JEREBU- Semua Pihak Diminta Mengambil Langkah berjaga jaga – Tiong Lai


Oleh rmf

Fenomena jerebu telah melanda negara dengan pembakaran dalam berskala besar di Sumatera. Susulan pembakaran tersebut telah meyebabkan kualiti udara dalam negara ini terjejas terus dengan indek bacaan udara pada kadar yang tidak sihat dibeberapa buah negeri di semenanjung Malaysia.

Fenomena jerebu ini  akan mengakibatkan penurunan kadar kesihatan bagi rakyat dalam negara ini yang mempunyai masalah penafasan dan juga golongan orang tua dan kanak kanak. Langkah berjaga jaga seharusnya diambil oleh semua pihak agar

Kadar penglihatan yang  terhad  bagai semua pergerakan pengangkutan darat , udara dan laut. Keadaan ini agak merbahaya kepada  semua kenderaan dan boleh mengakibatkan  kejadian perkara yang tidak diingini berlaku.

Atas dasar kebertanggungjawaban  dan amanah yang telah diberikan Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mengeluarkan amaran jerebu kepada pesawat dan kapal yang beroperasi di semua lapangan terbang dan pelabuhan.

Amaran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan  status keselamatan dalam semua aktiviti yang melibatkan  kementerian pengangkutan. Secara dasarnya pihak kementerian tetap memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada kedua-dua sistem pengangkutan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam mengulas fenomena  jerebu ini , berharap agar bot-bot nelayan dan kapal-kapal kecil perlu menghentikan operasi mereka atas faktor keselamatan jika  sekiranya jarak penglihatan kurang daripada  satu batu nautika.

Jelas beliau, buat masa ini Jerebu masih belum menjejaskan sistem penerbangan dan mari­tim. Jarak penglihatan udara 600 meter dan ke bawah hanya menjejaskan pesawat kecil manakala bagi sistem pengangkutan maritim, penglihatan yang menjejaskan bagi bot-bot kecil adalah pada jarak satu batu nautika dan ke bawah

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengulas, se­takat ini, hanya be­berapa pesawat terpaksa ditangguhkan penerbangannya dalam tempoh beberapa jam, namun, kembali beroperasi seperti biasa selepas keadaan reda

Dalam pada masa yang sama juga , Datuk Seri Liow Tiong Lai amat berharap agar pihak kerajaan Indonesia  akan segera mengambil tindakan yang drastic bagi menyelesaikan isu pembakaran terbuka  yang mana telah menjejaskan kualiti udara  kepada negara jiran.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s