Harga Saham FGV  Naik RM0.38 sen


Oleh rmf

images (1)

Sejak awal 2014 harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah mencatatkan gaya penurunan yang drastik dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas dari segi perolehan dan juga keuntungan.

Indeks perladangan di Bursa Malaysia Securities juga jatuh antara 6-7 peratus dalam tempoh enam bulan sebelum ini. Impak ini secara langsung memberi kesan negatif kepada gaya tarikan kepada para pelabur yang mula beralih ke kaunter-kaunter saham selain perladangan.

Hampir semua kaunter perladangan telah menyaksikan pengurangan nilai saham mereka berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012. FGV merupakan syarikat yang bergantung lebih 60 peratus perolehannya daripada sektor perladangan dan telah menerima kesan paling ketara disebabkan faktor di atas berbanding syarikat perladangan lain yang kadar kebergantungan mereka lebih rendah.

Kejatuhan harga MSM dan saham adalah di luar kawalan pengurusan FGV dan ia ditentukan oleh kuasa pasaran.

Felda Global Ventures, syarikat kedua terbesar di dunia yang diapungkan selepas Facebook Inc, mencatatkan kenaikan dalam dagangan aktif di Bursa Malaysia Derivatif hari ini.  Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini menyifatkan kenaikan mendadak harga sahamnya disebabkan kemungkinan reaksi spekulasi susulan pengumuman insentif ekonomi khas oleh kerajaan, semalam.

Harga saham FGV naik 38 sen semalam untuk ditutup pada RM1.64.

Menerusi jawapannya terhadap pertanyaan Bursa Malaysia Securities mengenai kegiatan pasaran luar biasa (UMA) yang pada 14 Sept, 2015, FGV mengakui tiada sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan kumpulan itu yang belum diumumkan dan mungkin menjadi alasan UMA berkenaan.

Antara langkah-langkah proaktif bagi meningkatkan ekonomi sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Datik Seri Najib Tun Razak itu termasuk mengaktifkan semula ValueCap Sdn Bhd dengan suntikan dana RM20 bilion bagi merangsang saham-saham bawah nilai pasaran.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s