Datuk Wee Ka Siong- Isu BERSIH 4 Dan Perhimpunan Merah, Hayati Rukun Negara Sebagai Teras Perpaduan


Oleh rmf

Pembentukan Malaysia berasaskan teras rukun negara yang cukup tepat dan lengkap untuk dihayati oleh semua warganegara agar dapat hidup saling menghormati dan saling bertoleransi.

Namun rukun negara tersebut sekarang telah dilanggar serapat mungkin oleh sebilangan daripada warganegara yang berkepentingan dalam politik tanpa mengambil kira risiko  hidup dalam berbilang kaum.

Dasar untuk menghormati kaum yang lain dilanggar, sensitiviti tidak dipedulikan lagi. BERSIH 4 beranggapan setiap apa yang dilakukan adalah berasaskan hak hak asasi  semata mata. Acuan baru diikuti , acuan timur dipijak  sama sekali.

Susulan BERSIH 4 yang telah menguris banyak pihak terutama bangsa Melayu oleh sebilangan dari perbuatan sebahagian dari bangsa cina chauvanis telah mencalarkan nama baik golongan masyarakat cina yang tidak terlibat sama sekali dalam BERSIH 4

MCA sebagai sebuah parti komponen yang terbesar yang dianggotai oleh sebahagian besar oleh masyarakat Cina telah bersama sama mendokong Rukun Negara tanpa rasa prasangka serta menjadi amalan kehidupan seharian.

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong secara terang dan jelas menyatakan kebimbangan terhadap perhimpunan yang bakal diadakan pada 16 Septeber ini akan menjurus kepada isu perkauman dalam negara ini.

Pada hakikatnya MCA sentiasa merujuk kepada teras Rukun Negara yang kelima iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan” dimana  setiap apa juga yang dilakukan haruslah difikirkan tentang adat budaya  dan saling menghormati diantara satu dengan yang lain agar ianya tidak menjurus kepada sesuatu perkara yang tidak diingini.

Walaupun pada dasarnya Perkara 10 dalam perlembagaan negara  memberikan hak hak untuk berhimpun secara aman dan tidak menganggu keteraman awam , akan tetapi ianya harus dilihat dari berbagai aspek yang tidak mengugat kestabilan negara dan juga mengelakkan dari prasangka yang buruk berlaku.

Walaupun kenyataan yang telah dikeluarkan oleh  Datuk Dr Wee Ka Siong ini menjurus kepada berbagai persepsi yang negative dalam isu 16 September oleh berbagai pihak.

Namun hakikatnya  perhimpunan haram BERSIH 4 yang telah dilancarkan oleh pihak pembangkang dan ianya bukan mewakili sebahagian besar masyrakat Cina dalam negara ini.

Malah Datuk Wee Ka Siong juga senada dengan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mana himpunan yang hendak dilakukan harus mematuhi undang-undang dan tidak menimbulkan ketegangan kaum dan akan memburukkan lagi keadaan keharmonian yang sedia ada.

Dalam hal  ini, apa juga perhimpunan yang diadakan adalah hak bagi rakyat Malaysia yang mana telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia dan juga seharusnya  pematuhan perundangan negara juga harus patuhi.

Secara ironisnya Datuk Wee Ka Siong secara tidak langsung telah menyentuh Kedaulatan undang undang dalam Rukun Negara Malaysia harus dilihat bahawa didalam negara ini , terdapat berbagai bentuk perundangan yang mesti dipatuhi bagi menjamin  keselamatan rakyat dan juga keamanan yang menjadi hak kepada rakyat untuk mengecapinya.

Dengan demikian, Datuk Wee Ka Siong mencadangkan agar perhimpunan yang bakal diadakan pada 16 September ini digantikan dengan Perhimpunan Perpaduan  bagi rakyat dalam negara ini dengan melibatkan pelbagai NGO dari pelbagai kaum yang cintakan kedamaian dan keamanan.

Dengan cara ini, secara tidak langsung perhimpunan yang melibatkan kombinasi kepelbagaian NGO dan kaum akan memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia sentiasa cintakan keamanan bersatu hati bersama menyokong dasar kerajaan  yang sedia ada.

Secara tidak langsung, perhimpunan perpaduan yang diwakili pelbagai pihak dan etnik  ini sekali gus akan memperlihatkan bahawa golongan BERSIH 4 adalah golongan kumpulan yang sentiasa berusaha untuk melihat negara dalam keadaan yang tidak stabil dan memburukkan imej negara dimata dunia.

Datuk Wee Ka Siong dalam kenyataannya yang dilihat mengulas secara halus peranan Rukun Negara yang harus menjadi amalan rakyat dalam negara ini akan menjadikan  Malaysia sebuah negara yang bertoleransi dan saling menghormati demua mengecapi keamanan dalam kehidupan kepelbagian etnik.

Dalam satu kenyataan yang sama Perdana Menteri Malaysia  sendiri telah menyatakan pendirian bahawa UMNO tidak menaja perhimpunan yang bakal diadakan, malah hak hak bersuara dikalangan rakyat Malaysia tidak pernah dihalang.

Kesimpulannya, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong secara  rasionalnya telah mengupas sedikit peranan hak hak berhimpun dan juga  peranan Rukun Negara yang telah menjadi teras kepada pembentukan  masyarakat Malaysia yang saling  hormat dan menghormati disamping menjaga keamanan negara ini berteraskan kedaulatan undang undang.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s