MCA Mengutuk Tindakan Kurang Ajar Dalam Perhimpunan Haram BERSIH 4


Oleh rmf

unnamed (2)

Tarikh29 Ogos 2015 selama 34 jam negara kita telah menjadi perhatian dunia dan memalukan  rakyat Malaysia  dimana tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, rakyat Malaysia berhaluan pembangkang telah memboikot Hari Kebangsaan negara mereka sendiri.

Bersih 4 telah dirancang dengan teliti oleh pihak pembangkang yang boleh dikatakan tidak mengiktiraf Hari Kebangsaan dan secara langsung menolak kedaulatan negara ini. Bukan itu sahaja mereka secara jelas mempamerkan sikap tidak patriot kepada negara yang bernama Malaysia.

Perhimpunan haram yang dianjurkan oleh  DAP secara terus terang juga telah menolak sistem demokrasi yang telah diamalkan  dimana  BERSIH 4  secara jelas menuntut  perletakan jawatan saorang Perdana Menteri yang telah dipilih secara demokrasi yang sah dan telah Berjaya membentuk kerajaan melalui pilihanraya yang sah.

Perhimpunan yang mana telah memaparkan banyak karenah kelakuan yang menjekelkan dan tidak mempunyai nilai nilai ketimuran yang menjadi amalan budaya masyarakat majmuk di Malaysia. DAP serta penyokong BERSIH 4 telah menunjukkan  sikap biadap mereka dengan memijak gambar kepimpinan tertinggi negara.

Tidakan yang tidak bertemadun ini , secara jelas telah menunjukkan agenda yang tersirat  untuk dinyatakan  dalam perhimpunan haram ini. Lambang lambang LGBT serta budaya liberal nyata sekali telah dilaungkan , kata kata kesat serta poster poster lucah menghina kepimpinan negara.

Tindakan sedemikian secara langsung telah menguris perasaan bangsa Melayu  dalam negara ini. Dap  dalam perjuangannya mengiktiraf negara ini sebagai tanah tumpah hanyalah retorik politik semata mata. Buktinya apabila mereka sendiri telah menolak Hari Kebangsaan negara secara terangan.

Jesteru itu. MCA dalam satu kenyataan medianya melalui Presiden Dato yang ‘Sri Liow Tiong Lai dengan jelas menolak dan mengutuk tindakan yang dilakukan oleh DAP dalam perhimpunan haram BERSIH 4 adalah bukan mewakili suara masyarakat Cina dalam negara ini.

Dalam hal ini, secara jelas pendirian yang telah dinyatakan oleh MCA berhubung dengan tindakan tindakan kurang ajar yang telah dilakukan oleh DAP seiring dengan pandangan parti komponen Barisan Nasional yang mana menolak budaya ekstremisme yang dibawa oleh DAP.

Malaysia  yang diterajui oleh Barisan Nasional yang dianggotai 3 komponen terbesar iaitu MCA, MIC dan UMNO berpendirian  seiring dan sentiasa bersama dalam kesederhanaan dan toleransi dalam pelbagai aspek pemerintahan negara.

Konsep toleransi dan perkongsian kuasa yang telah diamalkan sebagai teras perpaduan dalam negara ini secara halusnya telah menjadi duri dalam daging DAP dan mahu ianya dihapuskan dengan tuntutan  melalui demontrasi atau perhimpunan BERSIH 4.

Kerajaan Barisan Nasional  bersama komponen yang ada didalamnya akan terus menjunjung  kesederhanaan serta menghormati hak hak kaum yang lain berasaskan konsep 1 Malaysia dan Wasatiyah serta menjaga sensitiviti kaum yang lain.

Sebagai salah satu komponen Barisan Nasional. MCA melalui Presiden MCA Dato yang ‘Sri Liow Tiong Lai secara jelas dan terang menolak dan mengutuk tindakan ekstremisme yang dibawa oleh DAP adalah bukan suara majoriti masyarakat Cina  dalam negara ini yang mengamalkan hidup dengan penuh harmoni.

Berikut dipaparkan kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh Presiden MCA Dato yang ‘Sri Liow Tiong Lai berhubung dengan tindakan DAP yang amat memalukan.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s