DAP Terus Membela Bangsa Mereka  Dan Melayu DAP Terus Membunuh Bangsanya Atas Nama Politik


Oleh rmf

Segala falsafah disebalik kata kata hikmah yang pernah diciptakan oleh serdik pandai satu ketika  dahulu , kini tidak pernah digunakan lagi. Kata kata “Bahasa Menunjukkan Bangsa” “Bahasa Jiwa Bangsa” “ Hilanglah bahasa Maka Hilanglah Bangsa”  tidak lagi diutarakan sebagai  kata kata bagi mengingati kita bahawa betapa pentingnya mendaulatkan  apa yang kita miliki.

Hari ini para cerdik pandai , ahli akademik,  ahli politik membiarkan  teras semangat  bangsa tersebut hilang diuli dengan kisah kisah politik yang mengelamkan segalan kepentingan bangsa.

Perhatian mereka bukan lagi kepada survival  orang Melayu yang berada di sebuah negara yang satu ketika dahulu bernama Persekutuan Tanah Melayu. Sekarang bangsa Melayu yang dahulunya cukup sensitive dalam agenda bangsa kini telah  beralih arah perjuangan dan kepentingan.

Melayu kini telah dilebelkan sebagai sat bangsa yang rasis apabila memperkatakan hak hak Melayu dalam negara ini, namun apa yang berlaku sebaliknya ialah  bangsa lain bebas memperjuangkan hak hak bangsa mereka tanpa ada satu lebel yang mengatakan rasis.

Semangat Melayu kini dalam memperjuangkan bangsa ditanah Melayu  kian luntur dan terhapus sedikit demi sedikit dengan desakan kaum minoriti yang bebas melakukannya. Ini lah metaliti Melayu sekarang. Kepentingan mereka ialah menjaga hati kaum lain secara keterlaluan sehinggakan hak hak mutlak Melayu tersebut dihakis sedikit demi sedikit termasuk penggunaan bahasa Melayu  sebagai bahasa kebangsaan yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.

Sedar atau tidak  penyisihan ekonomi terus berlaku hingga ke tahun 1970 apabila orang melayu hanya menguasai kurang dari 4% dalam bidang perniagaan manakala bukan bumi menguasai lebih dari 79.6%.

Malah dalam bidang pendidikan, pada tahun 1968 hanya 69 orang anak melayu berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sains berbanding 1488 bukan melayu.

Setelah ramai Melayu berjaya dalam semua bidang yang dahulunya dikuasai oleh bangsa lain,malah Melayu juga sudah ada mereka yang dinobatkan sebagai orang kaya raya walaupun tidak mampu mendahulu carta kekayaan 1 hingga 3.

Ungkapan Melayu tidak mahu dipatuk ular dua kali menjadi pegangan sehingga kehari ini hanya akan digunakan bila mana kemarahan meronta dalam diri terhadap pada satu satu isu. Itu hanya seketika  sahaja, ini adalah kerana sikap Melayu itu sendiri yang banyak bertoleransi dalam  banyak perkara sehingga mereka ditindas tanpa sedar.

Melayu DAP sebagai “generasi paling malang” dan menjadi tukang sorak untuk parti itu menyerang kepentingan Melayu.

Kalau faktor DAP kerana melampaui batas kaum dan agama, segalanya hanya akan reda dengan permohonan maaf sahaja ini membuktikan bahawa  yang menonjol dan berkuasa dalam DAP yang hanya berkepentingan satu kaum sahaja.

Anggota DAP Melayu ketika ini sekadar “pak turut” dan mereka perlu ada kedudukan tinggi untuk mengubah persepsi yang parti pembangkang itu berhaluan Cina yang mementingkan bangsa  mereka sahaja.

Melayu hanya sekadar pelengkap koata untuk sokongan undian, dan tidak mampu untuk membela bangsa mereka sendiri. Lihat saha kejadian kejadian yang  melibatkan penghinaan terhadap bangsa Melayu,  Agama Islam  dan juga  Raja raja Melayu  sekarang ini. Apakah Melayu DAP ini melakukan tentangan JIKA mereka mementingkan bangsa dan kedudukan Melayu?

Melayu yang menyertai DAP adalah mereka yang rasa malu jika mereka ketinggalan di belakang. Mereka cuba menunjukkan kebijaksanaan dalam politik walaupun pada dasarnya mereka ini hanya  bertaraf “budak suruhan” yang tidak ada tempat didalam DAP.

Pilihan Raya Umum 2013, terdapat hanya sekitar 500 orang Melayu dalam DAP, namun kini jumlah itu meningkat sehingga 2,000 orang, membentuk 2% ahli Melayu muda dalam DAP. Dan jumlah ini mungkin akan bertambah dengan kepelbagian isu yang bakal menggugat fikiran agar melakukan penentangan  terhadap kerajaan dengan maklumat palsu yang disampaikan.

Melayu  masih tidak sedar tentang hal ini, mereka lupa sejarah bagaimana  penindasan secara halus dilakukan dan pemujukkan dilakukan dengan menabur wanga ringgit yang mana akan melupakan kejahatan yang dilakukan oleh DAP terhadap orang Melayu.

Cuba kita lihata apa yang telah berlaku dalam negeri Perak pada PRU 12 yang lalu,  DAP telah menjadi majority  tetapi  telah menggunakan Melayu sebagai proksi Menteri Besar bagi menjalankan agenda mereka secara halus.

Cara ini akan berterusan dimana  terdapat nya rancangan mereka sekarang sedang mencari calom boneka yang sesuai untuk dijadikan Menteri Besar pada masa kan datang. Pencarian sedang berjalan sekarang tanpa henti diwaktu Melayu sedang bercakaran  sesame amelayu.

Agenda  yang dlakukan oleh DAP itu adalah untuk memastikan dapat menguasai negeri tertentu seperti Perak kerana yakin bahawa parti itu mampu memperolehi jumlah kerusi berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.

 Sekarang ini DAP juga merancang untuk meletakkan calon Melayu di kawasan pengundi majoriti Melayu, di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu dari parti komponen di kawasan berkenaan.

Rancangan jahat DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR PAS dan PKR yang menjadi  jadi kuda tunggangan kepada DAP sedang asyik diulit pujian oleh DAP serta menikmati limpahan wang sogokan agar membawa banyak lagi masuk orang Melayu kedalam DAP untuk diperkudakan demi  kepentingan politik DAP

Orang Melayu seharusnya perlu sedar dan meyelami agenda jahat DAP ini  dan tidak menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri seterusnya meyerahkan negara ini kepada DAP sebagaimana berlakunya di Pulalu Pinang.

Melayu diharapkan akan terus membuka mara agar jangan menjadi tali barut kepada DAP kerana terpedaya dengan janji-janji manis yang dibuat oleh pembangkang yang akhirnya merugikan orang Melayu sendiri

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s