UCAPAN HARI KEMERDEKAAN YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA


Oleh rmf

Displaying IMG_0019-B proof (2).jpg

Sempena  Hari Kemerdekaan Negara , Menteri pengangkutan Dato’ Seri Liow Tiong Lai mengambil kesempatan  untuk mengucapkan  Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia  dengan harapan agar  seluruh rakyat Malaysia akan terus mengembeling tenaga  bersama sama  dalam menjaga kedaulatan negara ini serta bersama sama membangunkannya.

Disamping itu juga, Dato’ Seri Liow Tiong Lai  meyarankan agar  seluruh rakyat Malaysia menjaga dan bersama sama menerapkan nilai nilai perpaduan yang menjadi teras kepasa keharmonia dalam negara ini.

Sepena  Sanbuta Hari Kemerdekaan Negara yang bertajuk “Sehati Sejiwa” dengan tidak secara langsungnya  memberikan maksud yang mendalam kepada keseluruhan rakyat Malaysia agar terus berusaha bersama untuk menjadikan kehidupan dalam pelbagai kaum hidup tanpa perasaan curiga diantara satu dengan yang laim.

KENYATAAN MEDIA- MENTERI PENGANGKUTAN
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

Liow: Bersatu Demi Malaysia yang Lebih Kukuh

Selamat Hari Merdeka kepada seluruh warga Malaysia.Hari ini merupakan hari penghormatan di atas segala pengorbanan dan jerih payah  para pejuang dan bapa kemerdekaan kita dalam membina asas negara yang kita cintai ini.

Pada hari ini juga kita mengiktiraf mereka yang terus memperjuangkan  nilai-nilai asas perpaduan, keharmonian dan penerimaan seiring dengan tema  sambutan Merdeka tahun ini iaitu Sehati Sejiwa.

Sejak merdeka, kita telah membuktikan kekuatan kita sebagai negara yang kaya  dengan kepelbagaian bangsa, tradisi, budaya dan kepercayaan. Kebelakangan  ini, kita sering diuji dengan pelbagai ujian mendatang dan cabaran ekonomi. Oleh itu,  saya menyeru kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama kita imbau kembali azam dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi yang telah dipamerkan oleh para pengasas negara yang terdahulu.  Kita harus percaya bahawa selagi kita bersatu hati dan teguh  bersama, semestinya kita akan dapat mencapai lebih banyak kejayaan sebagai negara berdaulat.

Oleh itu, marilah kita berdiri bersama, seluruh warganegara rakyat Malaysia, tua dan  muda, tanpa mengira bangsa dan kedudukan sosial, dengan azam yang jitu  untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan makmur.

Kita adalah rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini. Daripada terpedaya dengan  anasir-anasir yang cuba memecahbelahkan Malaysia, marilah kita sebaliknya  mengekang perasaan curiga dan segala unsur perpecahan sambil berusaha bersama-sama untuk membina sebuah negara yang lebih mapan, baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Sudah tiba masanya untuk kita bangkit dan melindungi kepelbagaian budaya kita yang merupakan khazanah bangsa dalam usaha kita  menjadi sebuah masyarakat yang lebih maju dan matang.

Sekali lagi, Selamat Hari Merdeka saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.  Kepada mereka yang bercuti pada hujung minggu ini, semoga selamat dalam  perjalanan dan berhati-hati di jalan raya.

[TAMAT]

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s