Keperluan Lift Di Stesen Keretapi Batu Gajah Amat Mendesak #SPAD #KTM


Oleh rmf

Penubuhan SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bus dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.

Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

SPAD juga memainkan peranan penting di dalam usaha membaik pulih  dan meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan awam darat di Malaysia agar ianya sejajar dengan matlamat kerajaan Malaysia untuk melihat  sistem pengangkutan awam darat  adalah pilihan yang utama bagi rakyat Malaysia,

Sehubungan itu, pemantauan kemudahan asas bagi setiap stesen keretapi  dilakukan serta mendapat pandangan oarang awam mengenai keberkesanan kemudahan asas serta perkhidmatan yang diberikan terhadap pelanggan.

Lift dan escalator merupakan  diantara  kemudahan yang terpenting dalam perkhidmatan  keretapi masa kini. Ini merupakan keperluan  bagai semua golongan yang menggunakan perkhidmatan yang diberikan.

Penghargaan seharusnya diberikan kepada SPAD yang mana  telah memastikan kemudahan  yang disebutkan ini  boleh disebutkan  telah di sempurnakan sebaiknya , Kemudahan Lif & escalator, Tanjakan (ramps) untuk OKU, Tandas awam, Surau & tempat wudhuk, Pusat khidmat pelanggan, Kawasan niaga boleh dikatakan setiap setesen telah memilikinya kecuali beberapa buah stesen keretapi yang masih lagi ketinggalan dalam penyediaan kemudahan lift.

Lift ini adalah merupakan keperluan yang cukup penting bagi warga emas dan juga golongan OKU, begitu juga ianya amat penting bagi para pelancong .  Bukan itu sahaja kemudahan kerusi roda juga amat diperlukan bagi setiap stesen yang beroperasi dan persediaan ini adalah menunjukkan keperihatinan pihak KTM dan juga SPAD dalam melihat  keperluan kemudahan dimasa  ianya diperlukan.

Batu Gajah merupakan sebuah stesen keretapi yang  mempunyai kepadatan penumpang  pada hari hari biasa.  Ini adalah kerana ianya  berhampiran dengan Bandar Baru seri Iskandar yang merupakan Bandar Ilmu yang mana menempatkan  dua buah Universiti yang terbesar iaitu Universiti Petronas dan UiTM di seri Iskandar.

Pada musim cuti semester  limpahan penumpang  dikalangan pelajar  untuk balik bercuti semester memenuhi ruang  stesen ini termasuk golongan kurang upaya. Perjalanan yang memakan masa 30 minit atau jarak 23km telah menyebabkan stesen keretapi Batu Gajah menjadi tumpuan pada kebanyakan penumpang.

Keperluan lift bagi Stesen Batu Gajah  ketika ini amat diperlukan . Ianya adalah pelengkap  kemudahan  kepada golongan  yang memerlukan. Ketika ini dengan ketiadaan lift , para penumpang yang membawa bagasi berat dan besar terpaksa menaiki tangga untuk menyemberang dari  platform 2 ke  platform 1.

Perkara ini amat menyukarkan jika ada diantara mereka golongan warga emas  dan juga para pelancong yang melakukan lawatan ke pusat perlancongan.

Justeru itu  adalah diharapkan agar SPAD dan KTM melakukan satu kajian terperinci bagi melengkapkan kemudahan lift yang amat diperlukan di stesen keretapi  Batu Gajah untuk tujuan  sebagaimana yang disebutkan  diatas.

Sebagai sebuah  Suruhanjaya yang memegang  tonggak kepada kemajuan  pengangkutan awam darat SPAD dilihat  amat prihatin dalam menaiktaraf serta meningkatkan kemudahan yang amat diperlukan dari masa kesemasa.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s