak, Tetapi berlaku adil kepada banyak perkara. Dalam isu rasis

  1. Dimana Teressa Kok dalam isu tulisan jawi, Video,
  2. Dimana Tian Chua dalam ceramah untuk menumbangkan kerajaan,
  3. Dimana Pendemo yang memijak gambar pemimpin Melayu?
  4. Dimana mereka yang menterbalikkan bendera Malaysia ?
  5. Dimanakah Alvin Tan,
  6. Dimanakah Namewee?
  7. Dimana Tindakan Fitnah oleh Akhbar berpaksikan pembangkang
  8. Dimana Tindakan bagi penghina Agama persekutuan
  9. Dimana tindakan keatas Nga Kok Meng ( Terlalu banyak isu rasisnya)

Jika dilihat secara halus, Kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh mereka diatas semuanya adalah penghinaan  terhadap RUKUN NEGARA yang mana melibatkan KESETIAAN PADA RAJA DAN NEGARA, dan Kesalahan yang termaktub dalam lima perkara dalam KONTRAK SOSIAL.

Dalam kesalahan menarik kesetiaan juga telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan hukuman nya juga dinyatakan dengan jelas, Begitu juga dengan pengkhiantan serta bersekongkol dengan “musuh” luar negara untuk menumbangkan kerajaan dan setarafnya.

Sudah kah mereka ini diambil tindakan atau diberikan anugerah berjuta ringgit atau dimaafkan. Sebenarnya Menteri KDN, rakyat sudah sampai pada satu tahap  kesabaran yang cukup mencabar.

Mereka mahu melihat , negara yang dikatakan dan dinamakan TANAH MELAYU ini dijaga kedaulatannya dengan sebaiknya. Dijaga dengan ketegasan perundangan. AMANAH YANG DIBERIKAN  Oleh rakyat hendaklah dilaksanakan sebaiknya.

Rasa hormatnya orang melayu pada pemimpin itu budaya Melayu, jangan budaya hormat tersebut akhirnya dipijak rapat oleh mereka ini. Dimasa ini tiada apa pun yang akan dapat dilakukan lagi.

Melayu adalah bangsa yang bermaruah , marahnya bersopan, tegurnya bersopan,  jadi laksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan  tanpa mengira bangsa dan kaum. Kesalahan perkauman , pengkhianatan dilaksanakan dengan adil, bukan berat sebelah.

Jika kesalahan mengkhianati negara, laksanakan mengikut peruntukan perlembagaan. Ini mungkin caranya untuk mengendalikan kaum yang amat degil, setelah pelbagai kompromi dilakukan.KELUHURAN PERLEMBAGAAN telah mengariskan setiap kesalahan yang termaktub yang MESTI dipatuhi dan dilaksanakan oleh warganegara

Contohi  negara yang aman damai dengan satu sistem perundangan yang tegas dimana disiplin rakyat dan tahap saling bertoleransi amat tinggi. Jangan dijaga hati sesuatu kaum dan melukakan hati satu kaum yang lain.

Terus terang saya katakan bahawa Melayu telah banyak terlukanya, Pemimpin Melayu yang menjaga kedaulatan negara ini masih teragak agak untuk menjaga kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara.

Lihat sahaja berapa banyak penghinaan serta pengkhianatan dilakukan oleh warganegara kaum lain terhadap  satu kaum majoriti dalam negara ini. Berapa banyakkan tindakan telah diambil.

Semua mereka ini bebas melakukan apa sahaja dalam menghina mencerca Bangsa , agama serta negara ini sekali pun. Namun Dimanakah tindakan KDN?  Fikir fikirkan lah. Rakyat sedang melihat ketegasan yang nyata dalam isu pembelaan  kedaulatan negara ini dari KDN.

Sebenarnya Rasis hanya wujud bila Melayu memperkatakan hal tentang kaum yang lain, dan ianya tidak menjadi rasis bila dilakukan oleh kaum yang lain. Melayu akur, Melayu patuh pada pemimpin , Mereka telan segalanya walaupun pahit.

