PENGAKUAN PENUH BERTULIS XAVIER ANDRE JUSTO


Oleh rmf

PENGAKUAN PENUH BERTULIS XAVIER ANDRE JUSTO (sebagaimana yang diterbitkan oleh Sarawak Report)
26 Jun 2015, Pusat Tahanan Bangkok.

Pada Jumaat 26 Jun 2015, saya dengan ini mengaku penglibatan penuh saya, dan bertanggungjawab ke atas, kesalahan yang telah disabitkan ke atas saya. Ianya adalah cubaan memeras ugut ke atas PetroSaudi. Pengakuan ini dibuat atas kerelaan saya sendiri tanpa sebarang tekanan dan pengaruh luar. Dan saya juga tidak mahu peguam hadir ketika pengakuan saya ini ditulis.

Saya mengaku dengan sepenuhnya perlakuan jenayah saya ini dan menerima yang saya bersalah di dalam perkara ini. Saya hanya ingin memperbetulkan keadaan dan memohon maaf keatas individu yang terjejas dengan tindakan saya. Saya telah berkonspirasi dengan beberapa inidividu lain dan mengaku telah mencuri data, mengendalikan barangan curi, menjual data yang dicuri dan peralatan IT kepada pihak ketiga dan mencuba menggubah hasil jualan. Satu-satunya motivasi saya untuk menjual data tersebut adalah wang dan saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai pembocor maklumat.

Saya bekerja di PetroSaudi dari Mac 2010 ke April 2011. Saya mempunyai 2 peranan yang berbeza ketika saya bekerja di sana. Saya mengetuai bahagian IT dan menjadi pentadbir eksekutif untuk beberapa kumpulan syarikat. Saya mendapat kerja ini hasil dari pengalaman pentadbiran saya sebelum ini dan persahabatan saya dengan Tarek Obaid, CEO PetroSaudi. Peranan saya ini memberikan saya kelebihan untuk mengakses data sulit PetroSaudi dan sistem IT nya.

Pada Mac 2011, perkhidmatan saya dengan PetroSaudi akan ditamatkan. Saya mula bimbang bagaimana untuk menyara keluarga saya selepas ini jika saya tidak mempunyai pekerjaan dan dengan itu, saya mengambil keputusan untuk melindungi kewangan diri saya. Saya merasa cara terbaik untuk melakukan perkara ini adalah dengan menggunakan akses yang saya miliki terhadap sistem IT PetroSaudi untuk mencuri dan mengambil sebanyak mana data yang boleh. Saya tidak melakukannya kerana PetroSaudi telah melakukan sesuatu yang mencurigakan. Saya tidak pernah melihat sebarang perkara yang mencurigakan di PetroSaudi ketika saya bekerja di sana atau selepas perkhidmatan saya ditamatkan. Saya lakukannya kerana saya tahu data tersebut penting dan sulit kepada syarikat dan saya fikir saya boleh menjualnya nanti.

Saya mengakses data tersebut dengan menceroboh komputer rakan sekerja saya dan memuat turun sebanyak mungkin data yang boleh ke dalam pacuan keras mudah alih dan pemacu memori. Saya tidak mencari apa-apa yang spesifik, cuma mencari sebanyak mana yang boleh untuk mendapat kemungkinan maksimum ianya akan bernilai. Saya mencuri data ini dengan pengetahuan yang saya sedang melakukan satu kesalahan jenayah. Secara keseluruhannya, saya mencuri sebanyak 90 GB data yang antaranya terkandung emel, dokumen dan fail-fail lain. Ini dilakukan selama beberapa hari antara Mac hingga April 2011.

Pada awal April 2011, perkhidmatan saya telah ditamatkan dan saya telah menandatangani Perjanjian Penyelesaian dengan PetroSaudi. Perjanjian ini telah dirunding oleh peguam saya dan peguam PetroSaudi dan mengandungi perjanjian yang memerlukan saya mengembalikan data dan sebarang harta benda dan menghormati sebarang hal sulit. Saya juga menerima bayaran perpisahan berdasarkan gaji saya dan notis pemberhentian dan mengiktiraf persahabatan saya dengan Tarek Obaid. Sebelum saya menandatangani perjanjian itu (pembayaran asal kepada Justo adalah apa yang dipersetujui di dalam Perjanjian Penyelesaian itu, dan bukan bayaran ugutan yang pertama seperti yang dipercayai oleh banyak pihak) saya telah memuat turun kesemua kandungan komputer PetroSaudi dan pemacu memori saya ke tempat lain. Saya kemudiannya memulangkan kesemua peralatan IT asal untuk mewujudkan persepsi yang saya telah memulangkan kesemua data dan peralatan.

