Dato’ Khusairi Talib Sah Sebagai Pengerusi FINAS Yang Baru


Oleh rmf

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini mengumumkan pelantikan Pengerusinya yang baru seperti mana desas-desus sebelum iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Slim, Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib, dilantik ke jawatan itu, berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook FINAS hari ini

Pelantikan secara rasmi dan surat lantikan jawatan itu diserahkan kepada  Khusairi oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak di pejabatnya, hari ini.

Sejak beberapa minggu lalu, desas-desus mengenai pelantikan Khusairi sebagai Pengerusi FINAS semakin bertiup kencang di kalangan penggiat industri filem terutama ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27) anjuran FINAS pada 2-5 September lalu.

Khusairi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman yang kini menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Azalina yang dilantik menjadi Pengerusi FINAS pada Jun lalu meninggalkan kerusi Pengerusi FINAS kerana sudah berstatus menteri.

Khusairi juga kini adalah Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, selain menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Perak. – TabS

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s