Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat Umum Letak Jawatan Sertai Parti Amanah Negara


Oleh rmf

Kurang 24 jam selepas 10 wakil rakyat PAS bertindak meninggalkan parti tersebut, kini bekas Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat pula mengumumkan peletakan jawatan dalam parti Islam itu.

Suhaizan berkata, peletakan jawatan Yang Dipertua PAS Pulai itu dibuat kerana beliau sudah menganggotai Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah Negara.

Turut bersama mengumumkan peletakan jawatan dalam PAS adalah Ketua Pemuda PAS Pulai, Mohd Syafiq Abdul Aziz dan Ketua Muslimatnya, Fatimah Mohd Ali.

“Kami telah dan akan menganggotai Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah Negara yang telah diumumkan oleh Pengerusinya, Mohammad Sabu di Kuala Lumpur pada Isnin.

“Kami berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli-ahli PAS Pulai selama ini. Perbezaan pendekatan untuk meletakan agama, bangsa dan negara ditempatnya tidak boleh memisahkan ikatan persaudaraan yang telah lama terbina. Marilah sama-sama kita uruskan perbezaan ini dengan hikmah bijaksana,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Pada Isnin, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS mengumumkan Amanah digunakan sebagai nama rasmi wadah politik Harapan Baharu (HB).

Mat Sabu berkata, HB telah mengambil alih dan akan menjenamakan semula parti politik sedia ada iaitu Parti Pekerja-pekerja Malaysia sebagai Amanah.

Jelas beliau, butiran mengenainya akan diserah kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.

Sementara itu, Suhaizan berkata, tumpuan Amanah selepas ini adalah untuk terus memperkukuhkan parti dengan memfokuskan isu rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bersama dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan selepas ini.

“Program-program penerangan dan kebajikan rakyat akan dilaksanakan. Kami berharap rakyat dapat bersama kami membina harapan baharu Malaysia,” katanya.

Terdahulu, 10 wakil rakyat yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Sumber: mStar

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s