Walaubagaimanapun, saya menyimpan pemacu data yang saya gunakan untuk memuat turun kesemua data tersebut. Saya akui tindakan saya ini telah melanggar perjanjian penyelesaian tersebut, selain dari cubaan saya untuk memeras ugut PetroSaudi dan menjual dan memindahkan data tersebut.

Saya memahami yang saya perlu membayar semula bayaran yang saya terima dari PetroSaudi dan saya bertanggungjawab untuk membayar sebarang kerugian yang ditanggung oleh Petrosaudi di bawah perjanjian ini atas tindakan saya.

Pada Julai 2013, saya telah menghubungi Patrick Mahony dan menuntut 3.5 juta Swiss Francs sebagai bayaran untuk data yang dicuri itu. Untuk 5 bulan berikutnya, saya menghantar lebih banyak emel kepada Patrick Mahony untuk menuntut bayaran, yang sekiranya saya tidak dibayar, saya akan menjual data tersebut kepada pihak yang berminat, walaupun pada saat itu saya tidak menghubungi orang lain. Saya tahu, dengan mendedahkan data yang sebegini besar, ia pasti akan merosakkan PetroSaudi.

Saya telah berjumpa dengan Patrick Mahony di hotel Shangri La Bangkok pada Oktober 2013 di mana saya secara lisan telah mengugut beliau yang sekiranya PetroSaudi tidak membayar saya, saya akan menjual data tersebut kepada pihak lain yang berminat dan ini akan merosakkan PetroSaudi. Patrick memberitahu saya PetroSaudi tidak melakukan apa-apa kesalahan dan data yang saya curi itu juga tidak menunjukkan apa-apa kesalahan. PetroSaudi akhirnya enggan membayar.

Apabila ugutan itu tidak berkesan, saya cuba mencari pembeli untuk data tersebut dan setelah beberapa ketika, saya telah dihubungi oleh Clare Brown. Ini berlaku pada Mei atau Jun 2014. Saya tahu beliau merupakan seorang wartawan yang bekerja dengan Sarawak Report dan mempunyai kaitan dengan Gordon Brown, mantan Perdana Menteri UK. Saya bertemu dengan Clare Brown di Bangkok 10 hari selepas beliau menghubungi saya. Beliau memberitahu saya, apa sahaja data yang ada pada saya yang membabitkan transaksi di antara PetroSaudi dan 1MDB pastinya dapat mencapai harga yang tinggi dan beliau bersetuju untuk menguruskan penjualan data itu kepada pihak lain.

Beliau berjanji dengan saya yang saya akan memperolehi beberapa juta untuk penjualan data tersebut. Untuk 6 bulan berikutnya saya sentiasa berhubungan dengan Clare Brown. Beliau mencuba beberapa pembeli termasuklah dengan mereka yang mempunyai kepentingan dengan Anwar Ibrahim tetapi ianya tidak berjaya.

Pada Februari 2015, Clare telah mengaturkan satu pertemuan yang dihadiri beliau dengan Tong Kooi Ong dan salah seorang editor surat khabar beliau, Ho Kay Tat. Pertemuan itu terjadi di Hotel Fullerton Bay di Singapura. Ketika pertemuan ini saya bersetuju untuk menjual kesemua data PetroSaudi yang saya miliki kepada Tong pada harga USD2 juta. Saya pada asalnya meminta USD3 juta tetapi dipersetujui ianya adalah USD2 juta.

Kami hanya membincangkan kandungan data pada tahap yang tertinggi kerana mereka menyatakan mereka hanya berminat untuk transaksi 1MDB dan saya tidak terlibat dengannya. Oleh itu, saya menunjukkan kepada mereka yang saya mempunyai banyak dokumen dan e-mel daripada transaksi 1MDB tetapi saya tidak dapat menjelaskan bagaimana dokumen itu berfungsi, atau apa yang mereka maksudkan, dan saya tidak boleh memberi sebarang latar belakang untuk urus niaga. Tong dan Clare memberitahu saya bahawa bahan itu akan digunakan untuk menyerang Kerajaan Malaysia sekarang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka tidak menjelaskan kepada saya bagaimana mereka akan melakukan ini, mereka hanya berkata mereka mahu beberapa dokumen asal dan e-mel untuk membina cerita. Clare berkata, selagi saya boleh memberikan mereka dokumen sokongan yang sah, kandungan dokumen tersebut tidak menjadi hal kerana dia akan melakukan yang lain. Saya tidak tahu apa yang dia maksudkan dengan itu.

Tong menyatakan beliau tidak mahu melibatkan warga Saudi mahupun PetroSaudi yang bagi saya adalah penting. Beliau berkata ini adalah hal dalaman Malaysia sahaja. Beliau meminta Clare untuk menulis satu artikel berdasarkan maklumat curi ini untuk beliau sahkan sebelum artikel itu diterbitkan.