Perhimpunan Merah adalah simbolik kepada kemarahan orang melayu dalam isu yang saya katakan diatas, Himpunan yang julung kalinya dilakukan adalah untuk menyatakan tentang keadilan dan pembelaan terhadap isu yang cukup sensitif dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Kepada Menteri KDN, rakyat amat berharap agar terus mendaulatkan negara ini sebagaimana gemilangnya “KING GHAZ” yang hanya memikirkan kepentingan kedaulatan Agama Bangsa dan Negara serta mengambil tindakan yang tegas dalam isu yang menggugat keharmonian kaum.

Rakyat tidak mahu saorang Menteri KDN yang banyak cakap tanpa tindakan. Mereka mahu melihat bagaimana setiap kesalahan yang menggugat kestabilan negara, kedaulatan negara, Penghinaan agama, Pengkhianatan  Negara diambil tindakan yang cukup berat sebagai pengajaran bahawa negara ini adalah negara Berdaulat.

Permintaan rakyat terutama orang Melayu tidak banyak. Mereka ini bukan mintak harta dari  kerajaan , akan tetapi mereka ini hanya minta agar NEGARA INI, TANAH INI, KEDAULATAN ABATA dan kesalahan yang melibatkan RUKUN NEGARA diambil tindakan yang TEGAS dan tiada KOMPROMI dilakukan kerana Ini TANAH MELAYU YANG BERDAULAT.

RUKUN NEGARA adalah teras kepada kemarmonian dalam negara yang berbilang kaum ini, akan tetapi jika berlaku penghinaan yang TERAMAT, tanpa tindakan yang tegas dalam menjaga RUKUN NEGARA yang dianggap asas keharmonian.

Bermaksud dimasa akan datang RUKUN NEGARA hanya tulisan yang tidak memberikan erti dalam kehidupan berbagai kaum dalam negara ini. PENGHINAAN dan Perlanggaran kepada lima perkara dalam RUKUN NEGARA adalah dianggap kesalahan yang cukup berat .

Ini adalah kerana ianya akan menjurus kepada perlanggaran perlembagaan dan hak hak keharmonian kaum yang lain. Begitu juga dengan perlanggaran apa yang termaktub dalam kontrak Sosial yang mana telah dipersetujui bersama oleh kepimpinan terdahulu.

Sekarang kita melihat RUKUN NEGARA sudah dianggap sebagai “sampah: yang mana boleh dipertikaikan tanpa tindakan tegas dari pihak  KDN. Keji lah, Maki lah, Hinalah RUKUN NEGARA. Serlama ini penghinaan lima perkara tersebut hanya dilihat sebagai perkara biasa.

Kita sedar bahawa pengwujudan rukun negara diantaranya adalah satu instrumen yang mengatasi garis pemisah diantara kaum  dalam membentuk dan membimbing  masyrakat Malaysia menikmati perpaduan dan keharmonian.

Dengan demikian, kesalahan perlanggaran RUKUN NEGARA bukan boleh dianggap satu kesalahan biasa akan tetapi dilihat sebagai kesalahan yang akan menjurus kepada ketidalstabilan  diantara kaum , warna kulit dan ras dan TINDAKAN TEGAS sementinya diambil oleh KDN.

Seharusnya KEDAULATAN RUKUN NEGARA dijaga seketatnya agar ianya sentiasa berdaulat dan tidak sewenangnya dipermainkan oleh pihak yang ingin mengeruhkan keharmonian kaum dalam negara ini.

Akhir kata luahan ayat saya. Kepada Menteri KDN jangan sampai Melayu melihat pemimpin hanya boneka dan hilang rasa hormat kerana gagal mempertahankan kepentingan “Tuan Tanah Melayu” yang berpegang teguh kepada kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara”

Maafkan saya kerana  meluahkan apa yang dirasai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang dikatakan sebagai “tuan Tanah Negara ini” yang mana mahu melihat Pemimpin yang dianggap sebagai PEMEGANG AMANAH KEDAULATAN NEGARA INI melakukan setiap tindakan yang TEGAS dalam menjaga KEDAULATAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s