Antara Dua Darjat – MCA Anjur Seminar Tingkatkan Ekonomi Bantu Kerajaan , DAP Anjur Demo Haram Burukkan Kerajaan


Oleh rmf

IMG-20150905-WA0013

Perhimpunan BERSIH 4 telah meninggalkan calar hitam dalam sejarah negara dimana ianya dilakukan bersamaan dengan hari bersejarah negara iaitu Hari Kebangsaan.

Tindakan tidak patriotik parti DAP ini telah mendapat kecaman dari komponen penting dalam Barisan Nasional iaitu MCA.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan akhbarnya yang lalu telah mengecam hebat tindakan parti pembangkang serta penganjuran  perhimpunan haram tersebut adalah mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan menghormati sensitiviti dan telah membelakangkan nilai nilai murni yang dipupuk selama ini.

Dimasa ini, negara sedang menghadapi pelbagai masalah disebabkan gerakan ekonomi dunia yang semakin tidak stabil, sudah pastinya  MCA sebagai sebuah parti komponen yang kedua terbesar dalam Barisan Nasional memilih satu pendekatan yang terbaik untuk membantu kerajaan dalam meningkatkan ekonomi semasa dengan pelbagai penganjuran program usahan untuk rakyat.

Pendekatan yang dilakukan oleh MCA adalah salah satu usaha yang positif dan proaktif sebagai rakan komponen yang mana telah lama bersama sama menerajui negara dengan penuh keharmonian dan kesepakatan yang cukup erat bersama kerajaan Barisan Nasional.

Sepatutnya sekarang bukan masanya untuk DAP berhimpun dan memudaratkan keadaan dimana kerajaan sedang berusaha untuk memulihkan ekonomi, sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh DAP dengan melakukan perhimpunan haram dan menyalahkan kerajaan adalah amat memalukan.

MCA sentiasa bersama sama kerajaan dalam menghadapi tekanan ekonomi akibat harga minyak serta komoditi yang turun dan nilai ringgit yang jatuh. Pelbagai usaha , idea digembeling bersama bagi memastikan kedudukan ekonomi negara kukuh dan pulih seperti sediakala.

IMG-20150905-WA0012

Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri selaku Presiden MCA bertekad dalam apa juga keadaan dan cabaran yang dihadapi negara pada masa akan datang, MCA sebagai rakan dan parti komponen Barisan Nasional akan terus dan memberikan perkhidmatan yang terbaik  kepada rakyat dalam segala usaha yang akan  mengutuhkan keharmonian, perpaduan agar ianya menjadi budaya kepada rakyat Malaysia.

Dalam ucapan perasmian persidangan 10  Strategi Ekonomi, di ibu negara anjuran Pemuda MCA,  Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bahawa ianya merupakan satu program transfomasi MCA yang mempunyai beberapa fasa perlaksanannya.

Diantara fasa  fasa yang telah dilaksanakan ialah kempen Teguh Bersama dimana untuk menguatkan perpaduan dikalangan ahli MCA. Keberkesanan kempen ini telah dapat dilihat dimana MCA lebih berdaya saing dan bersatu dalam banyal perkara.

Mengulas tentang 10 strategi ekonomi yang dilancarkan oleh MCA merupakan focus utama dalam bidang yang berkaitan  diantaranya ialah usahasama perniagaan dengan Negara China, pendidikan vokasional, logistic dan kewangan dan beberapa bidang yang dianggap akan meningkatkan ekonomi negara.

Dalam kenyataan Presiden MCA mengenai BERSIH 4, beliau  secara tegasnya tidak mengaitkan perhimpunan haram yang dianjurkan oleh DAP itu sebagai perhimpunan perkauman  tetapi ianya lebih kepada perhimpunan yang mempunyai agenda politik.

Sebagai sebuah parti komponen  yang telah berada bersama kerajaan MCA secara jelas  berpendirian akan terus bersama kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi negara dan akan terus menjalankan tanggung jawab yang telah diamanahkan.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s