YB Datuk Noor Ehsanuddin Pengerusi Mesyuarat AIFOCOM ke-12 Berperanan Penting Dalam Isu Memerangi Anasir Dadah di Peringkat ASEAN


Oleh rmf

11257918_563478470459452_7903774939783796943_n

AIPA sebelumnya dikenali dengan Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN (ASEAN Inter-Parliamentary Organisation) atau AIPO telah ditubuhkan pada tahun 1967 iaitu sepuluh tahun selepas penubuhan ASEAN

ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) ini  telah diluluskan dan ditandatangani pada 17 April 2007 oleh negara-negara ahli AIPA yang termasuk Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam termasuklah Negara Brunei Darussalam yang pada masa itu adalah negara pemerhati khas tetap AIPO.

AIPA yang dianggotai oleh parlimen-parlimen dari negaranegara ASEAN selaku penggubal undang-undang di negara masing-masing dan ianya diadakan setiap tahun di negara-negara ahli secara bergilir-gilir yang terdiri dari ahli-ahli Parlimen 10 buah negara ASEAN iaitu Negara Brunei Darussalam; Kemboja; Indonesia; Republik Demokratik Rakyat Lao; Malaysia; Myanmar; Filipina; Singapura; Thailand dan Vietnam.

Baru-baru ini berlangsung satu majlis Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Perhimpunan Agung AIPA ke-36 bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur, 6 – 12 September 2015 .Perhimpunan yang bermula  6 hingga 12 Sept itu membawa tema ‘Membabitkan Komuniti ASEAN yang Berpaksikan Rakyat, Berorientasikan Rakyat Ke arah Keterangkuman’.

aifocom1

YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun telah mempergerusikan mesyuarat ke-12 AIFOCOM dimana Laporan Mesyuarat AIFOCOM ke-12  mengenai “Memerangi Anasir Dadah” telah dibentangkan

Penglibatan Datuk Noor Ehsanuddin didalam AIFOCOM adalah menunjukkan kepercayaan anggota Ahli Parlimen ASEAN terhadap Intergriti serta kebolehan Ahli Parlimen Malaysia.

Sebagai pengerusi yang dilantik dan diberikan kepercayaan oleh anggota Parlimen negara ASEAN, YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Ahli Parlimen Kota Tinggi) memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap  resolusi dan cadangan diberikan pendekatan yang sewajarnya dalam isu pembenterasan gejala dadah terus diambil perhatian utama diperingkat serantau.

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Ahli Parlimen Kota Tinggi) sebagai pergerusi Jawatankuasa Sosial telah membentangkan  langkah langkah yang telah diambil oleh Malaysia  dalam laporan Mesyuarat ke -12 AIFOCOM pada kali ini

Laporan Malaysia Mengenai “Memerangi Anasir Dadah”

http://www.aipa36malaysia.gov.my/wp-content/uploads/2015/06/13_Country-Report_Malaysia.pdf

Disamping itu juga diperingkat serantau dan antarabangsa , sebagai Pengerusi yang telah diberikan tanggungjawab yang cukup besar, diantara usaha yang dilakukan sebagai langkah langkah proaktif negara serantau dalam usaha Memerangi Anasir  dadah adalah:-

  1. Menjalinkan kerjasama dalam usaha pengawalan dan pencegahan dadah dalam kalangan negara-negara di peringkat serantau dan antarabangsa;
  2. Memperkasakan usaha-usaha Malaysia dalam berkongsi maklumat terkini serta langkah terbaik  berkaitan kaedah rawatan, pencegahan dan penguatkuasaan dadah di peringkat antarabangsa; dan
  3. Mengenalpasti, membina dan memelihara international networking dengan negara-negara dan agensi-agensi luar termasuk Sekretariat berkaitan seperti ACCORD, UNODC, CND, CPDAP, EU DLL.
  4. Memperluaskan networking dengan negara/agensi luar dengan menyertai mesyuarat, seminar, konvensyen, program latihan dan lain-lain;
  5. Memastikan penglibatan aktif dalam perbincangan masalah dadah dengan negara-negara lain semasa menghadiri persidangan, seminar, program pertukaran pegawai serta mengadakan siri lawatan sama ada di dalam dan luar negara;
  6. Melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan program-program yang melibatkan di peringkat antarabangsa yang telah diluluskan dan juga yang akan dilaksanakan di dalam negara;

