UCAPAN HARI MALAYSIA MENTERI PENGANGKUTAN YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI- Semaikan Amalan Sikap Toleransi dan Menghormati


Oleh rmf

Rasa bangga menjadi rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia pada hari ini dengan semangat patriotik yang tersemai didalam sanubari.

Perasaan bangga ini diluahkan dengan kepelbagaian cara dan harapan kepada negara agar  sentiasa  berada dalam keadaan aman dan tenteram bagi semua rakyat untuk menikmatinya.

Sempena sambutan Hari Malaysia , Meteri Pengangkutan Dato’ Seri Liow Tiong Lai tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan rasa bangganya  menjadi rakyat Malaysia serta  harapan agar negara sentiasa berada didalam keadaan yang cukup aman dan sentosa  sepanjang masa.

Diantara harapan dalam kenyataan ucapannya, beliau mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mengamalkan hidup dengan pemaufakatan, tolerasi serta menghormati diantara satu dengan yang lain  sebagai pegangan dalam hidup berbilang kaum.

Provokasi yang dibuat untuk memecah belahkan keharmonian rakyat hendaklah dielakkan yang mana akan menjurus kepada ketidakstabilan  dalam masyarakat Malaysia.

Tidak kira siapa pemimpin yang ada dalam negara ini, konsep amalan Rukun Negara hendaklah dijadikan pegangan untuk  memastikan Malaysia berada dilandasan keharmonian dan bergerak bersama sama memajukan negara.

Bersama ini disertakan kenyataan ucapan Hari Malaysia oleh Meteri Pengangkutan Dato’ Seri Liow Tiong Lai untuk kita hayati  bersama

16 September 2015

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA OLEH MENTERI PENGANGKUTAN YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

Demi kemuafakatan, toleransi dan kemajuan

Pada Hari Malaysia ini, marilah mengimbau masa silam untuk mendalami perjalanan negara kita dan kemajuan yang telah dicapai.

Sesungguhnya, kita seharusnya berbangga sebagai rakyat sebuah negara yang kian berkembang maju. Sejak penubuhan Malaysia beberapa dekad yang lalu, negara telah menempa kejayaan dan kemajuan di peringkat antarabangsa, baik bagi sektor perdagangan dan diplomasi mahupun di arena sukan dan kebudayaan.

Warga Malaysia tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama telah sama-sama bekerja keras dan banyak berkorban untuk mengecapi segala kejayaan ini, bukan sahaja sebagai individu malahan sebagai sebuah negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hidup dalam keadaan yang begitu harmoni. Kepelbagaian warisan budaya kita merupakan aset yang ternyata bernilai, lebih-lebih lagi semasa keutuhan budaya kita kini diuji.

Tidak dapat dinafikan bahawa tatkala kita berusaha untuk mencapai status negara maju dan seiring dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda, masih terdapat banyak yang perlu dilakukan. Kini, di saat negara kita berada di persimpangan, kita seharusnya lebih tegas dalam menetapkan pendirian menentang ketidaktoleransi dan ekstrimisme dan juga sebarang perselisihan serta sikap tidak hormat.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk masa depan negara. Peranan ini antaranya termasuk saling bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain, berbuat kebaikan dan bertimbang-rasa terhadap semua kepercayaan dan budaya dan seterusnya, saling bekerjasama tanpa mengambil kira apa jua perbezaan antara kita.

Demi kebaikan bersama rakyat dan negara, kita harus mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan rakyat. Warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat harus mengatasi segala cabaran ini untuk terus maju ke hadapan sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu.

Selamat Hari Malaysia.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s