FITNAH FELDA Jual Minyak Sawit Ke Israel – 6 Pemfitnah Disaman RM100,000


Oleh rmf

lagi-fitnah-pembangkang-pkr-suara-keadilan-najib-felda-jual-minyak-sawit-israel

FELDA entiti kepunyaan orang Melayu yang diasaskan oleh Tun Abdul Razak adalah betujuan untuk meningkatkan sumber pendapatan rakyat yang berpendapatan rendah. Entiti ini juga sekarang telah menjadi tulang belakang dalam pembangunan tanah negara dalam pertanian dan perladangan moden.

Pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu  Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.

Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

Urusniaga ini telah diambil oleh pihak pembangkang untuk diputar belitkan sebagai satau usrus niaga yang dijalankan dengan Isreal dan meyebabkan beberapa bantahan terhadap felda telah dilakukan secara aman.

Ftnah terhadap Felda ini telah menjadi viral didalam media sosial sehingga menyebabkan  benontrasi membantah dan menuduh Felda telah melakukan urusan jual beli dengan negara yang tiada hubungan diplomatic dengan Malaysia.

Rata rata masyarakat Felda yang terpengaruh dengan Fitnah yang dilakukan oleh PKR telah menjurus perspektif negatif terhadap pengurusan Felda dan sekali gus  memburukkan nama kerajaan Malaysia. Namun begitu tindakan perndangan yang dilakukan  iaitu mengambil tindakan saman terhadap individu yang bertanggung jawab dalam fitnah ini telah membuka mata banyak pihak tentang fitnah yang hanya bermotifkan politik.

fitnah-pembangkang-pkr-suara-keadilan-najib-felda-jual-minyak-sawit-israel

Hari ini 21 September 2015 Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya sebulat suara telah menolak permohonan rayuan  oleh Datuk Mustafa Ali dan lima yang lain dengan kos sebanyak RM10,000 yang akan dibayar kepada Felda.

Oleh kerana tiada rayuan dibenarkan di peringkat Mahkamah Persekutuan, dengan tidak secara langsung Felda telah memenangi kes fitnah  telah dikekalkan. Gantirugi bayaran  oleh defendan kepada Felda telah ditetapkan sebanyak RM100,000.00.

Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa  segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang terhadap Felda.

Felda telah mengambil tindakan saman malu terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan oleh Felda.

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s