Dalam  perkara ini, beberapa ketetapan resolusi  telah diluluskan pada persidangan AIFOCOM ke-12 pada kali ini. Diantara resolusi dalam isu Memerangi Anasir Dadah” yang telah ditetapkan didalam Mesyuarat AIFOCOM ke 12 ialah:

  1. Membawa kepada perhatian ASEAN Perhimpunan Antara Ahli Parlimen yang benar-benar berkesan dan seimbang bekalan dan permintaan program pengurangan serta mekanisme harus menggunakan pendekatan mesra rakyat yang merangkumi maklumat, pendidikan, kesedaran awam, intervensi awal, kaunseling, rawatan, pemulihan, pencegahan penyakit yang berulang, jagaan lanjutan dan integrasi semula sosial;
  2. Menyeru anggota Ahli Parlimen ASEAN untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memerangi penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing dengan cara memupuk perkongsian pelbagai agensi dan kerjasama seperti inisiatif kerjasama antara kerajaan dan badan bukan kerajaan, komuniti saintifik yang berkaitan dan profesional kesihatan;
  3. Memastikan dan menyeru anggota Ahli Parlimen ASEAN untuk memastikan kerajaan pusat menyediakan dana yang mencukupi untuk memerangi ancaman dadah;
  4. Menggesa sektor swasta untuk memberi keutamaan kepada program-program berkaitan dadah dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR);
  5. Mendapatkan sokongan penuh media untuk membantu memupuk pemahaman orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah, untuk mempromosikan mesej pencegahan, untuk menangani promosi penggunaan dadah dalam budaya popular seperti filem, video muzik dan iklan;
  6. Menggesa Ahli Parlimen Asean mengambil tindakan dan  tanggungjawab bersama dalam mencari penyelesaian untuk membasmi penyalahgunaan dadah yang bersesuaian dengan budaya masing-masing tempatan dan adat;
  7. Menggesa Ahli Parlimen Asean untuk menyokong “program-program sosial reintegrasi” seperti ‘penawar dan rawatan’ pesalah penyalahgunaan dadah  ke arah meningkatkan kesihatan individu dan kesejahteraan, memberikan jaminan pekerjaan, memperkukuh institusi keluarga dan menjadikan masyarakat lebih selamat.
  8. Menarik perhatian tentang keperluan untuk mengukuhkan institusi keluarga dengan menggalakkan nilai-nilai murni dan pembentukan peribadi sebagai pendekatan asas untuk memupuk sebuah masyarakat warganegara yang bertanggungjawab yang kurang terdedah kepada masalah berkaitan dadah;
  9. Kreatif menghasilkan lebih banyak kempen kesedaran berasaskan siber di kalangan belia yang meningkatkan keupayaan masyarakat untuk menangani kesan negatif penyalahgunaan dadah, untuk tanggungjawab dan kesedaran awam adalah amat penting untuk memastikan kemampanan permintaan dan pengurangan bekalan strategi;
  10. Menggalakkan penyertaan aktif dan terselaras individu di peringkat komuniti sama ada oleh sebab lokasi geografi mereka, keadaan ekonomi atau sosial.

11402670_563478443792788_8330135396077700505_n

Dalam majlis tersebut YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Ahli Parlimen Kota Tinggi) merangkap Pengerusi Mesyuarat AIFOCOM ke-12 menyerahkan Laporan Mesyuarat ke-12 AIFOCOM kepada Mr.P.O.Ram, Setiausaha Agung AIPA sambil disaksikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat

11427176_563478430459456_99959913148261344_n

Majlis penutup mesyuarat AIFOCOM ke- 12  tersebut telah disempurnakan oleh Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s