FELDA Sening Kota Tinggi Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2015 Di Gong Badak , Kuala Terengganu


Oleh rmf

IMG_8185

Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2015 telah disambut dengan begitu meriah sekali terutama  peserta FELDA Sening , Kota Tinggi  Johor yang mana telah meraih kemenangan dan membawa pulang hadiah  wang tunai bernilai RM1 juta.Sambutan Hari Peneroka tersebut telah diadakan di Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu.

Turut hadir dalam majlis sambutan ini adalah Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Razali Ibrahim, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abd. Samad, Pengarah Besar FELDA, Dato’ Hanapi Suhada.

Dalam ucapan  Perdana Menteri sempena sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejumlah peruntukan wang untuk proses pembangunan semua tanah rancangan FELDA termasuklah semua aspek yang berkaitan dalam kehidupan penduduk FELDA

Lembaga Tanah Kemajuan Persekutuan (FELDA) telah memperuntukan RM999.4 juta kepada semua warga FELDA untuk tahun 2015 sebagai tanda prihatin dan penghargaan yang tidak terhingga  kepada warga ini.

. “FELDA sentiasa komited dalam pembangunan warga peneroka. Bajet 2015 FELDA telah memperuntukan  bajet yang besar sebagai tanda prihatin dengan pembangunan ini.

“Ia termasuklah Pengajian Tinggi dan Pembangunan Generasi Baharu sebanyak RM51.5 juta, Pendidikan Menengah Rendah RM20.9 juta, Bonus Insentif Produktiviti Peneroka sebanyak RM55 juta, Pelan Perlindungan Peneroka dan Feldajaya RM22 juta, Pembiayaan Sara Hidup sebanyak RM379 juta, Pendahuluan Hasil sebanyak RM411 juta, Skim Pembesaran Rumah Peneroka RM15 Juta, dan, Skim Latihan Generasi Baharu sebanyak RM15 juta,” kata Najib.

Dalam sambutan tersebut, FELDA Sening merupakan  diantara FELDA yang paling gembira sekali. Ini adalah kerana FELDA Sening hari ini dinobatkan sebagai juara AKKF 2015 dengan membawa pulang hadiah RM1 juta, trofi dan sijil penyertaan dalam majlis sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2015 di Kuala Terengganu.

Rahsiaan kemenangan yang dicapai oleh FELDA Sening adalah nilai kesepakatan yang diamalkan sesama penduduk warga FELDA Sening di Wilayah Kota Tinggi, Johor Baharu dalam membangunkan bersama tanah racangan FELDA itu membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2015.

Selain itu, Ketua Peneroka FELDA Sening, Juraimi Jawahir, 66, berkata kesabaran semua penduduk FELDA Sening seramai 505 orang menunggu selama empat tahun untuk merangkul anugerah AKKF berbaloi kerana usaha yang selama ini ditabur memberikan pulangan yang besar buat mereka kali ini.

Felda Sening yang ditubuhkan pada tahun 1981 itu turut terkenal dengan perusahaan makanan tradisional seperti kerepek dan perusahaan songket oleh penduduk di tanah rancangan itu.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s