Clare bersetuju untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, ini terbukti adalah pembohongan. Ianya telah dipersetujui oleh Tong yang saya akan menyerahkan data pada pertemuan tersebut dan USD2 juta itu akan dibayar pada hari berikutnya.

Kemudian saya serahkan data PetroSaudi tersebut kepada Ho Kay Tat, yang terdapat di dalam sebuah pemacu memori. Pasukan IT Tong yang turut hadir, telah memeriksa data tersebut dan menyalin data tersebut untuk Tong. Saya menyerahkan pemacu kedua kepada Clare Brown. Beberapa hari kemudian Clare memberitahu saya data tersebut rosak dan saya memberikan salinan data tersebut secara post menggunakan DHL ke London.

Kami bertemu sekali lagi di Singapura beberapa hari kemudian untuk berbincang mengenai data tersebut dan memuktamadkan bayaran. Sehari atau dua hari kemudian selepas pertemuan kedua itu, saya telah membuka akaun amanah BVI di Singapura dan cuba untuk membuka akaun simpanan di DBS Bank untuk menerima bayaran tersebut. Walaubagaimanapun DBS enggan membuka akaun tersebut untuk saya. Tong memberitahu saya beliau akan memindahkan akaun tersebut menggunakan akaun bank UOB di Singapura tetapi beliau tidak boleh berbuat demikian kerana DBS enggan membuka akaun saya.

Saya membuka satu akaun di Abu Dhabi meminta Tong membayar wang tersebut di dalam satu perbualan WhatsApp. Beliau enggan, sambil mendakwa Jho Low mempunyai terlalu banyak kepentingan di rantau itu. Saya kemudiannya menawarkan Justo-Consulting yang berpangkalan di Hong Kong untuk destinasi bayaran, sekali lagi menggunakan WhatsApp. Tong sekali lagi enggan, kerana mendakwa ianya mempunyai nama saya dan menjadikannya berisiko. Saya tidak meletakkan wang di dalam akaun Swiss saya kerana cerita Malaysia/PetroSaudi yang semakin panas. Malah, saya terus menutup akaun tersebut dan memindahkan wang yang ada ke Koh Samui untuk disimpan oleh isteri saya.

Tong kemudiannya menawarkan untuk membayar secara tunai jika saya ke Singapura, yang akan dilakukan beberapa kali. Saya menolak kerana mungkin akan terdedah kepada bahaya ditahan di lapangan terbang.

Tawaran terbaru adalah menggunakan Clare Brown untuk membayar saya. Kami semua bersetuju. Ia akan membabitkan Tong, yang akan membayar Clare USD2 juta di UK dan Clare yang akan membayar saya secara bulanan yang akan dilihatkan sebagai bayaran konsultasi oleh Sarawak Report. Clare mencadangkan yang saya membuka cawangan berita untuk Asia Tenggara 2 di mana beliau akan membayar saya bayaran permulaan USD350,000 diikuti dengan USD1,250,000 kemudian.

Beliau memberitahu beliau telah meminta peguamnya di UK untuk menyediakan segala yang diperlukan dan saya ditahan ketika menunggu bayaran ini. Saya sedar dan mengetahui yang ini merupakan kesalahan penggubahan wang haram.

Walaubagaimanapun setakat ini saya masih lagi tidak menerima wang hingga hari ini. Saya masih mempunyai salinan data PetroSaudi yang saya simpan di Koh Samui. Ia dinamakan Samui Storage dan saya telah membenarkan Polis Thai untuk mencari dan merampasnya. Juga disimpan adalah perbualan WhatsApp antara saya, Clare, Ho Kay Tat dan Tong dan ianya disimpan di dalam pemacu USB. Iannya ada di dalam satu beg buatan Tumi dan berada di dalam peti keselamatan mereka.

Saya mengakui sikap tidak jujur dan tamak saya. Saya secara jujur dan ikhlas ingin memohon maaf kepada Tarek Obaid dan Patrick Mahony atas kerosakan yang disebabkan oleh saya kepada mereka. Saya ingin memohon maaf atas tindakan jenayah saya kepada Polis Thai, kepada Mahkamah Thai dan kepada rakyat Thailand.

Saya juga ingin memohon maaf kepada Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia kerana kesusahan yang disebabkan oleh saya dengan mendedahkan data berkenaan hal yang tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak menjangka kesannya akan sebegini besar. Saya sangat menyesal dan saya menerima sepenuhnya hukuman yang dijatuhkan ke atas saya oleh mahkamah Thailand dan saya akan mengaku bersalah di hadapan mereka.

Oleh Xavier Andre Justo.
http://documents.sarawakreport.org/26-June-2015-Justo.pdf

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s